Wednesday, June 11, 2014

Pulau syubhat untuk galakkan industri halal

Ada yang bertanya saya, setelah kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan, apakah pendirian yang wajar kita ambil?

Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu.

Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali).

Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa peroses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.

Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain.

Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan

Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabitkan isu istihalah. Berikut teks kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram tapi telah berubah melalui proses, begitu juga alkohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada kesan:

Fatwa (34)

Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter "E" and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari'a ruling on such foods?

A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin:
First: compounds of artificial chemical origin.

Second: compounds of vegetal origin.

Third: compounds of animal origin.

Fourth: compounds dissolved in alcohol.

The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following:

The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.
The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called "chemical transformation". This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal.
As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter.

Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim's consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do.

Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut:

    Prof Yusuf Al-Qaradawi, Presiden ECFR (Mesir, Qatar) (atas)
    Yang Arif Sheikh Faisal Maulawi, naib presiden (Lebanon)
    Sheikh Hussein Mohammed Halawa, setiausaha agung (Ireland)
    Sheikh Dr Ahmad Jaballah (Perancis)
    Sheikh Dr Ahmed Ali Al-Imam (Sudan)
    Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK)
    Ustaz Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK)
    Sheikh Ounis Qurqah (Perancis)
    Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK)
    Sheikh Dr Abdullah Ibn Bayya (Arab Saudi)
    Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Sepamyol)
    Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania)
    Sheikh Abdullah Yusuf Al-Judai (UK)
    Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar
    Sheikh Abdullah Sulayman Al-Manee’ (Arab Saudi)
    Sheikh Dr Abdul Sattar Abu Ghudda (Arab Saudi)
    Sheikh Dr Ajeel Al-Nashmi (Kuwait)
    Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (Perancis)
    Sheikh Dr Issam Al-Bashir (Sudan)
    Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar)
    Sheikh Dr Suhaib Hasan Ahmed (UK)
    Sheikh Tahir Mahdi (Perancis)
    Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
    Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
    Sheikh Muhammed Siddique (Jerman)
    Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE)
    Sheikh Dr Muhammed Al-Hawari (Jerman)
    Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim)
    Sheikh Dr Mustafa Ciric (Bosnia)
    Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Jerman)
    Sheikh Dr Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Arab Saudi)
    Sheikh Yusf Ibram (Switzerland)


Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak.

Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masa kini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka.

Keluasan fekah Islam

Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Europen Fiqh Council dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah.

Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.

Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat - sekalipun tidak sampai ke peringkat haram - merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya.

Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah.

Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.

Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah.

Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industri halal.

Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna.

Kelemahan industri umat Islam adalah punca berleluasanya bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

No comments: