Monday, May 17, 2010

BN - BERKHIDMAT UNTUK NAMA DAN JAWATAN

Inilah kenyataan calon BN di Sibu yang kalah. Jelaslah bahawa Kerajaan yang dipimpin oleh BN akan menganak tirikan mereka yang tidak menyokong BN. Tidak sokong tidak untung dan sokong belum tentu untung.

Mungkin pada BN rakyat yang bodoh senang ditipu. Rakyat yang miskin senang dibeli. Rakyat yang susah senang dipujuk. Oleh itu untuk terus berkuasa pastikan BN akan pastikan RAKYAT susah, merempat, miskin, bodoh, tongong dan mereka yang sewaktu dengannya.

Apa pendirian anda? Masih mahu sokong BN?
______________________________

11.30pm: Speaking at a press conference, a beaming Wong Ho Leng says: "This victory is one small step in Sibu, one big step to (state administrative capital) Petrajaya, and one giant step to Putajaya."

Robert Lau, meanwhile, expresses sadness: "I'm sad, because Sibu is going to lose out on a lot of things. I have said in my campaign that if we lose, we lose the confidence of the federal government.

"But my heart is still with the people of Sibu and I will serve them in whatever capacity that I can," says the SUPP leader.


Kebakaran di Bt 9

Satu kebakaran yang memusnahkan deretan kedai lama di hadapan Balai Polis Batu 9 telah berlaku semalam. Kejadian yang memusnahkan keseluruhan bangunan kedai itu diberlaku sekitar 4 petang. Akibat dari kebakaran tersebut jalan telah ditutup untuk semua lalulintas. Kesesakkan teruk telah berlaku dari Taman Sri Nanding hingga ke tempat kejadian.

Sehubungan dengan itu, sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah kesesakkan ini. Polis perlu memainkan peranan bagi memaklumkan pengguna jalanraya dan menasihatkan menggunakan laluan alternatif. Pihak Polis perlu memaklumkan kejadian dan nasihat perjalanan perlu dibuat untuk mengelakkan kesesakkan. Ini boleh dilakukan di Batu 14 bagi membolehkan pengguna jalan memilih untuk ke Ampang atau Semenyih.



Sunday, May 16, 2010

Kuliah Duha 16 Mei 2010 Masjid Bt 14


Kuliah Duha Batu 14 diteruskan lagi. Kuliah kali ini meneruskan tafsir Surah Al-Mutaffifin yang membicarakan kisah orang yang mendustakan Hari Kiamat. Hari Kiamat merupakan Rukun Iman yang jika mengingkarinya bermakna kita telah meruntuhkan keimanan (menjadi kufur). Hari kiamat juga dipanggil Hari Ad-Deen (Al-Fatehah) yang mengambarkan bahawa pada hari tersebut manusia akan dinilai berdasarkan Ad-Deen (agama). Mereka yang mengingkari suruhan agama maka akan celakalah mereka dan sekiranya taat maka beruntunglah mereka.

Orang yang mengaku Islam sedangkan ingkar tentang datangnya kiamat maka ia akan mendapat laknat dari Allah dan halal darahnya. Ada yang menyangka sekiranya orang mempercayai kiamat akan menyebabkan kita menjadi mundur. Mereka fikir orang yang sebok dengan dengan urusan akhirat mereka ini akan membuang dunia. Sedangkan mereka adalah silap dan tersesat dengan kesesatan yang jauh.

Ketahuilah bahawa orang yang sentiasa ingat akan akhirat akan mendorong mereka supaya berhati-hati dalam urusan dunia. Mereka ini sentiasa cermat kerana setiap amal perbuatan mereka kerana mereka percaya kelak amal perbuatannya akan dinilai diakhirat.

Mereka yang berdosa akan seronok dengan kehidupan dunia dan lupa tentang azab nereka yang menanti. Mereka menyangka setiap orang yang mengaku Islam akan masuk syurga. Mereka fikir, kalaupun mereka masuk neraka akhirnya mereka masuk Syurga akhirnya. Mereka menyangka hidup didalam neraka ini umpanya hidup didunia yang susah sikit. Namun mereka lupa siksa yang menunggu mereka dineraka adalah siksa yang tidak tertanggung oleh manusia. Lebih malang lagi, tiada kematian yang memutuskan siksaan itu.

Oleh itu sementara kita masih punya iman dan hidayah, hendaklah kita melaksanakan printah dan suruhan Allah hatta yang kecil atau besar. Ini adalah kerana sekiranya kita lalai dan melakukan dosa maka hati kita akan membentuk titik hitam. Dosa yang bertompok-tompok ini lama-kelamaan akan menyebabkan hati kita menjadi hitam. Hati yang hitam inilah yang akan menghalang hidayah dari Allah.

Berjalanlah kamu diatas muka bumi dan lihatkan apa yang berlaku kepada bangsa yang engkar kepada perintah Allah. Mereka mengenal Allah melalui sangkaan yang tidak benar. Pelbagai kesesatan wujud terhadap Allah kerana sangkaan dan tanpa ilmu yang benar. Ada yang menyangka tuhan itu perlu banyak kerana menyangka tuhan perlu banyak untuk menjaga urusan dunia yang pelbagai. Mereka lupa sedangkan kapal yang kecil itupun sekiranya punya dua nakhoda kapal itu tidak akan mampu berlayar inikan pula alam ini.

Belajarlah dan berfikirlah nescaya kamu akan berjaya. Kesedaran tidak akan datang bergolek tetapi ia akan hadir dengan ilmu dan kebenaran.

