Untuk elak PR pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan
terhadap enakman Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi
orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.
Lagipun mereka telah melakukan melalui proses demokrasi yang menjadi
asas perjuangan bersama.
Tidak perlu dipertikaikan Hudud kerana ianya telah wujud lama sebelum PR dan DAP itu sendiri. Hudud juga telah berjalan sejak zaman kesultanan Melayu lagi.
Jangan nanti bila UMNO menyatakan
sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda UMNO akan
bergabung dengan PAS. Kerana sokong hudud adalah wajib bagi setiap orang Islam, menolak hudud bermakna menolak sebahagian juzuk daripada Islam dan ianya akan mendekatkan kepada kufur kepada perintah Allah.
Apakah bila Tun Mahathir menyerang 1MDB sebagaimana kita menyerang Najib lalu kita buat kesimpulan Mahathir akan menyertai PR?
Ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza. UMNO / BN tetap menjadi 'musuh' bersama.
Ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza. UMNO / BN tetap menjadi 'musuh' bersama.
No comments:
Post a Comment