Thursday, July 9, 2009

UMNO menyerah kalah jika PAS melakukan lebih untuk Islam

Juka benar begitu maka sewajarnya Presiden UMNO tidak gentar untuk berhadapan dengan TG Nik Aziz. Tak payahlah nak berdolak-dalik dan mengatakan debat tersebut tak perlu dan membuang masa.

Kami sebagai pembayar cukai dan rakyat tidak merasa rugi jika duit cukai yang kami bayar digunakan untuk mencari kebenaran. Jangan berani bercakap didepan penyokong sahaja......

_________________________________
Muhyiddin: If PAS has done more for Islam, we will surrender
By Shannon Teoh

KUALA KRAI, July 9 — Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin went for broke last night in defending his party against PAS's accusations of rejecting Islam in the Manek Urai by-election.

In the deputy prime minister's latest gambit for control over the Islam-centric electorate here, he declared: "I challenge PAS, if they can prove that they have done more than this, then we will surrender."

He told over 200 villagers here that developing Islam was more than just about "building mosques but even then we have built thousands, way more than PAS."

"Umno raised the spirit of Malay Muslims to gain independence from the British after centuries of being colonised. Did PAS ever fight for independence?" the Barisan Nasional (BN) election chief said.

He also numbered Islamic banking, Takaful or Islamic insurance and Tabung Haji, the national pilgrimage fund for Muslims, as other Islamic achievements by Umno.

The religious credentials of the rival Malay-based parties are key to the Malay-Muslim vote here who make up 99 per cent of the 12,300 voters.

PAS has been pushing its Islamic agenda in its campaign here, with spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat going so far as to accuse Umno of practising deviant teachings and being described as communists.

But Muhyiddin last night attempted to turn the table on the Islamist party by rejecting claims that he had insulted Mohd Fauzi Abdullah, the PAS candidate, for being a fish seller.

"Islam commands us to seek knowledge, I am sure Tok Guru knows this," he said, referring to Nik Aziz, the Kelantan mentri besar.

"I merely said that our candidate was not a fish seller," he said of Tuan Aziz Tuan Mat.

"It is true. Tuan Aziz is more qualified. I am not saying that less educated people cannot be leaders but between a higher-educated leader and a less-educated leader, who should you choose?" he asked the crowd.

The education minister also took time to play up the decision by the federal government to scrap the teaching of science and maths in English, stating that it would end the difficulties of rural Malays who "have never heard English before."

He said the move would ensure that Malay language will always have a science component instead of the vocabulary being killed off and lost altogether.

But he gave an assurance that the government would move to improve the command of English in rural areas.

Muhyiddin also elaborated on his promise that the federal government would adopt Manek Urai, with promises of development projects should they vote for BN.

"You will not just be adopted, because some adopted children are treated like stepchildren but you will be the golden child," he promised.

Wednesday, July 8, 2009

Ceramah Perdana Kembalikan Negara Hukum Dan Hak Rakyat

Tarikh: 8hb Julai 2009(Rabu)
Jam: 8.30 Malam
Tempat: Dewan Dato’ Ahmad Razali, Jalan Ampang [ Berhampiran Balai Polis Trafik Ampang ]

Penceramah:

1) Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Azmin Ali
3) YB Zuraida Kamaruddin
4) YB Sivarasa Rasia
5) Dato’ Zaid Ibrahim

Sains dan Matematik dalam BM dan bahasa ibunda 2012: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Friday, July 3, 2009

Kecelaruan Politik

Satu demi satu isu timbul bagi menguji ketahanan, kesatuan dan keyakinan antara tiga parti yang menganggotai Pakatan Rakyat (PR).

  1. Bermula dengan kecelaruan dalam pembentukkan kerajaan negeri di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
  2. Suara-suara sumbang dalam pembentukkan jawatankuasa sokongan yang terdiri ahli-ahli majlis, JKKK dan Ketua Kampung.
  3. Kelancaran pentadbiran dan kemampuan PR dalam mengatasi masalah rakyat dan penyokong-penyokong PR mula disuarakan. Ada beberapa suara cuba mendapatkan lebih dan mencetuskan suasana tidak selesa kepada beberapa pihak.
  4. Tuduhan-tuduhan liar yang cuba mengaitkan rasuah dan salah guna kuasa mula timbul.
  5. Seorang demi seorang ADUN dan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi sama ada secara paksa atau rela.
  6. Sesekali Hindraf cuba mengegar suasana.
  7. Kekalutan, lompat parti, tukar kerajaan, kekecohan DUN Perak dan keputusan mahkamah menambah kekalutan PR.
  8. Kes DS Anwar yang masih belum menampakkan penghujungnya.
  9. Lontaran idea kerajaan perpaduan telah mengegar kesepakatan PR dan kesatuan PAS.
  10. DAP meneruskan aktiviti bagi memperlihatkan kekuatannya dan tidak hairan dengan orang lain hatta dikalangan PR.
Dengan semua keserabutan yang berterusan ini UMNO terus mengambil kesempatan untuk menggoncang kesatuan PR. Sejauh manakah PR akan bertahan. Terbaru DAP Kedah membuat keputusan untuk meninggalkan PR. Rakyat terus menilai.....

