Sunday, May 16, 2010

Kuliah Duha 16 Mei 2010 Masjid Bt 14


Kuliah Duha Batu 14 diteruskan lagi. Kuliah kali ini meneruskan tafsir Surah Al-Mutaffifin yang membicarakan kisah orang yang mendustakan Hari Kiamat. Hari Kiamat merupakan Rukun Iman yang jika mengingkarinya bermakna kita telah meruntuhkan keimanan (menjadi kufur). Hari kiamat juga dipanggil Hari Ad-Deen (Al-Fatehah) yang mengambarkan bahawa pada hari tersebut manusia akan dinilai berdasarkan Ad-Deen (agama). Mereka yang mengingkari suruhan agama maka akan celakalah mereka dan sekiranya taat maka beruntunglah mereka.

Orang yang mengaku Islam sedangkan ingkar tentang datangnya kiamat maka ia akan mendapat laknat dari Allah dan halal darahnya. Ada yang menyangka sekiranya orang mempercayai kiamat akan menyebabkan kita menjadi mundur. Mereka fikir orang yang sebok dengan dengan urusan akhirat mereka ini akan membuang dunia. Sedangkan mereka adalah silap dan tersesat dengan kesesatan yang jauh.

Ketahuilah bahawa orang yang sentiasa ingat akan akhirat akan mendorong mereka supaya berhati-hati dalam urusan dunia. Mereka ini sentiasa cermat kerana setiap amal perbuatan mereka kerana mereka percaya kelak amal perbuatannya akan dinilai diakhirat.

Mereka yang berdosa akan seronok dengan kehidupan dunia dan lupa tentang azab nereka yang menanti. Mereka menyangka setiap orang yang mengaku Islam akan masuk syurga. Mereka fikir, kalaupun mereka masuk neraka akhirnya mereka masuk Syurga akhirnya. Mereka menyangka hidup didalam neraka ini umpanya hidup didunia yang susah sikit. Namun mereka lupa siksa yang menunggu mereka dineraka adalah siksa yang tidak tertanggung oleh manusia. Lebih malang lagi, tiada kematian yang memutuskan siksaan itu.

Oleh itu sementara kita masih punya iman dan hidayah, hendaklah kita melaksanakan printah dan suruhan Allah hatta yang kecil atau besar. Ini adalah kerana sekiranya kita lalai dan melakukan dosa maka hati kita akan membentuk titik hitam. Dosa yang bertompok-tompok ini lama-kelamaan akan menyebabkan hati kita menjadi hitam. Hati yang hitam inilah yang akan menghalang hidayah dari Allah.

Berjalanlah kamu diatas muka bumi dan lihatkan apa yang berlaku kepada bangsa yang engkar kepada perintah Allah. Mereka mengenal Allah melalui sangkaan yang tidak benar. Pelbagai kesesatan wujud terhadap Allah kerana sangkaan dan tanpa ilmu yang benar. Ada yang menyangka tuhan itu perlu banyak kerana menyangka tuhan perlu banyak untuk menjaga urusan dunia yang pelbagai. Mereka lupa sedangkan kapal yang kecil itupun sekiranya punya dua nakhoda kapal itu tidak akan mampu berlayar inikan pula alam ini.

Belajarlah dan berfikirlah nescaya kamu akan berjaya. Kesedaran tidak akan datang bergolek tetapi ia akan hadir dengan ilmu dan kebenaran.

No comments: