Sunday, May 19, 2013

Majlis Kesyukuran

Majlis diadakan di Kampung Sesapan Batu Rembau. Turut hadir YB Dr Che Rosli, YB Hj Razali, Sdr Hamidi Hassan, dan Tn Hj Sharudin (Ketua Kampung Sesapan Batu Rembau).


Selamat Berangkat Kepada Sahabatku Cipin....

PRU13 sudah melabuhkan tirainya. Kini sahabat-sahabat mula menyambung urusan yang tertangguh.

Tidak lupa juga kepada sahabat yang sanggup menangguhkan pengajian semata-mata untuk menyumbang tenaga dan masa untuk kemenangan Islam.

Selamat berangkat semoga Allah memudahkan musafir menuntut Ilmu di Yaman. Semoga pulang sebagai alim besar dan kembali menyumbang tenaga, ilmu dan masa untuk Islam. Ameen....

Mesej dari Syafiq@Cipin....

ASSALAMUALAIKUM.. MAAF KU PINTA ANDAI KATA2 DAN PERBUATAN MENGURIS HATI DAN PERSAAN ABANG, AYAH2, PAKCIK2 SEMASA BERSAMA.. SELAMAT BERJUANG. KERJA KITA BELUM SELESAI, REHAT KITA HANYA DI BARZAKH.. JANGAN PERNAH PUTUS ASA DAN KECEWA YANG LAMA.. KERANA DIA (ALLAH) MAHA MENGETAHUI..

DOAKAN DAKU ISTIQOMAH DALAM PERJUANGAN INI.. DAKU PERGI MENYAMBUNG PENGEMBARAAN YANG TERTANGGUH.. MENGHADAMKAN ILMU DAN FASIHKAN LIDAH..  INSYALLAH PULANG MEMBAWA OLE2 UTK ISLAM..

FLIGHT YAMANIAH
11:00 AM ( 19/5/2013 )
KLIA
TERIMA KASIH SEMUA
JUMPA LAGI DLM PRU14

Friday, May 17, 2013

'Ini kementerian belia, bukan kementerian belia BN'


Setelah terlepas peluang memasuki kabinet sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan yang baru Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan hasratnya untuk menjadi menteri untuk rakyat Malaysia dan bukan "menteri BN" semata-mata.

Persoalannya mampukah KJ menongkah arus bagi memperkenalkan ideologi politik alaf baru, hasrat generasi baru dan harapan rakyat. Siapakah akan menyokong beliau untuk menjadi Menteri kepada rakyat dan bukannya menteri kepada BN semata-mata.

Kesempatan ini perlu disambut oleh Pakatan Rakyat dengan keterbukaan yang cuba diperkenalkan oleh KJ ini. Mari kita lihat anak jantan bertarung di gelanggang terbuka.

Untuk Majlis Kesyukuran Esok

Semua dijemput hadir ke Jamuan Rakyat Sabtu 18 Mei 2013 jam 12 tengahari hingga 2 petang di Taman Lavender bersebelahan dengan Masterskill.

Thursday, May 16, 2013

Sokong DAP Masjid Jadi Gereja?...

MENJELANG pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."

Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.

Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.

Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya. Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat.

Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh ke orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?. Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.

Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.

Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta.

Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.

Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman. HD.

Perpecahan kelas, gender dilihat dalam corak pengundian PRU13, kata Merdeka Center

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Wanita dan rakyat Malaysia berpendapatan rendah mengundi untuk Barisan Nasional (BN) sementara lelaki, golongan kelas menengah dan kelas atas, lebih cenderung ke arah parti Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013.

Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center juga mengatakan hari ini, 55 peratus daripada responden dalam tinjauan terbaru mengatakan mereka bergantung kepada internet dan media sosial sebagai sumber utama maklumat politik mereka.

“Wanita secara umumnya lebih ramai yang mengundi BN berbanding lelaki, kerana mereka kurang melayari internet,” kata Ibrahim (gambar) dalam forum Pasca PRU ke-13: Harapan BN dan PR selepas PRU-13 di Universiti Malaysia (UM) di sini.

Dianggarkan satu pertiga daripada rakyat Malaysia memiliki telefon pintar dan mempunyai akses kepada internet, dan dijangka jumlah itu akan meningkat sehingga dua ke tiga kali ganda bagi tempoh dua tahun akan datang.

“Lebih ramai lelaki yang melayari laman web politik dan isu semasa. Pengundi wanita kurang melayari laman-laman seperti ini,” katanya dalam seminar anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL). MI.

Monday, May 13, 2013

13 Mei : Hari Persaudaraan


Hari ini adalah 13 Mei 2013. Tarikh 13 Mei sentiasa menjadi momokan UmNo. 13 Mei dijadikan hantu bagi menakut-nakutkan rakyat Malaysia supaya terus bernaung dibawah UmNo. Namun hakikatnya generasi selepas merdeka tidak lagi percaya kepada momokan itu.

Generasi yang lahir sebelum merdeka semakin menjadi golongan mnoriti, sedangkan generasi pasca merdeka semakin bertambah jumlahnya. Maka apa isu yang releven pada zaman parti Kapal Layar (Perikatan) tidak lagi releven lagi pada masa kini. Generasi pasca kemerdekaan sudah menerima kepelbagaian masayarakat adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.

Kenapa hari ini mereka masih lagi memainkan isu perkauman sedangkan pimpinan terdahulu telah setuju untuk memerima bangsa Cina, India dan lan-lain bangsa untuk menjadi warganegara yang sah. Kenapa apabila setelah dipersetujui dan diterima kini masih lagi bercakaran dan menimbulkan suasana keraguan dalam masyarakat.

Kecewa dengan politik perkauman ini, generasi beru pasca merdeka telah mula menolak politik perkauman secara baramai-ramai. Akibatnya BN kalah teruk dibandar-bandar. Pengaruh ledakkan maklumat dan kesedaran generasi baru terhadap hak dan tanggungjawab maka mereka bertekad menolak BN.

Berbeza dengan masyarakat luar bandar dan generasi sebelum merdeka yang masih bergantung kepada media massa kerajaan untuk membuat keputusan dan mereka lambat berubah. Bukan mereka tidak mampu menilai, namun kebergantungan mereka kepada bantuan kerajaan dan tanggapan BN itu adalah kerajaan dan keraaan itu adalah BN masih melekat mencengkan minda mereka.

Umpama orang Melayu memanggil Maggi untuk mee segera dan Colgate untuk ubat gigi begitulah orang Melayu yang telah dijajah mindanya oleh UmNo selama 55 tahun mengangap BN itu kerajaan dan kerajaan itu BN. Akibatnya untuk menukar BN umpama cubaan untuk menggulingkan kerajaan. Sedangkan melantik BN sebagai kerajaan adalah sama saja dengan melantik PAS atau Pakatan Rakyat sebagai kerajaan.

Bagaimana kesedaran ini boleh diwujudkan? Kita ada pilihan.... Menunggu generasi sebelum merdeka 'pupus' secara perlahan atau kita membuat ledakkan maklumat secara menyeluruh disegenap ceruk negara.

Selamat berubah.... Ini Kalilah.

Thursday, May 9, 2013

120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 7



Demonstrators attend a rally in protest of Sunday’s election result at a stadium in Kelana Jaya, outside Kuala Lumpur May 8, 2013. — Reuters pic

11.40pm: Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium. Ramai yang tidak dapat sampai ke stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.

Banjir Di Langat - Unit Amal Berkhidmat Lagi....