Sebelum kita terus berpolitik, mari kita lihat beberapa perkara berikut:
  1. Mampukah DAP, Keadilan dan PAS menubuhkan kerajaan tanpa permuafakatan PR.
  2. Sanggupkah DAP, Keadilan dan PAS berhadapan dengan rakyat pada PRU 13 sekiranya PR terus bercakaran.
  3. Tidakkah mereka merasa bahawa rakyat memerhatikan dan menilai kerajaan PR.
Sekarang kita pandang semula PRU 12. Adakah kita akan kembali seperti PRU 11? PR hilang kepercayaan dan rakyat mula berkata apa beza PR denganBN? Nampak sama je... mungkin lebih teruk akibat kecelaruan rakan dan serangan dari BN yang beterusan melalui media-media yang dikuasainya.

Apakah pendirian kita kini? Adakah kita akan give-up dan meninggalkan perjuangan ini dan kembali seperti asal. Adakah PR akan berpecah dan membiarkan BN menguasai dan memusnahkan harapan rakyat. Dalam keadaan rakyat masih memberikan sedikit masa, menaruh harapan dan membuka ruang kepada PR untuk membuktikan keupayaannya kini anggota PR bercakaran sesama sendiri.

Kita masih berharap pergeseran ini dapat diatasi dengan berhikmah dan seberapa segera. Tak payahlah nak tunjuk terror and beranggapan kita tak hairan dan tidak memerlukan orang lain. Penting sangat ke perasaan kita dibandingkan dengan harapan rakyat yang ingin melihat sebuah kerajaan baru yang dapat memerintah dengan adil dan memberikan kebajikan kepada seluruh rakyat.

Rakyat terus menaruh harapan agar era kerajaan BN yang menekan rakyat akan berakhir. Sehingga itu PR perlu mengenepikan segala perbezaan dan mengukuhkan persepakatan bagi memberi khidmat kepada rakyat dan negara.

Adakah babi akan menghancurkan PR...... Sebagaimana selsema babi menhancurkan kehidupan.

Babi: DAP Kedah bertindak terburu-buru

ALOR SETAR: Exco kerajaan negeri Kedah, Fakhrurazi Zawawi telah memberikan penjelasan panjang lebar kepada pemimpin DAP Pusat berhubung dengan pusat penyembelihan babi di Mergong, Kedah.

“Nampaknya mereka faham dan meminta kita menyelesaikan isu ini dengan baik. Tetapi DAP Kedah nampaknya tidak berpendirian sama dengan DAP Pusat,” kata Datuk Seri Azizan Razak.

Azizan berkata demikian ekoran tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS.

DAP Kedah tidak berpuashati dengan langkah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang merobohkan pusat penyembelihan babi di Pasar Mergong.

Bagi mereka, kerajaan negeri Kedah tidak sensitif dengan keperluan orang Cina di bandar ini.

Pusat itu yang sudah beroperasi lebih 30 tahun, namun tanpa lesen yang sah, dirobohkan hari ini selepas tamat tempoh sebulan yang dipohon oleh persatuan yang menguasai pusat penyembelihan itu.

Sebelum ini, isu pusat ini telah hangat dibahaskan di Kedah kerana sisa pusat ini telah dibuang ke dalam tong sampah yang sama dengan buangan lain.

Najis dan bahan buangan juga ada yang dibuang ke dalam sungai berdekatan menyebabkan orang Melayu yang tinggal berdekatan dan turut ke pasar ini membuat bantahan.

MBAS telah mengarahkan pusat ini ditutup. Namun, persatuan telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah agar mereka diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan tempat yang baru.

Hasilnya, MB Azizan telah menghantar surat kepada MBAS agar memenuhi rayuan ini dan memberikan mereka tempoh hingga 30 Jun.

Pada 26 Jun, semua kegiatan di pusat ini telah dihentikan oleh peniaga di situ. Pagi tadi, MBAS mula merobohkan bangunan itu.

Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.

“Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar.

“Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan,” beritahu Helmi.

PAS vs DAP Kedah - Kenyataan YB Zulkifli Noordin

Saya ingin menegur tindakan DAP Negeri Kedah yang mengugut keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah semalam. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi DAP Negeri Thomas Su menyatakan semalam bahawa DAP Negeri mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Kenyataan beliau disahkan oleh pimpinan pusat DAP iaitu Ahli Parlimen Seputeh merangkap Exco Kanan Kerajaan Selangor YB Teresa Kok.

Ini bermakna wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah YB Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) tidak akan menyokong Kerajaan Negeri Kedah dalam DUN. Ini juga bermakna semua Ahli Majlis yang diduduki oleh wakil DAP di semua Majlis Perbandaran perlu meletakkan jawatan. Ini juga membawa kesan semua ahli Majlis Ketua kampung (MKK) daripada DAP perlu mengosongklan jawatan.

Isu yang berbangkit adalah masalah pusat penyembelihan babi di tempat awam di Kg. Berjaya yang telah beroperasi secara haram selama lebih 30 tahun. Pihak Kerajaan Negeri telah mengeluarkan notis pemindahan dan perobohan namun tiada tindak balas. Sebaliknya dilapurkan bahawa mereka memohon masa untuk berpindah. Namun apabila tiba masanya mereka gagal berpindah. Jadi saya berpendapat tindakan pihak Majlis adalah wajar dan berpatutan.

Namun tindakbalas DAP Negeri mengugut keluar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah adalah satu tindakan yang tidak wajar samasekali. Saya khuatir tindakan ini akan menyebabkan persepsi rakyat kepada Pakatan Rakyat akan terjejas.

Saya melihat akhir-akhir ini tindak-tanduk DAP memberi gambaran seolah-olah mereka cuba menguasai arah tuju Pakatan Rakyat. Tindak-tanduk DAP membuat keputusan dan mengambil tindakan unilateral dalam beberapa isu akhir-akhir ini mengundang polemik yang sangat merbahaya.

Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang memecat Saudara Johari Kassim sebagai Ketua Whip dan Ahli Majlis jelas suatu tindakan yang tidak wajar. Adalah jelas Saudara Johari Kassim bertindak mewakili ketetapan yang telah diputuskan oleh PKR. Ketua Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang YB Dato Zahrain telah juga memaklumkan perkara yang sama kepada Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng. Ibu pejabat PKR Pusat juga telah mengesahkan perkara tersebut.

Namun Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap telah memecat Saudara Johari secara unilateral. Rayuan pimpinan PKR supaya Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang menimbang semula keputusan tersebut disambut dengan kenyataan-kenyataan angkuh oleh lain-lain pimpinan negeri DAP.

Tindakan Pengerusi DAP YB Karpal Singh mencabar YB Tuan Guru Haji Hadi dan YB Ustadz Nasharuddin Mat Isa (Presiden & Timbalan Presiden PAS) supaya keluar daripada PAS dan menyertai UMNO adalah suatu tindakan dan kenyataan yang tidak sepatutnya datang daripada seorang pemimpin yang menganggotai Pakatan Rakyat.
Saya khuatir tindak-tanduk ini akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. Saya khuatir rakyat yang selama ini menyokong Pakatan Rakyat akan menjadi jemu dan letih dengan karenah politiking saperti ini.

DAP perlu sedar bahawa sokongan yang mereka terima hari ini sehingga membolehkan mereka menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang dan menganggotai Exco Kerajaan Selangor (dan Perak dahulu) adalah kerana sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Mereka perlu ingat kerana keyakinan dan sokongan rakyat kepada kepimpinan YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

DAP perlu sedar untuk terus berada didalam Pakatan Rakyat perlu ada kompromi dan tolak ansur. PAS telah banyak bertolak ansur, begitu juga PKR. DAP perlu juga perlu belajar bertolak ansur dan berkompromi. Sekiranya tidak, tidak ada maknanya DAP terus kekal dalam Pakatan Rakyat. Mungkin DAP perlu menimbang untuk bergerak bersendirian dan membuktikan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat atas kapasiti mereka sendiri. Dan saya yakin keputusannya jelas.

Oleh itu saya berharap dan menasihatkan DAP serta mereka yang gemar mengambil pendekatan ugut-mengugut ini supaya menghentikan segera sikap tersebut. Saya memperingatkan DAP Negeri Kedah supaya jangan cuba mengugut Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Saya percaya semua permasalahan dalaman Pakatan Rakyat boleh diselesaikan secara rundingan tanpa perlu ugut-mengugut sesama sendiri.

Sekiranya budaya saperti ini diteruskan, saya khuatir ianya sekadar menggali kubur sendiri. Kita perlu sedar rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat, dan rakyat sedang memerhati dan meninjau samada kita di Pakatan Rakyat boleh memenuhi aspirasi dan cita-cita rakyat. Kembalilah kita kepada asal perjuangan Pakatan Rakyat untuk memartabat dan mendaulatkan rakyat.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
09 Rejab 1430
02 Julai 2009

Zulkifli Noordin calls DAP stupid over Kedah pull-out

KUALA LUMPUR, July 2 - The PKR Kulim Bandar Baru MP today defended the Kedah state government’s decision to demolish a pig abattoir in Kampung Berjaya, the oldest and the only such facility in the state capital.

Zulkifli Noordin explained that the pig abattoir was an old issue because the slaughter house had been operating illegally for too long.

“The Kedah government has given a month’s notice and have provided an alternative location. They themselves have requested a month’s notice to move and the period has expired. The state government was right in its decision,” he told reporters in the parliament lobby.

Yesterday Kedah DAP pulled out its lone representative from the PAS-led state government. The party’s secretary-general Lim Guan Eng has blamed it on the failure of the PAS-led government to give equal treatment to all “Kedahans”.

Zulfifli ridiculed Kedah DAP and called it stupid for giving rise to the perception that PR was not united.

He also warned DAP’s national leaders to be more careful in their statements because he was worried that Malaysians may perceive that DAP was trying to manipulate PR.

Thursday, July 2, 2009

Pemuda Pas nafi laporan media mengenai kerjasama Pas-Umno

Kenyataan Media (1 Julai 2009)

1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.

2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.

3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.

Sekian.

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

Kadar keuntungan perbankkan Islam terlalu tinggi - TG DS Hj Hadi

KUALA LUMPUR, July 1 —Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) today called for a review on the implementation of the Islamic financial system in the country, saying the profit margin from loans provided under the system was too high.

He said the margin did not differ much with the conventional financial system, thus defeating the purpose of having a separate system.

Although the system was free of “riba” or interest, it was too profit-oriented, he added.

“This is not how the Islamic financial system should be operated because the basis for its implementation is to help those in need.

“In this context, the borrowers are the ones in need of help as they had to resort to borrowing. They should be assisted and not be taken advantage of,” he said when debating the Bank Negara Malaysia Bill 2009 in the Dewan Rakyat.

Abdul Hadi said the government should do something to make the country’s Islamic financial system a truly people-oriented arrangement and to counter the negative perception that it was similar to the conventional system.

Datuk Ismail Abd Mutalib (BN-Maran) echoed Abdul Hadi’s sentiment and invited the PAS president to sit down with the government to put the Islamic financial system on its right track.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading), who interjected, said he agreed with Ismail and asked Abdul Hadi to discuss with Umno for the benefit of the ummah.

“I agree with the Marang MP, whose views are sensible. So let’s sit together and discuss,” he said. – Bernama

Wednesday, July 1, 2009

Ceramah Perdana YB Nizar

Selepas agak lama tiada program ceramah umum... Malam tadi amat terasa bahangnya terutama bila yang berceramah adalah figure yang mendapat liputan media yang luas akhir-akhir ini. Siapa lagi jika bukan YAB Dato' Sri Nizar Jamaluddin yang masih mempertahankan mandat yang diberikan oleh rakyat Perak sebagai MB.
Bincang siapa nak jadi MC.....
Ketibaan YB Nizar yang dinanti-nantikan.
Ucapan alu-aluan dari YDP PAS Hulu Langat.
Ustaz Salehuddin Nasir yang banyak menyentuh perkembangan politik negara terutama Manik Urai. Kini UMNO cuba berlakon watak tok alim, tok lebai dan puteri muslimah bagi memenangi (menipu rakyat Kelantan).
Program yang sepatutnya diadakan di padang terpaksa dipindahkan ke dewan Dato' Nazir atas arahan polis kerana permit untuk mengadakan ceramah di padang tidak diluluskan. Ingatkan UMNO sahaja tidak boleh ceramah PAS pun sama. Terpaksalah penonton bersesak didewan yang kecil ini.
Jom masuk PAS 1.
Jom masuk PAS 2.
Ada yang sesuatu yang menarik agaknya...
Nizar yang penuh semangat menceritakan kisah rampasan kuasa di Perak dan tekanan yang UMNO berikan kepada sekolah agama rakyat.
Sesekali tersenyum melihat reaksi hadirin....