LTDL 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya. Tahniah kepada pelumba negara Anuar Manan yang berjaya menjuarai Raja Pecut dan menjadi pelumba terbaik Asia dan Negara.
Sekali lagi Hulu Langat atau Dusun Tua menjadi laluan utama LTDL. DUN Dusun Tua merupakan destinasi berbasikal yang amat digemari oleh peminat sukan berbasikal di sekitar Lembah Kelang. Mereka datang dari pelbagai tempat untuk melepaskan gian berbasikal di sekitar Bt 14 hingga ke Sungai Tekali atau Genting Peres.
Mungkin sudah sampai masanya kawasan DUN Dusun Tua digezetkan sebagai kawasan sukan berbasikal. Ini bagi memastikan aktiviti ini terus subur dan berkembang bagi menyokong perkembangan sukan ini. Dalam masa yang sama usaha-usaha bagi menyokong industri ini perlu dilaksanakan seperti memastikan jalan sekitar Dusun Tua diselia dengan baik disamping memberi laluan berbasikal bagi memastikan keselamatan penunggang basikal.
SHAH ALAM, 9 Mac: Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berjaya mengurus sumber kewangan negeri dengan berkesan malah menggunakan hasil itu pula untuk kesejahteraan rakyatnya.
Banyak kejayaan dicapai termasuk peningkatan jumlah pelaburan masuk sepanjang 2009 kepada RM6.76 bilion dan mengutip RM50 juta daripada hutang Talam Corporation sebanyak RM392 juta.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi ketika menyampaikan syarahan perdana sempena perayaan dua tahun kerajaan baharu Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.
Turut berucap dalam majlis yang adiadakan di Stadium Malawati dekat sini adalah Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, Exco Teresa Kok, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Dun Selangor, Azmin Ali dan bekas timbalan menteri, Datuk Kalakau Untul yang menyertai PKR, baru-baru ini.
Tan Sri Khalid juga berkata, daripada hasil RM50 juta yang berjaya dikutip itu telah digunakan pula untuk membiayai program tabung mikro kredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Selangor.
“Jumlah hutang yang sebesar itu dilupa atau digelapkan tapi kita dapat cungkil,” tegasnya dengan mendapat sambutan ribuan orang ramai yang memenuhi ruang di stadium tertutup itu.
Menurutnya, sebuah jawatankuasa berkaitan dengan proses mengadakan tabung itu dipengerusikan oleh Datuk Dr Hasan dengan dipantau oleh Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid sendiri.
Tabung bantuan kepada mereka yang berhak itu berkonsepkan kredit secara Islam yang dikenali sebagai al-Qardhul-Hasan, jelasnya lagi.
Menteri besar seterusnya berkata, sepanjang dua tahun PR memerintah Selangor, kerajaan berjaya memperkenalkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kesemua tujuh pendekatannya mengembalikan hasil sumber negeri kepada rakyat.
Untuk rekod, ketujuh perkara itu meliputi pemberian 20 meter pertama air secara percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Mesra Usia Emas, sumbangan pelajar ke universiti, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Pusat Khidmat Krisis Sehenti dan Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian.
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan pertandingan bowling Piala Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan pada Ahad, 14 Mac, di Ampang Bowl, Ampang Point.
Pertandingan dijadualkan bermula jam 2 petang dan akan berakhir jam 6 petang selepas penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Menurut jurucakap program, Zulkarnain Borhan, penyertaan adalah terbuka kepada semua remaja dan belia, lelaki dan perempuan dengan yuran sebanyak RM150 bagi setiap pasukan, dan setiap kumpulan maksimum 4 orang pemain.
Hadiah lumayan menanti setiap peserta yang berminat menyertai pertandingan ini.
Kepada sesiapa yang berminat untuk meyertai pertandingan ini boleh menghubungi Zulkarnain sendiri (019-376 4089), Yusapiza (017-2262009), atau Suhaimi (019-6039187).
"Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi kami segera, kerana tempat terhad. Kami tidak mengenakan sebarang syarat cuma diharapkan peserta yang datang untuk bermain berpakaian sopan dan menutup aurat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Program akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah, Herman Shamsudin.