Perasmian Cawangan JPD Di Alam Jaya

Syabas dan tahniah kepada Delyganu, rakan-rakan dan penduduk Alam Jaya kerana kesungguhan mereka dalam menganjurkan majlis ini. Semoga dengan usaha ini lebih banyak saluran maklumat dapat dibuka dan seterusnya meningkatkan khidmat kepada masyarakat.
















Friday, May 14, 2010

Akan ada pilihanraya kecil lagikah?


Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.

Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.

Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.

"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.

Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.

Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.

Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka.

Thursday, May 13, 2010

JUDI HARAM - HARAM JUDI


Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Semalam, kerajaan dilaporkan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak.

Dalam kenyataannya petang semalam, Kumpulan Berjaya mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini.

Abdul Hadi, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Umno sebagai tulang belakang kerajaan, telah membawa semakin banyak perkara negatif sejak selepas kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu.

"Ia menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada sekarang ini telah muflis idea dan membawa negara mundur ke belakang, ke arah yang lebih jauh daripada ajaran Islam," katanya.

Wednesday, May 12, 2010

Kapar MP says given go-ahead to report corrupt officials

SHAH ALAM, May 12 — Kapar MP S. Manikavasagam (pic) will report to the police three senior officials in a Selangor-owned mining company today for graft after he was given the green light by the Mentri Besar.

Manikavasagam met Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim this morning after issuing him an ultimatum yesterday to act against the corrupt officials by Friday.

“I’m quite happy,” the lawmaker said after emerging from the hour-long meeting.

“Even (Khalid) said ‘If my brother is involved, you go and charge him,’“ he added.

“He (Khalid) asked me to lodge a police report for the sake of the party.”

Note: Aku teringat kata-kata nabi kalau Fatimah mencuri pun nescaya akan dipotong tangannya. Diharapkan MB Selangor terus istikomah dalam mempertahankan hak dan menghapuskan kebatilan.

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Iklan Rosmah Dalam New York Times - Wanita Pertama Malaysia

Iklan ini dikatakan bernilai jutaan ringgit. Siapa yang bayar? Sendiri bayar atau sponsor atau wang cukai? Mana dapat duit? Kenapa Rosmah?

Cerita mereka dan cerita kita mungkin tak jauh berbeza.....

Itu kisah di Terengganu, tetapi apa bezanya dengan tempat lain? Pemimpin kini dinilai oleh rakyat dan rakyat sudah punya kesedaran. Sekiranya pemimpin terus dengan perangai lama.... hidup bermewah-mewah dengan menghimpun harta tanpa memperdulikan halal haram, maka nantilah balasannya.

Pemimpin bukan sahaja perlu bersih dan ikhlas tatapi perlu di lihat bersih dan ikhlas. Sekiranya baru dilantik memegang sesuatu jawatan dan tiba-tiba punya pelbagai kemewahan yang tidak dimiliki sebelum ini, maka secara automatik mulut orang akan mula bersuara. Tidak salah punya harta tetapi kenapa bila ada jawatan tiba-tiba muncul kereta mewah, rumah banglow, saham berjuta dan tanah berekar-ekar.

Kalau tidak mahu orang buat cerita janganlah cetuskan cerita....
________________________

SETIU - Kemewahan dan gaya hidup luar (biasa) dari kemampuan berbanding pendapatan seorang Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN), kini sudah menjadi buah mulut orang kampong dan masyarakat sekitar kawasan ini.

Baru memasuki penggal kedua sebagai YB, rakyat yang melalui Jalan Kg Tanah Merah, dekat sini, pasti melihat dengan penuh curiga, sebuah rumah mewah yang didirikan dari kayu cengal, sedang dalam pembinaan.

Menurut maklumat daripada mereka yang mahir dalam bidang pertukangan dan pembinaan, rumah YB itu, binaan sebesar itu dengan penggunaan kayu cengal sepenuhnya, secara keseluruhannya termasuk pagar dan pintu pagarnya, dianggarkan menelan kos melebihi setengah juta ringgit.

YB juga dilihat memiliki tiga kenderaan mewah, sebuah Toyota Harrier, sebuah Honda CRV dan sebuah motosikal (mewah) berkuasa tinggi

Yang hebat, dimaklumkan, YB membeli ketiga-tiga kenderaan tersebut hampir serentak, kalau tidak bersekali, dengan jarak masa yang tidak jauh berselang, antara satu pembelaian dengan yang lain.

Kalau ditinjau latar belakang YB sebelum ini adalah hanya seorang bekas guru, tidak mungkin YB tiba-tiba ‘mendapat bonus’ yang memungkinkan, YB boleh menikmati semua kemudahan dunia itu.

Maka rakyat pun mula menjadi berbual di kedai-kedai kopi; mampukah seorang YB yang baru memasuki penggal ke 2 menjadi wakil rakyat, bukan pula seorang Exco, hanya sebagai ADUN sahaja, dapat memiliki semua ini?

Lainlah kalau sebelum ini beliau seorang tokoh korporat atau ahli perniagaan berjaya.

Nampaknya walaupun masyarakat Jabi rata-ratanya adalah masyarakat luar bandar yang masih agak ketinggalan, YB Jabi tidak ketinggalan untuk memasuki senarai wakil rakyat BN yg membina kemewahan mendadak.

Rakyat tentunya tidak boleh dipersalahkan kalau mereka ingin bertanya, "Maafkan kami YB. Dari mana semua kemewahan ini?,"sebagaimana diceritakan kepada Buletinonline.