Sebelum kita setuju atau tidak dalam perkara ini mari kita jawab persoalan berikut:
- Adakah menjadi kesalahan untuk menyebarkan agama eristian kepada orang Melayu terutamanya yang beragama Islam? Negeri mana yang benarkan dan negeri mana yang tidak benarkan? Ada sesiapa boleh jawab?
- Kalau kita halang Bible dalam bahasa Melayu ini dicetak... Apakah pula jaminan bahawa mereka tidak sebarkan melalui blog, tweeter, facebook dan media yang seumpamanya?
- Apa pula bezanya Bible dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..... Sedangkan ramai orang Melayu sekarang ini sudah 'pandai' berbahasa Inggeris kesan dari PPSMI (belajar sain dan hisab pakai bahasa Inggeris).
Mungkin ini sebahagian yang dapat saya fikirkan. Mungkin banyak lagi persoalan yang boleh dikemukakan dan perlu dijawab.
Saya mengangap ini semua sebagai cabaran terhadap perkembangan Islam dan usaha kita untuk mempertahankan aqidah dan hak umat Islam. Tetapi adakah dengan mengharamkan itu dan ini dapat meningkatkan kefahaman umat terhadap Islam.
Kenapa kerajaan beriya-iya sangat menghalang Bible bahasa Melayu ini dari diedarkan? Kenapa halang pengedaran buku dan bukan tingkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam? Jawapan yang paling mudah saya boleh fikirkan ialah..... Kalau rakyat diajar lebih tentang agama mereka akan tinggalkan UmNo akan menyokong PAS.
Kerajaan dilihat semakin terdesak sehingga hilang punca dan pertimbangan. Sebab itulah mereka tidak berusaha untuk meningkatkan pendidikan agama Islam kepada rakyat. Mereka lebih bersungguh memperjuangkan bangsa dari agama... Mereka bimbang apabila rakyat semakin faham tentang Islam semakin ramai akan masuk PAS.

No comments:
Post a Comment