Rakyat terpaksa menanggung hutang isi rumah tinggi untuk meneruskan hidup berpunca daripada sistem kapitalisme yang diamalkan oleh kerajaan, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar.
Ahli Parlimen Sungai Siput itu semasa berucap dalam forum Sosialis hari ini berkata sistem kapitalis gagal memberikan nikmat hidup sederhana kepada seluruh masyarakat dunia, Malaysia sebagai salah satu negara tersebut.
"Populasi dalam negara kita berada di bawah tekanan ekonomi.
"Rakyat biasa terpaksa melakukan dua kerja dan bekerja 12 jam sehari untuk memenuhi keperluan hidup," kata Dr Jeyakumar.
Dr Jeyakumar kemudiaan menerangkan pendapatan yang diperoleh oleh rakyat Malaysia ang bekerja masih lagi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian menyebabkan hutang isi rumah meningkat.
"Hutang isi rumah telah mencapai 145% daripada keseluruhan pendapatan tahunan isi rumah, ini hanya jumlah kasar.
"Bagi 40% keluarga Malaysia yang miskin, hutang isi rumah mungkin menjangkau 300% pendapatan tahuna!" tegas beliau lagi.
Hutang isi rumah di Malaysia antara yang tertinggi di Asia, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada Julai lalu berkata nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam negara berkembang sebanyak 13% kepada 83% daripada 70% pada 2008, paras tertinggi bagi negara membangun di Asia.
Susulan tersebut, BNM terpaksa mengambil langkah untuk membendung peningkatan hutang isi rumah dengan memperkukuh amalan pemberian pinjaman. MI.