Monday, May 13, 2013

13 Mei : Hari Persaudaraan


Hari ini adalah 13 Mei 2013. Tarikh 13 Mei sentiasa menjadi momokan UmNo. 13 Mei dijadikan hantu bagi menakut-nakutkan rakyat Malaysia supaya terus bernaung dibawah UmNo. Namun hakikatnya generasi selepas merdeka tidak lagi percaya kepada momokan itu.

Generasi yang lahir sebelum merdeka semakin menjadi golongan mnoriti, sedangkan generasi pasca merdeka semakin bertambah jumlahnya. Maka apa isu yang releven pada zaman parti Kapal Layar (Perikatan) tidak lagi releven lagi pada masa kini. Generasi pasca kemerdekaan sudah menerima kepelbagaian masayarakat adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.

Kenapa hari ini mereka masih lagi memainkan isu perkauman sedangkan pimpinan terdahulu telah setuju untuk memerima bangsa Cina, India dan lan-lain bangsa untuk menjadi warganegara yang sah. Kenapa apabila setelah dipersetujui dan diterima kini masih lagi bercakaran dan menimbulkan suasana keraguan dalam masyarakat.

Kecewa dengan politik perkauman ini, generasi beru pasca merdeka telah mula menolak politik perkauman secara baramai-ramai. Akibatnya BN kalah teruk dibandar-bandar. Pengaruh ledakkan maklumat dan kesedaran generasi baru terhadap hak dan tanggungjawab maka mereka bertekad menolak BN.

Berbeza dengan masyarakat luar bandar dan generasi sebelum merdeka yang masih bergantung kepada media massa kerajaan untuk membuat keputusan dan mereka lambat berubah. Bukan mereka tidak mampu menilai, namun kebergantungan mereka kepada bantuan kerajaan dan tanggapan BN itu adalah kerajaan dan keraaan itu adalah BN masih melekat mencengkan minda mereka.

Umpama orang Melayu memanggil Maggi untuk mee segera dan Colgate untuk ubat gigi begitulah orang Melayu yang telah dijajah mindanya oleh UmNo selama 55 tahun mengangap BN itu kerajaan dan kerajaan itu BN. Akibatnya untuk menukar BN umpama cubaan untuk menggulingkan kerajaan. Sedangkan melantik BN sebagai kerajaan adalah sama saja dengan melantik PAS atau Pakatan Rakyat sebagai kerajaan.

Bagaimana kesedaran ini boleh diwujudkan? Kita ada pilihan.... Menunggu generasi sebelum merdeka 'pupus' secara perlahan atau kita membuat ledakkan maklumat secara menyeluruh disegenap ceruk negara.

Selamat berubah.... Ini Kalilah.

No comments: