Friday, February 6, 2009

Bukan kata malaysia, perak pun boleh kalahkan brazil!

Salam Kamunting,

Bukan susah pun untuk pasukan Malaysia menang ke atas pasukan bola sepak Brazil. Kita hanya perlukan satu senjata yang ampuh. Rasuahkan pengadil!

Kitakan negara kaya. Setakat RM50 jutalah katakan, demi kegemilangan bola sepak negara, takkanlah kita tak boleh keluarkan sejumlah itu dari perbendaharaan negara untuk merasuah seseorang yang pasti boleh memberikan kemenangan kepada pasukan negara kita. Pengadil itu pasti akan menyertai kita dengan melayangkan kad merah ke atas 4 pemain ( 3 Melayu, satu Cina! ) Brazil yang pemain kita cederakan. Kemudian batalkan semua jaringan gol oleh Kaka atau Robinho dengan alasan off side atau foul atau sebagainya. Pada minit - minit akhir pun boleh, asalkan Malaysia kita dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain Brazil dijatuhkan di luar petak penalti. Kemudian jika tendangan itu tersasar, ulanginya sehingga masuk GOLL!

Soal FIFA nak pecat pengadil, itu soal lain. Jadi pengadil sampai mati pun, dia takkan dapat wang sebanyak itu. Soal kemenangan itu ditarik balik, itu soal lain juga. Depan hari kita menang lagi, sebab kita banyak duit dan kita korbankannya demi kegemilangan negara.

Bukan kata Malaysia, Perak pun boleh kalahkan Brazil. Israel guna bom, kita guna rasuah. Israel membunuh beribu - ribu manusia, kita menghidupkan beribu - ribu manusia dengan rasuah! Israel zalim, kita adil.

Anda sedih dengan apa berlaku di negeri Perak hari ini? Juga esok?

Ya, semua yang menyanggah perumpamaan di atas pasti akan sedih dengan apa yang menimpa negeri Perak.

Dalam politik Malaysia, SPR adalah pengadil. Apabila SPR menyebelahi parti politik kerajaan dan menolak parti pembangkang, anda tentu tahu SPR telah curang dalam kerja dan amanah negara keatasnya. Tiada yang menjadikan mereka curang selain rasuah. Rasuah jawatan, harta, wanita, persahabatan dan macam - macam.

Kalau ahli politik boleh makan rasuah, mengapa SPR tak boleh. Mereka semua manusia. Binatang tak makan rasuah sebab sunnah tuhan ke atas kehidupan liar mereka, tiada rasuah diistilahkan. Bila manusia makan rasuah, mereka bukanlah binatang. Mereka manusia binatang yang lebih liar dan lebih hina daripada binatang. Jika mereka mayat, mereka bertukar jadi zombi!

Anda baca buku ‘La Tahzan’ karangan seorang ulama masyhur itu? Baca tak?

Jika belum, beli dan baca. Saya telah membacanya dalam teks asal Arabiyyahnya. Ayahanda juga telah membacanya sebab saya telah membacanya setelah saya mengambil buku itu daripadanya setelah dibacanya buku itu.

Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.

Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.

Jika anda menyokong pasukan Brazil, anda bersedihkah Brazil kalah dengan cara itu? Jika anda menyokong pasukan Malaysia, anda bergembirakah Malaysia menang cara itu? Tidakkan?

Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.

Jika rakyat pun menolak kita, janganlah juga anda bersedih. Jika tidak, anda termasuk dalam kalangan orang - orang yang tidak yakin dengan janjiNya. ( rujuk ayat di atas. )

Jangan bersedih. Kesedihan melambatkan kerja kita. Kerja kita adalah dakwah ilaLlah.

Perak : Antara Prinsip Dan Pertimbangan Politik

Rayuan rakyat Perak.
Ingat tak lagi? Suatu masa dahulu....

Dari segi prinsip dan pertimbangan politik mungkin berbeza. Bagitu juga dari segi persepsi rakyat dan tanggapan umum. Dari segi politik kita perlu dilihat sebagai orang yang berakhlak mulia dan pada masa yang sama perlu tegas dan mempunyai pendirian.

Adakalanya politik perlu "telunjuk lurus kelingking berkait". Perlu dilihat rendah diri , luhur dan dalam masa yang sama berusaha melalui jalan yang benar dan terhormat untuk memperbaiki keadaan. Kalau kita gocoh sekarang tetapi rugi kemudiannya apa manfaatnya? Kesedaran rakyat semakin meningkat. Kita perlu merujuk kepada keputusan Nabi SAW ketika dihalang dari memasuki kota Mekah untuk menunaikan haji. Tetapi, beliau bersetuju dengan terma dan syarat Perjanjian Hudaibiyah pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah bukan kerana ia adil tetapi kerana manfaat dari perjanjian itu. Mungkin baginda dilihat kalah di situ tetapi berkat kesabaran baginda dan istikomah pengikut-pengikut setia, Allah telah menunjukkan jalan kemenangan pada tahun berikutnya iaitu pada hari Rabu tanggal 10 Ramadhan Tahun ke 8 Hijrah.

Imej yang calar sukar diperbaiki tetapi kekalahan sekarang boleh ditebus semula. Kerja terus berjalan dan usaha perlu ditingkatkan. Kita boleh menang kerana orang lain lemah tetapi untuk menjadi orang yang lebih bermaruah kita kena menang kerana kita kuat.

Bersabar di atas ujian ini dan tingkatkan usaha untuk mencapai kemenangan yang kekal abadi.

Wassalam.
_____________________________

Salinan Surat MB Perak kepada Sultan Azlan Shah


5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.

Ampun Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampun Tuanku,

Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampun Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

Thursday, February 5, 2009

Kayuhan "Le Tour De Langkawi 2009" akan tiba di Hulu Langat 12/2/09

Kepada peminat lumba basikal jangan lupa saksikan sendiri pelumba-lumba bertaraf antarabangsa menggegar Genting Perez sebelum menuju ke Empangan Semenyih dan berakhir di Bangi. Jalan Hulu Langat amat terkenal dikalangan pengemar sukan berbasikal terutama sekali laluan dari Batu 14 ke Batu 18 ke Sg Lui dan setarusnya mendaki Genting Perez atau bersantai di Tekala.

Sesuatu wajar dilakukan bagi meningkatkan mutu laluan ini bagi menggalakkan sukan disamping menarik pengunjung dari luar. Selain warga tempatan, warga asing juga dilihat ramai yang menggunakan laluan ini. Ini juga dapat meningkatkan sumber ekonomi peniaga di Hulu Langat ini.

Stage 4
Melaka - Bandar Baru Bangi • 221.0kms
12th February 2009

AFTER a difficult third stage, the peloton is expected to enforce caution entering the longest stage of the LTdL this time around. The race heads North again from the start in Malacca and travels through the scenic coastal route through Tanjung Kling, Tangga Batu, Alor Gajah and Masjid Tanah before the sprinters teams take charge at the front entering the first intermediate sprint at the Naval Academy of Malaysia in Kuala Sungai Baru, 37 kilometres into the stage.

In realising the length of the stage and a difficult categorised climb that awaits, the peloton may be broken up by attacks heading into Pengkalan Kempas, Pasir Panjang and the second intermediate sprint at Port Dickson. The feeding zone allows the riders to prepare for the category 3 climb up Bukit Tangga, where the king of the mountains leader has his status under threat.

The first indicator of the real contenders in the mountains classification, however, comes in the form of the category 2 climb up Genting Perez as the peloton heads towards Hulu Langat and then the finish line in Bangi. Changes in the leadership of the four jerseys are expected to happen in this stage as well.

Saya sekadar dikambing hitam, kata Sirul

Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar “kambing hitam yang harus dikorbankan” untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

“Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam,” kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul Azhar, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

“Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya,” katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.

Adik perempuan dan abang saudaranya yang turut berada di galeri awam dilihat turut menangis.

Malaysiakini | 4 Februari 2009

Politik Perak : Satu Penilaian

Dengan kehilangan 3 wakil Pakatan Rakyat dan kembalinya orang UNMO ke BN maka lengkaplah sendiwara politik paling merimaskan dalam sejarah negara. Walaupun jumlah perwakilan PR dan BN kini seri 28, tetapi dengan sokongan yang diberikan oleh wakil bebas (2 PKR dan 1 DAP) maka BN mempunyai cukup kerusi untuk mengambil alih pemerintahan semula di Perak.

Persoalan yang lebih penting bukan hari ini. Bukan soal sama ada sultan setuju dengan Najib untuk membentuk kerajaan baru atau dengan Nizar untuk membubarkan DUN Perak. Persoalan ini kita boleh tunggu keputusannya hari ini. Tetapi setakat yang saya tahu Istana dari dahulu hingga kini tidak pernah membuat pengumuman tentang siapa pilihan mereka. Siapa sahaja yang keluar dari Istana dengan jawapan, maka itulah keputusan Istana.

Satu lagi persoalan besar yang perlu diteliti adalah masa depan politik Perak atau lebih khusus BN. Dengan penyertaan atau sokongan 2 ADUN 'hilang' kepada BN maka BN memerintah. Apa pula akan jadi terhadap kes mereka ini? Kita boleh membaca seperti berikut:

  1. Kes mereka akan disebut pada 11 Feb 2009 dan hakim membuat keputusan untuk menangguh dan tangguh dan tangguh sehingga pilihanraya umum akan datang. Maka kerajaan BN selamat buat seketika. Semua orang kata Najib telah mempengaruhi hakim.
  2. Sekiranya kes mereka dibicara dan didapati mereka tidak bersalah diatas sebab teknikal ataupun mereka diperangkap...... Semua orang akan kata kalau mereka PR maka mereka salah dan bila mereka BN mereka betul. Maka orang pun berkata Najib telah mempengaruhi hakim.
  3. Sekiranya mereka didapati bersalah dan hilang kelayakkan manjadi ADUN........ bagi membuktikan bahawa institusi kehakiman masih berwibawa maka pilihanraya kecil akan diadakan. Sekiranya kedua-dua calun PR menang maka satu lagi pusingan politik yang paling kelakar akan berlaku di Perak..... MB bertukar lagi..... Ini dah macam Thailand.
Situasi ini akan menjadikan rakyat semakin resah dan tindakkan yang luar biasa mungkin berlaku. Akibatnya dari pergolakan politik yang berpanjangan ini maka rakyat yang menjadi mangsa. Apa kesudahannya? JKKK tukar, Ketua Kampung tukar dan lain-lain jawatan sokongan tukar.... Semua tukar.

Apakah keputusan Sultan Perak? Sama-sama kita nantikan dan apa kesudahan drama terhebat dipentas politik hari ini. Adakah ini juga akan berlaku sekiranya Anwar Ibrahim berjaya mengumpul cukup ahli parlimen untuk mengambil alih pemerintahan negara?

Wednesday, February 4, 2009

DUN Perak dibubarkan hari ini?

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda.

Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.

Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini enggan mengulas buat masa sekarang.

Difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi.

Di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang akhbar khas pada jam 4 petang ini, dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik di Perak.

Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak dijangka mengadakan satu sidang akhbar jam 4 petang ini.

Silap Mata Ini Mainan Siapa?

