Che Det dengan bangganya membuat kenyataan bahawa sekiranya keputusan Che Jib membina Menara Warisan salah maka keputusannya membina KLCC juga salah. Mungkin cerita ini telah agak lama berlalu namun ianya masih lagi menjadi impian pemimpin UMNo untuk membina Menara Warisan. Mari kita nilai secara waras cadangan ini.
Sengaja saya lambat mengutarakan pandangan bagi memberikan sedikit ruang untuk meredakan emosi dan mengelak dari mengulas berdasarkan nafsu semata-mata. Namun setelah beberapa ketika apa yang terdetik dihati selepas pengumuman oleh PM ketika itu dan sekarang masih sama. Saya masih tidak setuju.
Adakah pembinaan KLCC itu satu pembaziran. Mungkin benar dan juga mungkin salah bergantung dari sudut mana kita melihat sesuatu perkara itu. Sekiranya kita melihat kepada nilai hartanah dan pembangunan sekitar KLCC, mungkin kita kata pembinaan KLCC membantu memberi keyakinan kepada pelabur untuk membina bangunan yang sepadan dengan KLCC. disekitarnya.... Yang mana harganya apartmentnya sekitar RM1,000.00 satu kaki persegi. Saiz sebesar tile kat rumah saya. Apa yang pasti orang tidak membeli satu kaki persegi.... paling kurang 10 x 10 kaki persegi dan dicongak secara direct harganya adalah RM100,000.00. Berapa ramai orang kita orang Melayu yang mampu beli?
Kita biarkan seketika manfaat kepada hartawan. Kita lihat kepada rakyat biasa seperti saya dan rakan-rakan yang seangkatan. Apa manfaat KLCC kepada saya? Adakah setakat mulut melopong ketika mendongak kelangit... Sesekali membawa keluarga dan berlagak seperti orang kaya meronda di taman dan pusat membeli-belah. Kemudian balik tanpa membeli apa-apa namun terpaksa membayar berbelas ringgit untuk pakir di basement. Fuh satu pelaburan yang menguntungkan katanya!
Semasa meronda-ronda tidak nampak jenama tempatan yang memenuhi ruang niaga di KLCC. Ataupun kita sudah memecah tembok jenama dan kita memiliki jenama antarabangsa. Namun rata-rata adalah jenama yang ku kenali berasal dari luar dari Malaysia. Pastinya harga beg tangannya sahaja mencecah ribuan ringgit. Mak datok..... mampu ke anak bangsaku memiliki ini semua? Mungkin anak orang UMNo mampu.
Setelah ditelek dan disukat masih aku tidak faham dimanakah manfaat yang anak bangsa ku dapat dari pembinaan KLCC. Adakah mereka belum bersedia ataupun mereka telah menguasai perniagaan di KLCC tanpa kusedari. Pastinya anak bangsaku kini ramai yang melepak di sekitar KLCC sambil menghirup udara yang masih lagi percuma.
Sekali lagi aku cuba menjawab pertanyaan Che Det.... Adakah pembinaan KLCC satu keputusan yang silap? Dan sekali lagi aku melihat jawapan yang sama.... apa faedah yang anak bangsaku dapat dari pembangunan KLCC dan sekitarnya..... hasilnya:

- Kulihat anak bangsaku masih tidak lagi mampu berniaga di KLCC.
- Kulihat anak bangsaku masih tidak mampu memiliki apartment disekitar KLCC.
- Kulihat anak bangsaku masih tidak mampu menguasai pusat konvension KLCC untuk membuat pameran perdagangan di KLCC.
- Kulihat anak bangsaku hanya menjadi pekerja kepada orang lain yang kaya-raya di KLCC.
- Kulihat tiada jenama Malaysia yang gagah menguasai ruang niaga KLCC.
- Kulihat anak bangsaku hanya melepak di kaki lima KLCC.
- Kulihat anak bangsaku hanya berkepit mundir mandir di taman KLCC.
- Kulihat anak seni bangsaku tidak mampu masuk dewan Philharmonik KLCC.
- Kulihat anak bangsaku masih lagi melopong kagum dengan bangunan KLCC.
- Kulihat orang lain kaya-raya kerana membina KLCC.
- Kulihat hanya Petronas yang gagah menguasai ruang pejabat KLCC.
- Kulihat tuan Maxis... Ananda Krisnan.... tuan tanah lumba kuda sahaja yang boleh duduk di KLCC.
- Cuba kau lihat apa yang anak bangsaku dapat manfaat dari pembinaan KLCC......
- Kulihat anak bangsaku masih kagum dengan UMNo sebagaimana mereka kagum dengan KLCC.
Aku bimbang kalau satu lagi binaan seperti KLCC dibuat hasilnya juga sama..... Mungkin yang untung dan kaya raya sekelompok kecil pemimpin UMNo yang suara berdegar-degar mahu membela nasib orang Melayu..... Namun akhirnya mereka juga yang kaya-raya sedangkan orang Melayu terus terpinggir, merempat papa kedana dan tiada arah nak dituju.
Maka orang Melayu balik kampung dan tinggal ditepi sungai kerana tanah dikampung pun habis dijual..... Mana hendak dituju oh anak bangsaku.
....akan datang.... UMNo sesat dan hilang arah panduan.

1 comment:
setakat nak bangga je bt ape klu org melayu langsung takde dpt manfaat.bangunan tinggi2 cuma mcm lambang menunjuk2 seorg pemimpin mcm bagus sgt................mmg takde faedah
Post a Comment