Adakah kamu Najib hanya sekadar tengok dan diam melihat saudara kita di Myanmar disembelih. Adakah kamu tiada hati perut. Adakah kamu tiada perasan kasihan belas. Adakah kamu pekak. Adakah kamu bisu. Adakah kamu dayus. Atau adakah kamu memang tak mampu.
Kami perlukan pemimpin yang bukan hanya mampu menjadi pelindung kepada mereka yang kaya, golongan bangsawan..... kami juga perlukan pemimpin yang mampu melindungi mereka yang lemah dan tertindas. Tidakkah kamu malu kepada diri kamu, tidakkah kamu malu terhadap saudara kamu yang merayu memohon pertolongan kamu. Tidakkah kamu ada perasaan.
Kita tidak memerlukan pemimpin setakat pandai cakap tapi membiarkan saudara diseksa, dizalimi dan dibunuh dengan kejam.
Hentikan penindasan, hentikan pembunuhan... Selamatkan saudara kita di Myanmar.
______________________________
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak melakukan sesuatu, jika etnik Islam Rohingya di Myanmar sekarang mahu diselamatkan.
“Mapim sedang mengikuti perkembangan keganasan terbaru di Myanmar dengan dekat melalui Union of World Rohingya Organization yang menjadi rakan jaringan kami agar maklumat yang sah dan terkini dapat diperolehi,” ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, perkembangan terkini sangat meruncing di beberapa bandar di Arakan dan ada tanda ketegangan akan merebak ke seluruh Myanmar.
“Kami sangat kecewa keganasan yang tercetus terkini yang lebih meruncing dan sangat mengkhuatirkan tidak mendapat perhatian segera untuk menyelamatkan komuniti Muslim Rohingya yang menjadi mangsa serangan oleh etnik Buddha Rakhine.
“Apakah Malaysia sebagai anggota OIC dan Asean hanya mahu menjadi pemerhati kepada keganasan penghapusan etnik yang sangat kejam sedangkan tragedi itu sedang berlaku dirantau ini?” katanya
Kini, jelasnya keadaan sangat meruncing kerana serangan kali ini nampaknya nekad untuk menghabiskan semua penduduk etnik Rohingya dan Kaman Muslim di seluruh Myanmar.
Menurutnya, angka kematian sebenarnya sudah mencecah hampir seribu orang , sedangkan bilangan rumah dan perkampungan orang Rohingya yang dibakar jauh lebih besar jumlahnya.
Sebenarnya, kata beliau dunia sedang menyaksikan pengulangan peristiwa pembunuhan massa kaum Serbia ke atas kaum Bosnia pada 1995.
Katanya lagi, hanya setelah ratusan ribu kaum Muslim Bosnia terbunuh barulah Nato bertindak ke atas Serbia.
“Kami menegaskan bahawa saat ini bukan lagi masanya untuk mengeluarkan kenyataan tetapi hendaklah melakukan tindakan konkrit untuk melindungi mangsa Rohingya Muslim yang menjadi sasaran serangan kaum Rakhine yang dibantu oleh tentera dan polis Myanmar,” ujarnya.
Justeru, katanya Mapim mendesak kerajaan Malaysia menghantar delegasi khas dengan segera untuk menyampaikan mesej tegas bahawa tindakan kerajaan Myanmar tidak boleh diterima sama sekali.
Katanya, pihak kedutaan Myanmar di Malaysia hendaklah dipanggil segera untuk menyampaikan pendirian negara terhadap kekejaman yang sedang berterusan sekarang.