Dengan kehilangan 3 wakil Pakatan Rakyat dan kembalinya orang UNMO ke BN maka lengkaplah sendiwara politik paling merimaskan dalam sejarah negara. Walaupun jumlah perwakilan PR dan BN kini seri 28, tetapi dengan sokongan yang diberikan oleh wakil bebas (2 PKR dan 1 DAP) maka BN mempunyai cukup kerusi untuk mengambil alih pemerintahan semula di Perak.
Persoalan yang lebih penting bukan hari ini. Bukan soal sama ada sultan setuju dengan Najib untuk membentuk kerajaan baru atau dengan Nizar untuk membubarkan DUN Perak. Persoalan ini kita boleh tunggu keputusannya hari ini. Tetapi setakat yang saya tahu Istana dari dahulu hingga kini tidak pernah membuat pengumuman tentang siapa pilihan mereka. Siapa sahaja yang keluar dari Istana dengan jawapan, maka itulah keputusan Istana.
Satu lagi persoalan besar yang perlu diteliti adalah masa depan politik Perak atau lebih khusus BN. Dengan penyertaan atau sokongan 2 ADUN 'hilang' kepada BN maka BN memerintah. Apa pula akan jadi terhadap kes mereka ini? Kita boleh membaca seperti berikut:
Apakah keputusan Sultan Perak? Sama-sama kita nantikan dan apa kesudahan drama terhebat dipentas politik hari ini. Adakah ini juga akan berlaku sekiranya Anwar Ibrahim berjaya mengumpul cukup ahli parlimen untuk mengambil alih pemerintahan negara?

- Kes mereka akan disebut pada 11 Feb 2009 dan hakim membuat keputusan untuk menangguh dan tangguh dan tangguh sehingga pilihanraya umum akan datang. Maka kerajaan BN selamat buat seketika. Semua orang kata Najib telah mempengaruhi hakim.
- Sekiranya kes mereka dibicara dan didapati mereka tidak bersalah diatas sebab teknikal ataupun mereka diperangkap...... Semua orang akan kata kalau mereka PR maka mereka salah dan bila mereka BN mereka betul. Maka orang pun berkata Najib telah mempengaruhi hakim.
- Sekiranya mereka didapati bersalah dan hilang kelayakkan manjadi ADUN........ bagi membuktikan bahawa institusi kehakiman masih berwibawa maka pilihanraya kecil akan diadakan. Sekiranya kedua-dua calun PR menang maka satu lagi pusingan politik yang paling kelakar akan berlaku di Perak..... MB bertukar lagi..... Ini dah macam Thailand.
Apakah keputusan Sultan Perak? Sama-sama kita nantikan dan apa kesudahan drama terhebat dipentas politik hari ini. Adakah ini juga akan berlaku sekiranya Anwar Ibrahim berjaya mengumpul cukup ahli parlimen untuk mengambil alih pemerintahan negara?
No comments:
Post a Comment