Suruhanjaya Piliharaya (SPR) hari ini mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri Behrang dan Changkat Jering tidak dikosongkan, oleh itu perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut tidak sah. Tindakan SPR ini menimbulkan persoalan undang-undang yang besar implikasinya, kerana kuasa mengisytiharkan pilihanraya kecil ada di tangan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

Saya berpendapat kuasa untuk menentukan kesahihan surat tersebut bukanlah di dalam bidangkuasa SPR bahkan ianya harus dirujuk ke mahkamah. Kuasa SPR hanya untuk memastikan kelicinan perjalanan proses pilihanraya. Mengapa harus SPR melanggar batas bidangkuasa yang dimiliki Speaker DUN Perak? Malah ada pengkaji dan pengamal undang-undang menganggap keputusan SPR bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nyata sekali Datuk Seri Najib akan menghalang pilihanraya diadakan kerana bimbang dengan kemaraan rakyat.

Apa penyudah sebalik semua ini?

Mungkin hanya tok dalang yang pandai bermain silap mata dengan menghilangkan orang tanpa dikesan mampu menjawabnya.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, February 3, 2009

Speaker boleh cabar , DAP dakwa tidak demokratik

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil pendirian terbuka jika Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mahu mencabar keputusan SPR yang memutuskan tidak wujud kekosongan bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat pula menyifatkan keputusan SPR pagi tadi sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Speaker DUN Perak mempunyai hak untuk mencabar keputusan itu jika beliau tidak berpuas hati.

"Kita negara demokrasi. Semua orang ada hak untuk mencabar dan mahkamahlah yang menetukan," kata beliau selepas selepas mesyuarat khas SPR berhubung isu peletakan jawatan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).

SPR hari ini memutuskan bahawa kedua-dua ADUN tersebut masih penyandang kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar pagi semalam.

Sivakumar semalam menghantar surat memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan Changkit Jering kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri selepas ADUN bagi kawasan tersebut, Jamaluddin dan Mohd Osman dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua ADUN berkenaan pada hari yang sama turut menghantar salinan surat yang menafikan mereka meletak jawatan.

Ditanya sama ada SPR memberatkan mana-mana surat untuk membuat keputusan, Abdul Aziz berkata, pihaknya meneliti kedua-dua surat tersebut secara sama rata.

"Ini bukan soal memberatkan mana-mana. Kita mengambil kandungan kedua-dua surat itu secara sama rata daripada orang yang sama." katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

"Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.

Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.

Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak

Surat Speaker ragukan, status 2 ADUN PKR sah

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi - dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) - yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.

Dengan itu, SPR mengisytiharkan tidak wujud kekosongan bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi selepas mengadakan mesyuarat hampir dua jam di sini.

Dengan itu pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi berkenaan tidak akan diadakan.

KOMEN ADUN

Dalam reaksi segera, Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, menyambut baik perkembangan tersebut.

"Bagi saya, saya terima apa juga keputusan SPR... sama ada SPR adakan pilihan raya kecil ataupun tidak adakan pilihan raya kecil.

"Kalau kita tidak patuh undang-undang siapa lagi yang hendak mematuhi undang-undang," katanya.

Mohd. Osman masih tidak dapat dihubungi sehingga sekarang.

KENYATAAN SPR

Ketika mengulas lanjut keputusan SPR, Pengerusi SPR mengakui wujud keraguan dalam surat letak jawatan yang dikemukakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semalam.

Abdul Aziz berkata, Speaker boleh menerima surat peletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan di bawah Perlembagaan negeri.

"ADUN boleh letak jawatan dan menulis kepada Speaker dan memanglah peraturannya Speaker menulis kepada SPR memaklumkan keadaan itu, bukan mengisytiharkan kerusi itu kosong," kata beliau sambil menambah, "yang mengisytiharkan kerusi itu kosong atau tidak adalah SPR."

"SPR dalam mesyuarat khas itu telah meneliti secara mendalam dari semua aspek dan mendapati wujud keraguan dalam surat-surat letak jawatan itu.

"SPR dengan ini memaklumkan wujud keraguan terhadap surat-surat peletakan jawatan oleh penyandang kerusi berkenaan yang telah dikemukakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri," kata beliau pada sidang media.

"Satu surat mengatakan mereka meletak jawatan dan satu lagi surat daripada orang yang sama mengatakan mereka tidak meletak jawatan.

"Jadi, ini teleh menimbulkan keraguan kepada SPR untuk menerima surat peletakan jawatan tersebut," katanya.

Tambah Abdul Aziz, memandangkan kedua-dua penyandang kerusi berkenaan juga secara "sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuasa, oleh yang demikian SPR memutuskan bahawa berhubung dengan kedudukan kerusi-kerusi bagi Changkat Jering dan Behrang, SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan wujud kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan."

CABAR DI MAHKAMAH

Mengulas sama ada SPR akan menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan memandangkan ia pertama kali berlaku, Abdul Aziz berkata, bukan tugas SPR untuk melakukan siasatan.

"SPR berpegang kepada dua surat yang diterima serta keputusan mesyuarat kali ini yang bermakna tidak perlu diadakan pilihan raya kecil bagi keduadua DUN berkenaan," katanya.

Abdul Aziz berkata, salinan surat yang dihantar oleh kedua-dua Adun itu juga tidak menyatakan sama ada mereka akan menyertai manamana parti lain, sebaliknya hanya menyatakan surat yang dihantar oleh Sivakumar adalah tidak berkuat kuasa.

"Jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka berhak membawa perkara berkenaan ke mahkamah dan terpulang kepada mahkamah untuk menimbangkan daripada aspek perundangan untuk membuat keputusan," katanya.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dalam kenyataan mengumumkan bahawa ADUN Behrang, Jamaluddin dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang semalam.

Pagi semalam beliau memaklumkan kekosongan kedua-dua kerusi itu kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Bagaimanapun kedua-dua ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam kelmarin menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa mereka telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan Sivakumar adalah surat yang ditandatangani mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum lalu.

KEPUTUSAN SPEAKER TIDAK BOLEH DICABAR- Dr. Abdul Aziz Bari

Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung kekosongan dua kerusi - Changkat Jering dan Behrang - yang akan membuka laluan untuk pilihan raya kecil - adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tindakan ADUN terbabit, Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi selama lima hari dengan sendirinya telah memaksa Speaker untuk membuat keputusan itu.

Kata beliau, surat peletakan jawatan tersebut sah walaupun tidak bertarikh semasa ditandatangani memandangkan kedua-dua mereka mengetahui kandungan dan kesan yang akan mereka hadapi jika menandatangani surat itu.

"Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut.

"Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dimaklumkan tentang kekosongan kedua-dua kerusi itu oleh Speaker DUN pukul 8 pagi tadi.

"Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri.

"Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin semalam yang mahu mencabar Speaker kerana mengumumkan kekosongan yang wujud berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima daripada dua ADUN terbabit di Ipoh pukul 5.45 petang semalam.

Jamaluddin berkata, peletakan jawatan tersebut merupakan satu pembohongan kerana surat letak jawatan yang dimaksudkan Sivakumar itu sebenarnya telah ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR termasuk beliau dan Mohd Osman pada 8 Mac lalu kerana kerajaan negeri bimbang mereka akan menyertai BN.

Katanya, surat itu telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya mereka telah meletak jawatan.

Jamaluddin dan Mohd Osman sebelum itu dilaporkan telah hilang dan tidak dapat dihubungi dalam tempoh lima hari minggu lalu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, tindakan mereka menghilangkan diri itu dengan sendirinya telah menyebabkan hujah-hujah termasuk dakwaan bahawa peletakan jawatan tersebut adalah satu pembohongan dengan sendirinya tidak boleh lagi diguna pakai.

"Ini bukan zaman darurat sehingga menghilangkan diri dan tidak boleh dihubungi.

"Pada saya, hujah-hujah mereka sudah terlambat... lainlah jika mereka tidak menghilangkan diri, mungkin apa yang dipertahankan mereka boleh diambil kira," katanya.