Friday, November 19, 2010
Kemeriahan gotong-royong Korban Perdana 2010 di Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua - Sedutan ucapan Pengarah MTD/JPD serta YB Dr Che Rosli
Pihak MTD juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan takziah kepada Tuan Haji Fahmi Hasanudin Setiausaha Masjid atas pemergian ke Rahmatullah Bondanya yang tercinta. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada anta sekeluarga.
Tuesday, November 16, 2010
Perutusan Aidiladha 1431H 2010 Pengarah MTD Dusun Tua Sdr Mohamad Jan ...
Sedikit tazkirah peringatan dalam menghadapi Hari Kebesaran Islam bersempena Hari Raya Aidiladha 1431H/2010. Semoga Semangat pengorbanan dan perjuangan para anbiya' dapat diteruskan oleh generasi terkemudian khasnya kita semua dalam usaha memburu redha Allah dan keselamatan di dunia dan akhirat sebagaimana istiqamahnya pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjaya mendapat redha-NYA.
Majlis Tindakan DUN Dusun Tua
Parti Islam Semalaysia PAS
Monday, November 15, 2010
Ketua ARC Selangor meninggal dunia
SERDANG, 14 Nov:
Ketua Alternative Riding Club (ARC) Selangor, Firdaus Ibrahim meninggal dunia awal pagi tadi (Ahad) setelah terbabit dalam satu kemalangan motosikal malam tadi.
Kemalangan berlaku sewaktu Allahyarham bersama anaknya, dalam perjalanan pulang dari program Generasi Idaman Selangor (GeMS) anjuran kerajaan negeri di Hulu Langat.
Jenazah Allahyarham kini berada di hospital Sedang manakalah anaknya kini koma dan berada di hospital Kajang.
ARC adalah salah satu unit di bawah lajnah Sukan dan Kebudayaan (DACS) Dewan Pemuda PAS.
Sementara itu DACS negeri Selangor melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga mangsa.
Sumbangan boleh disalurkan ke no akaun Maybank 162731037101 atas nama setiausaha Dacs negeri Selangor, saudara Ikhwan.
Berita dipetik dari Harakahdaily.
Untuk makluman, Almarhum juga merupakan sebahagian dari anggota AJK Pemuda PAS Hulu Langat dan Majlis Pemuda DUN Semenyih.
Almarhum merupakan seorang pejuang istiqamah dan berjaya melaksanakan sebaiknya amanah tugas yang telah diberikan. Selaku peminat jentera bermotor beliau menggunakannya sebagai wadah untuk menyampaikan mesej Islam melalui platform ini. Banyak program yang telah beliau usahakan antaranya menyediakan wadah riadhah alternatif untuk peminat motosikal melalui Kelab ARC yang mempunyai pengisian rohaniah dalam kebanyakkan programnya.
Saya sendiri (S/U MTD) pernah dijemput beliau untuk memberikan pengisian tazkirah dan tarbiah untuk anggota serta ahli-ahli ARC Selangor dalam satu program BBQ ahli ARC baru-baru ini.
Di DUN Dusun Tua, Almarhum selain menjadi tonggak utama memeriahkan pengisian program GEMS di Batu 14 kelmarin Sabtu 14hb November 2010 bagi slot pameran motor besar serta sesi bersama mantan juara dan pelumba Cub Prix Malaysia Sdr. Yasir Said, Almarhum turut menjayakan beberapa program lain di DUN Dusun Tua seperti Pemanduan Berhemat di Batu 16 Dusun Tua dan mengetuai konvoi motor mengiringi konvoi kembara Lajnah Kebajikan PAS Selangor bagi mengedarkan bantuan Ramadhan mengedarkan di sekitar DUN Dusun Tua.
Al-Fatihah untuk Almarhum dan semoga dicucuri rahmat ke atas ruhnya dan semoga pemergian Almarhum sebagai pejuang yang syahid dalam aqidah perjuangan menegakkan agama Allah
Berita MTD kembara Ramadhan lalu yang mengandungi foto Almarhum yang turut membantu pasukan MTD Dusun Tua:
http://mtddusuntua.blogspot.com/2010_09_01_archive.html
Almarhum bersama pemuda Kampung Dusun Tua Hulu Langat di sebelah Sdr. Yasir Said. Turut kelihatan Sdr. Gadaffi (Belia JKKK Batu 16) dan Sdr. Mohamad Azlan (Belia JKKK Batu 17 & ARC DUN Dusun Tua)Sunday, November 14, 2010
GENERASI IDAMAN SELANGOR – GeMS
Terimakasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program GeMS ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat. Dan mereka yang telah mendapat kerja dalam temuduga terbuka yang diadakan, selamat menjalankan tugas dengan amanah.
Insyalah kita akan bertemu lagi di kesempatan yang akan datang. Lain-lain gambar akan diupdate kemudian.
Friday, November 12, 2010
UMNo Hilang Arah dan Perjuangan
UMNo yang dulu mempertahankan bangsa Melayu dan agama kini berlagak menjadi kerajaan akibatnya UMNo tidak lagi mengambil berat kebajikan orang Melayu dan kini sebok menjadi pengadil. Lalu jadilah UMNo seperti Pak Kaduk ayam menang sabung namun kampung habis tergadai.
Kini orang Melayu terkapai-kapai sendirian berjuang untuk mempertahankan hak dan keistimewaan bangsa sendiri yang dijamin oleh Perlembagaan.
GENERASI IDAMAN SELANGOR – GeMS

Tarikh : 13 / 11 / 2010Anjuran : Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
Kerjasama :
- Pejabat Daerah Hulu Langat
- Majlis Perbandaran Kajang
- Jabatan dan Agensi Kerajaan
- NGO
Objektif
- Menyediakan program/ aktiviti yang bersesuaian kepada golongan sasaran terutama remaja, belia dan ibubapa dalam mencegah gejala sosial.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat terutama golongan remaja dan belia mengenai peluang-peluang pekerjaan dalam Program Jom Kerja.
- Mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan masyarakat setempat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
- Memberi pendedahan kepada Masyarakat mengenai tokoh-tokoh ilmuwan di Negeri Selangor melalui Program Jejak Ilmuwan
PAS sedia ganti Umno
"Kita sudah menghantar jemputan kepada semua pimpinan pusat, ahli Parlimen, Adun, dewan harian, negeri, kawasan dan cawangan untuk menghadiri seminar esok," kata Idris kepada Harakahdaily.
Seminar yang akan berlangsung sehari di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor itu bertujuan menanamkan keyakinan kepada ahli bahawa PAS sudah bersiap sedia menggantikan Umno pada PRU 13 selain membentangkan agenda bertindak parti bagi mencapai matlamat itu.
"Kita buat seminar ini untuk bagi penjelasan kepada ahli tentang kesediaan PAS menggantikan Umno.
"Kita mahu daripada seminar ini, ahli akan lebih berjiwa besar untuk merealisasikan matlamat menggantikan Umno dan dapat bekerja dengan lebih kuat lagi," katanya lagi.
Selain itu kata Idris, PAS turut mengundang pihak luar bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan parti itu dan langkah-langkah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Justeru, beliau berharap agar mereka yang menghadiri seminar tersebut akan lebih jelas mengenai perjananan gerak kerja PAS selepas ini.
"Kita harap daripada seminar ini, semua ahli dapat menanamkan dalam fikiran untuk menguasai Putrajaya dan bersiap sedia menghadapi sebagarang kemungkinan PRU diadakan dalam masa terdekat ini, katanya.
Dianggarkan seramai 800 ahli dari seluruh negara akan menghadiri seminar bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Seminar itu akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manakala ucapan penutup akan disampiaknaoleh Timbalannya, NasharudinMat Isa.
Dua kertas kerja akan dibentangkan iaitu "PAS Ganti Umno, Rasional dan Tindakan oleh Idris sendiri dan "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu" oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang juga ahli Parlimen Tumpat.
Manakala di sebelah petangnya pula akan berlangsung forum bertajuk "PAS Ganti Umno:Harapan dan Cabaran" yang menampilkan penganalisis politik, Ghazali Mayudin dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Wadah dan akan dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat.
Wednesday, November 10, 2010
Hari Arafah
Arafat Day on Nov. 15, 2010
By ARAB NEWS
Published: Nov 7, 2010 00:11 Updated: Nov 7, 2010 00:11
The Day of Arafat, when pilgrims stand in prayer on Mount Arafat near Makkah, will be on Monday Nov. 15, the Supreme Court announced Saturday.
Eid Al-Adha will be on Nov. 16.
Tuesday, November 9, 2010
Menara Warisan vs KLCC
Che Det dengan bangganya membuat kenyataan bahawa sekiranya keputusan Che Jib membina Menara Warisan salah maka keputusannya membina KLCC juga salah. Mungkin cerita ini telah agak lama berlalu namun ianya masih lagi menjadi impian pemimpin UMNo untuk membina Menara Warisan. Mari kita nilai secara waras cadangan ini.Sengaja saya lambat mengutarakan pandangan bagi memberikan sedikit ruang untuk meredakan emosi dan mengelak dari mengulas berdasarkan nafsu semata-mata. Namun setelah beberapa ketika apa yang terdetik dihati selepas pengumuman oleh PM ketika itu dan sekarang masih sama. Saya masih tidak setuju.
