Satu demi satu isu timbul bagi menguji ketahanan, kesatuan dan keyakinan antara tiga parti yang menganggotai Pakatan Rakyat (PR).
- Bermula dengan kecelaruan dalam pembentukkan kerajaan negeri di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
- Suara-suara sumbang dalam pembentukkan jawatankuasa sokongan yang terdiri ahli-ahli majlis, JKKK dan Ketua Kampung.
- Kelancaran pentadbiran dan kemampuan PR dalam mengatasi masalah rakyat dan penyokong-penyokong PR mula disuarakan. Ada beberapa suara cuba mendapatkan lebih dan mencetuskan suasana tidak selesa kepada beberapa pihak.
- Tuduhan-tuduhan liar yang cuba mengaitkan rasuah dan salah guna kuasa mula timbul.
- Seorang demi seorang ADUN dan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi sama ada secara paksa atau rela.
- Sesekali Hindraf cuba mengegar suasana.
- Kekalutan, lompat parti, tukar kerajaan, kekecohan DUN Perak dan keputusan mahkamah menambah kekalutan PR.
- Kes DS Anwar yang masih belum menampakkan penghujungnya.
- Lontaran idea kerajaan perpaduan telah mengegar kesepakatan PR dan kesatuan PAS.
- DAP meneruskan aktiviti bagi memperlihatkan kekuatannya dan tidak hairan dengan orang lain hatta dikalangan PR.
Dengan semua keserabutan yang berterusan ini UMNO terus mengambil kesempatan untuk menggoncang kesatuan PR. Sejauh manakah PR akan bertahan. Terbaru DAP Kedah membuat keputusan untuk meninggalkan PR. Rakyat terus menilai.....
Sebelum kita terus berpolitik, mari kita lihat beberapa perkara berikut:
Sebelum kita terus berpolitik, mari kita lihat beberapa perkara berikut:
- Mampukah DAP, Keadilan dan PAS menubuhkan kerajaan tanpa permuafakatan PR.
- Sanggupkah DAP, Keadilan dan PAS berhadapan dengan rakyat pada PRU 13 sekiranya PR terus bercakaran.
- Tidakkah mereka merasa bahawa rakyat memerhatikan dan menilai kerajaan PR.
Sekarang kita pandang semula PRU 12. Adakah kita akan kembali seperti PRU 11? PR hilang kepercayaan dan rakyat mula berkata apa beza PR denganBN? Nampak sama je... mungkin lebih teruk akibat kecelaruan rakan dan serangan dari BN yang beterusan melalui media-media yang dikuasainya.
Apakah pendirian kita kini? Adakah kita akan give-up dan meninggalkan perjuangan ini dan kembali seperti asal. Adakah PR akan berpecah dan membiarkan BN menguasai dan memusnahkan harapan rakyat. Dalam keadaan rakyat masih memberikan sedikit masa, menaruh harapan dan membuka ruang kepada PR untuk membuktikan keupayaannya kini anggota PR bercakaran sesama sendiri.
Kita masih berharap pergeseran ini dapat diatasi dengan berhikmah dan seberapa segera. Tak payahlah nak tunjuk terror and beranggapan kita tak hairan dan tidak memerlukan orang lain. Penting sangat ke perasaan kita dibandingkan dengan harapan rakyat yang ingin melihat sebuah kerajaan baru yang dapat memerintah dengan adil dan memberikan kebajikan kepada seluruh rakyat.
Rakyat terus menaruh harapan agar era kerajaan BN yang menekan rakyat akan berakhir. Sehingga itu PR perlu mengenepikan segala perbezaan dan mengukuhkan persepakatan bagi memberi khidmat kepada rakyat dan negara.
Adakah babi akan menghancurkan PR...... Sebagaimana selsema babi menhancurkan kehidupan.

3 comments:
teruskan perjuangan wahai sdra..jangan hanya memburukkan orang lain..
Bukan sekadar meneruskan perjuangan... bahkan melaksanakan kewajipan... selagi perlu lidah dan pena digerakkan untuk mencegah kebatilan... Tak burukkan sesiapa pun tak rugi... tapi menegur dasar yang sangat bercelaru tu... Allahua'lam
Post a Comment