Sunday, June 30, 2013

Majlis Perkahwinan Anak Kopral Khalid


Dalam kesibukan masa masih lagi YB Dr Che Rosli sempat lagi meluangkan masa untuk menghadiri majlis perkahwinan Saudara Safuan dan Fadzlina di Dewan Dato' Nazir Batu 14 Hulu Langat. Selamat Pengantin Baru semoga bahagia selamanya.Turut mengiringi beliau Dr Khodori Nazir Masjid Bt 14.

Saturday, June 29, 2013

SMUE


Program Pembayaran Fasa ke2 Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada waris-waris peserta. Waris kepada 57 orang peserta yang telah meninggal dunia telah dijemput untuk menerima sumbangan ini yang telah disampaikan oleh YB Hj Razaly Ahli Dewan Negeri Dusun Tua.

Para waris merasa terharu dan bersyukur diatas sumbagan melalui prog Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ni.

Diseru kepada semua rakyat Selangor yang berusia 60 tahun keatas untuk mendaftarkan diri bagi menyertai skim khairat kerajaan selangor ini. Sila dapatkan maklumat dan borang melalui ketua JKKK tempat anda atau pusat khidmat DUN Pakatan. 

Program Memperkasakan Institusi Masjid

Perasmian mesyuarat program bersepadu Masjid Bt 14. Bagi menyelaraskan program Masjid Bt 14 dan 14 buah surau yang ada dibawahnya.

Friday, June 28, 2013

Burma: Buddhist monks lead ethnic cleansing campaign against Muslims.


Buddhist monks are leading a campaign of ethnic cleansing that has displaced more than 125,000 Rohingya Muslims in Myanmar (Burma) according to a recently released report from Human Rights Watch.

The new report, issued April 22, claims that Buddhist monks, Burmese officials, and other community leaders are guilty of “crimes against humanity” in a campaign of ethnic cleansing against Rohingya Muslims in Arakan State since June 2012.

The report notes that Buddhist monks and their supporters “organized and encouraged ethnic Arakanese backed by state security forces to conduct coordinated attacks on Muslim neighborhoods and villages in October 2012 to terrorize and forcibly relocate the population. The tens of thousands of displaced have been denied access to humanitarian aid and been unable to return home.”

Apparently confirming the allegations contained in the Human Rights Watch report,

video footage has recently emerged showing Burmese police standing by as Buddhist mobs wielding sticks and swords attacked Muslims in the southwest of the country, where last month more than 40 people were killed and 12,000 displaced. The footage shows Buddhist crowds looting and ransacking a Muslim shop, cheering when Muslims are attacked, and setting fire to mosques and houses.

Ikan Tak Makan Umpan, Pengail Jatuh Dalam Sungai...!

KUALA LUMPUR: "Kelmarin saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya," tulis penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di facebooknya.

Hari ini, beliau terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Berikut tulisan beliau.

KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.

Thursday, June 27, 2013

Perjumpaan Pimpinan Hulu Langat Dengan MPKj

Pertemuan suai kenal antara semua YB-YB kawasan Parlimen Hulu Langat & pembantu dengan semua ketua-ketua & pegawai-pegawai utama jabatan MPKj supaya urusan dapat disalurkan terus kepada jabatan terlibat.
YB-YB bangkitkan beberapa isu penting utk jawapan terus MPKj. Antaranya: 
  1. Isu banjir di Taman Rakan, Semanyih serta Bangi Seksyen 4 Tambahan.
  2. Pasar Suntex dan Dewan Suntex untuk di naiktaraf sejajar dengan pembinaan flyover dan stesen MRT.
  3. Isu selengaraan longkang ditaman-taman perumahan.
  4. Garis panduan 'gated' & 'guarded' di taman-taman perumahan. Guarded boleh dilaksanakan dengan persetujuan 75% penduduk. Sementara gated perlu persetujuan 100% penduduk.
  5. Perpindahan gerai UPEN di simpang Taman Perkasa ke gerai baru di Taman Perkasa telah dipersetujui oleh semua gerai terlibat. Akan mula pindah julai ni. Serta perancangan untuk bina lebih banyak gerai-gerai majlis supaya peniaga dapat di tempat berniaga di kawasan yg sesuai.
  6. Isu penggunaan lori keluar masuk kuari Sg Long yg membahayakan dan merosakan jalan. Untuk mengenalpasti pihak yang terlibat dalam kawalan pengunaan.
YB Semenyih tidak dapat hadir dalam pertemuan ini.
  

Lawatan Tapak Projek Perumahan Sg Gahal

Tok Deris Ketua Kampung Bt 14 mengiringi YB Hj Razaly dan pengulu mukim HL En Rafizi Jamro melawat tapak pembinaan perumahan baru di Kg Sg Gahal. Bantahan penduduk tempatan jalan rosak dan berdebu . Notis pembinaan belum dipasang namun kerja sudah djalankan tanpa pemberitahuan dari pemaju. YB mengarahkan kerja-kerja tersebut dihentikan sehingga mendapat jawapan resmi dari MPKj dan Pejabat Daerah. Pemaju berjanji akan adakan pertemuan dengan MPKj dan Pejabat Daerah untuk dapatkan arahan status pembinaan dan akan dmaklumkan kepada YB.

Projek tersebut juga telah merobohkan pagar sekolah SMK Abdul Jalil dan memasang pagar 5 kaki di dalam kawasan sekolah. Selain itu juga projek ini dijangka meningkatkan jumlah aliran air longkang yang melalui longkang sedia ada. Menandangkan longkang tersebut tidak dibuat untuk menampung projek perumahan ini ada kemungkinan akan menjejaskan struktur longkang dan juga resiko banjir.

Wednesday, June 26, 2013

Adun Kuala Besut meninggal, pilihan raya kecil pertama

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

PAS rakam takziah


Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.

Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).

Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN). HD

Tuesday, June 25, 2013

Tahli Perdana

Majlis tahlil di Surau Al Falah Taman Indah Jaya sebahagian sambutan ambang Ramadhan. Majlis anjuran JKKK dengan kerjasama pihak surau ini dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk dan pimpinan masyarakat.

Turut hadir YB Hj Razaly, Ketua Kg Bt 13 Abdullah Mansor, Ketua Kg Bt 14 Deris Bidin dan juga penghulu mukim Hulu Langat Rafizi Jamro.

Tuesday, June 18, 2013

Kuliah Perdana Israk Mikraj

Kuliah maghrib exco agama, YB Ustaz Salehen Muhyi di Masjid Al Amin Sg Tekali.

Apa Yang Kerajaan BN Cuba Sorok Dari Rakyat?

Mungkin tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean. Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat. ~sinar harian

Nota : Antara perkara yang dijangka akan mendapat kesan langsung terhadap perjanjian ini adalah ubat-ubatan yang secara gus akan meningkatkan kos perubatan negara. Adakah ini yang cuba dirahsiakan oleh Kerajaan Najib?

Thursday, June 13, 2013

Ceramah Israk Mikraj Surau Bt 14

Bersama YB Hj Razali Adun Dusun Tua Hulu Langat program malam Jumaat di Madarsah Ihsaniah Bt 14 Hulu Langat. YB telah mengimani solat Maghrib dan Isyak. Selepas bacaan tahlil dan doa oleh Hj Melan YB telah menyampaikan kuliah Maghrib dgn memperkatakan tajuk "menghayati nikmat Islam". Antara intipati yang beliau kupas dan disebut di akhir kuliah ialah mengenai surah Al Baqarah ayat 166 dan 167 berkenaan "setiap manusia adalah pemimpin" dan akan dipertanggungjawabkan di" sana" nanti....

Pembuat kereta sangkal dakwaan Utusan mengenai penurunan harga

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.

“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.

Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.

Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.

“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.

Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.

Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.

Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.

Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.

Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.

“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.

Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza. MI.

Wednesday, June 12, 2013

Usrah Memantapkan Jemaah

Dalam berdepan perjuangan yang penuh cabaran dan dugaan, hanya Ilmu dan amalan dapat membenteng kita dari terjerumus dalam jurang kebinasaan. Berjuang semasa zaman kalah sentiasa berdepan dengan cabaran untuk meneruskan perjuangan. Berjuang semasa menang berdepan pula dengan pelbagai cabaran yang lebih kuat. Cabaran pangkat, kedudukan, pengaruh dan harta sentiasa datang mengoda.

Dengan adanya usrah berkala ini, mudah-mudahan kita dapat kekuatan baru dalam memastikan perjuangan yang dokong ini selaras. dengan kehendak Islam. 

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-'Asr 1-3
 

Wednesday, June 5, 2013

MCA: PAS 'ultra konservatif' bantah tarian gelek

Bantahan PAS Segamat terhadap acara tarian gelek yang disifatkan lucah di sebuah pasar raya menggambarkan parti itu akan melaksanakan dasar "ultra konservatif" dan "mundur" di Johor jika menang dalam pilihan raya umum yang lalu di Johor.

Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee berkata, selaran oleh Yang Dipertua PAS Segamat Firdaus Masod juga membuktikan parti itu bersifat "autoritarian" terhadap nilai-nilai lain.

"Tarian gelek merupakan aktiviti yang sihat dan persembahan yang teaterikal," kata Dr Lee.

"Oleh kerana PAS menganggap tarian gelek bertentangan terhadap apa yang dianggap mereka norma Malaysia, ini menunjukkan PAS tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang persembahan seni yang sihat."

Harakahdaily semalam melaporkan, PAS Segamat membantah keras penganjuran tarian yang disifatkan separuh bogel oleh wanita yang dipercayai dibawa dari luar negara di sebuah pasar raya pada 1 Jun lalu.

Akhbar web PAS itu melaporkan, tarian itu disaksikan hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," Firdaus dipetik sebagai berkata dalam kenyataannya.

Harakahdaily juga melaporkan ramai pihak terkejut dan peniaga juga agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.

Isu yang sama turut dilaporkan sebuah harian berbahasa Melayu hari ini.