Adakah pembinaan KLCC itu satu pembaziran. Mungkin benar dan juga mungkin salah bergantung dari sudut mana kita melihat sesuatu perkara itu. Sekiranya kita melihat kepada nilai hartanah dan pembangunan sekitar KLCC, mungkin kita kata pembinaan KLCC membantu memberi keyakinan kepada pelabur untuk membina bangunan yang sepadan dengan KLCC. disekitarnya.... Yang mana harganya apartmentnya sekitar RM1,000.00 satu kaki persegi. Saiz sebesar tile kat rumah saya. Apa yang pasti orang tidak membeli satu kaki persegi.... paling kurang 10 x 10 kaki persegi dan dicongak secara direct harganya adalah RM100,000.00. Berapa ramai orang kita orang Melayu yang mampu beli?
Kita biarkan seketika manfaat kepada hartawan. Kita lihat kepada rakyat biasa seperti saya dan rakan-rakan yang seangkatan. Apa manfaat KLCC kepada saya? Adakah setakat mulut melopong ketika mendongak kelangit... Sesekali membawa keluarga dan berlagak seperti orang kaya meronda di taman dan pusat membeli-belah. Kemudian balik tanpa membeli apa-apa namun terpaksa membayar berbelas ringgit untuk pakir di basement. Fuh satu pelaburan yang menguntungkan katanya!
Semasa meronda-ronda tidak nampak jenama tempatan yang memenuhi ruang niaga di KLCC. Ataupun kita sudah memecah tembok jenama dan kita memiliki jenama antarabangsa. Namun rata-rata adalah jenama yang ku kenali berasal dari luar dari Malaysia. Pastinya harga beg tangannya sahaja mencecah ribuan ringgit. Mak datok..... mampu ke anak bangsaku memiliki ini semua? Mungkin anak orang UMNo mampu.
Setelah ditelek dan disukat masih aku tidak faham dimanakah manfaat yang anak bangsa ku dapat dari pembinaan KLCC. Adakah mereka belum bersedia ataupun mereka telah menguasai perniagaan di KLCC tanpa kusedari. Pastinya anak bangsaku kini ramai yang melepak di sekitar KLCC sambil menghirup udara yang masih lagi percuma.
Sekali lagi aku cuba menjawab pertanyaan Che Det.... Adakah pembinaan KLCC satu keputusan yang silap? Dan sekali lagi aku melihat jawapan yang sama.... apa faedah yang anak bangsaku dapat dari pembangunan KLCC dan sekitarnya..... hasilnya:
- Kulihat anak bangsaku masih tidak lagi mampu berniaga di KLCC.
- Kulihat anak bangsaku masih tidak mampu memiliki apartment disekitar KLCC.
- Kulihat anak bangsaku masih tidak mampu menguasai pusat konvension KLCC untuk membuat pameran perdagangan di KLCC.
- Kulihat anak bangsaku hanya menjadi pekerja kepada orang lain yang kaya-raya di KLCC.
- Kulihat tiada jenama Malaysia yang gagah menguasai ruang niaga KLCC.
- Kulihat anak bangsaku hanya melepak di kaki lima KLCC.
- Kulihat anak bangsaku hanya berkepit mundir mandir di taman KLCC.
- Kulihat anak seni bangsaku tidak mampu masuk dewan Philharmonik KLCC.
- Kulihat anak bangsaku masih lagi melopong kagum dengan bangunan KLCC.
- Kulihat orang lain kaya-raya kerana membina KLCC.
- Kulihat hanya Petronas yang gagah menguasai ruang pejabat KLCC.
- Kulihat tuan Maxis... Ananda Krisnan.... tuan tanah lumba kuda sahaja yang boleh duduk di KLCC.
- Cuba kau lihat apa yang anak bangsaku dapat manfaat dari pembinaan KLCC......
- Kulihat anak bangsaku masih kagum dengan UMNo sebagaimana mereka kagum dengan KLCC.
Maka orang Melayu balik kampung dan tinggal ditepi sungai kerana tanah dikampung pun habis dijual..... Mana hendak dituju oh anak bangsaku.
....akan datang.... UMNo sesat dan hilang arah panduan.
