Tuesday, February 28, 2012

Najib Cuba Perbodohkan Rakyat

PM janji lebih kuasa bagi SPRM jika BN dapat 2/3

BN terus menaburkan janji pilihan raya hari ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  berkata sekiranya mereka merampas kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Kalau sendiri tak cerdik jangan ingat rakyat bodoh macam kamu.... Untuk meminda perlembagaan pencadang hanya memerlukan sokongan 2/3 parlimen... BUKAN PERLU ADA KERUSI 2/3 baru nak buat pindaan. Kalau BN ada satu kerusi pun namun 2/3 parlimen sokong... pindaan masih boleh di buat.

Cerdik tak boleh di ikut bodoh tak boleh diajar.

Monday, February 27, 2012

Jelajah LTDL Bakal Mengunjungi Hulu Langat Esok

Stage 5
Ayer Keroh - Pandan Indah, Ampang
190.0 km | Tuesday, 28 February 2012

Jangan ketinggalan menyaksikan kayuhan jaguh negara semasa melintasi Hulu Langat dari Sg Lui, Batu 18 ke Pekan Bt 14 sebelum naik ke Bukit Ampang. Perlumbaan sejauh 190km ini akan bermula di Air Keroh berakhir di Ampang.


Sunday, February 26, 2012

Jati, Pekida dan Perkasa Adalah Satu Kapal.

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)akan menyokong perjuangan Jati - NGO yang diasaskan Datuk Dr Hasan Ali, kerana konsep perjuangannya selari dengan pertubuhan itu, iaitu menjaga dan mempertahan agenda umat Islam dan Melayu di negara ini.... Dan Pekida adalah UmNo.

Ceramah Maulid Di Taman Perkasa

Sekiranya kita menyambut Maulid Rasul kerana cinta kepada batang tubuh Nabi SAW maka apa beza kita dengan Abu Lahab? Sedangkan kalau dibandingkan dengan Abu Lahab sudah tentu beliau lebih utama kerana beliau sanggup mengorbankan 100 ekor unta merah dan membebaskan hamba yang paling disayanginya.

Sedangkan kita dituntut selain cintakan kepada nabi kita juga perlu akur dengan perintah dan ajarannya. Islam yang dibawa, syariat yang diperintahkan dan hadith yang disampaikan... Buktikan kecintaan anda kepada nabi dengan menunjung segala yang dibawanya dan kekal bersamanya.














Bantah Jajaran Grid Tenaga TNB - Option D

Kenapa hanya kerana ada sekelompok penghuni permahan baru di Cheras laluan maka bekalan ekeltrik bervoltan tinggi perlu dialihkan ke Hulu Langat? Kalau sanggup beli rumah dikawasan tersebut maka mereka mestikah setuju dengan laluan bekalan elektrik yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh kerajaan negeri... Kenapa kini mereka mintak dialihkan ke Hulu Langat?

Kami simpati dengan TNB dan kami sokong agar laluan asal yang telah diluluskan dikekalkan. Pelaburan telah dibuat oleh TNB. Pengambilan tanah dan pampasan telah dibayar serta kerja pembinaan juga telah dimulakan. Kenapa hendak dialihkan? Kenapa nak bebankan TNB dengan kos baru? Kami bimbang jika kos TNB semakin tinggi kesannya akan di pindahkan kepada pengguna.

Ini bukan masalah berapa orang yang bantah atau berapa orang yang setuju... Ini adalah keputusan yang telah dibuat dan dipersetujui makan ianya perlu dihargai dan dikekalkan. Dapatkan borang bantahan di PEJABAT JPD Dusun Tua di Taman Pinggiran Delima (Diatas Kedai Runcit Rostam). Atau hubungi Mohd Jan Sulong Penyelia DUN Dusun Tua (0192704432).





























Ceramah Perdana Ust Kamal Ashaari Di Kg Jawa