- Secara umumnya pengundi bukan Melayu dan mereka yang celik politik amat objektif. Siapa yang lebih baik itulah yang diundinya.
- Pengundi Melayu tradisional adalah penyokong tegar kerajaan @ parti pemerintah. Parti yang berkuasa pada semasa itu, dialah yang diundinya.Mereka menggangap menggundi selain parti yang memerintah adalah penderhaka.
- Pengundi Saluran 1 amat setia kepada UmNO dan 'die hard fan'. Mereka terhutang budi dengan UmNo sebab kemerdekaan. Mereka menggangap Malaysia ini UmNo yang punya. Selain dari UmNo adalah musuh. Perubahan hanyalah melalui kesedaran ataupun tunggulah hingga generasi ini lenyap dan diganti oleh generasi yang baru.
- Isu liwat meloyakan majoriti pengundi, menghina kewarasan berfikir golongan berpendidikan dan celik politik. Makin banyak isu ini dimomokkan makin orang benci dan meluat dengan UmNo.
- Projek segera tidak lagi mendapat tempat terutama di kawasan bandar... Ataupun BN dan UmNo dah habis modal pusingan. Takpun, dah tak ada yang sanggup labur.
- Sambutan terhadap program makan malam, cabutan bertuah, konsert, sumbangan semasa kempen pilihanraya bukanlah penentu sokongan. Masyarakat sudah matang dan menganbil pendirian apa sahaja yang orang bagi diambilnya. Sokong sendiri mau ingat.
- BN sudah habis modal dan keradibiliti. Hilang tokoh dan kehabisan calon yang berwibawa.
- Kempen maki hamun, carut, aibkan orang, ala samseng menyebabkan orang menjauhkan dari dari UmNo.
- UmNo hilang arah perjuangan apabila perjuangan Melayunya gagal... lagi parah apabila gagal meletakkan Calon Melayu menentang calon Melayu PKR YB Datin Sri Wan Azizah.
- MH370 menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan BN mengurus isu dan bencana.
- Faktor Najib yang lemah dalam pelbagai isu menyebabkan rakyat beralih kepada Pakatan rakyat.
- Hukuman terhadap Anwar meningkatkan simpati terhadap Anwar dan kebencian terhadap BN.
- Kecemerlangan Pakatan Rakyat dalam mengurusan negeri, dana dan cakna terhadap masalah rakyat meningkatkan sokongan rakyat.
- Isu air dan kegagalan Syabas mengurus bekalan air meningkatkan kemarahan rakyat terhadap kroni UmNo ini.
- Konsert maut FMFA di Bukit Jalil telah menjahanamkan reputasi Nazri, UmNo dan BN.Walaupun konsert besar Live in Colour berikutnya dibatalkan namun kesan Bukit Jalil tidak akan hilang.
- Kempen SelangorKu walaupun tidak di gegar sepenuhnya di Kajang namun masih tidak menjejaskan sokongan rakyat.
- Tindakkan ADUN letak jawatan mungkin menjadi penyebab sebahagian pengundi tidak bersungguh untuk terlibat dengan PRK.
- Cuaca amat panas telah menghadkan pergerakkan pada hari menggundi terutama kepada yang kurang bersungguh.
- Kajang mungkin bukan kayu ukur atau lawan yang kuat bagi Pakatan rakyat.... tetapi cabaran di Balingian pasti lebih besar.
- Disimpan untuk edisi yang akan datang..... :)
Nota : Sekadar pandangan peribadi penulis.
No comments:
Post a Comment