Sunday, February 26, 2012

Bantah Jajaran Grid Tenaga TNB - Option D

Kenapa hanya kerana ada sekelompok penghuni permahan baru di Cheras laluan maka bekalan ekeltrik bervoltan tinggi perlu dialihkan ke Hulu Langat? Kalau sanggup beli rumah dikawasan tersebut maka mereka mestikah setuju dengan laluan bekalan elektrik yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh kerajaan negeri... Kenapa kini mereka mintak dialihkan ke Hulu Langat?

Kami simpati dengan TNB dan kami sokong agar laluan asal yang telah diluluskan dikekalkan. Pelaburan telah dibuat oleh TNB. Pengambilan tanah dan pampasan telah dibayar serta kerja pembinaan juga telah dimulakan. Kenapa hendak dialihkan? Kenapa nak bebankan TNB dengan kos baru? Kami bimbang jika kos TNB semakin tinggi kesannya akan di pindahkan kepada pengguna.

Ini bukan masalah berapa orang yang bantah atau berapa orang yang setuju... Ini adalah keputusan yang telah dibuat dan dipersetujui makan ianya perlu dihargai dan dikekalkan. Dapatkan borang bantahan di PEJABAT JPD Dusun Tua di Taman Pinggiran Delima (Diatas Kedai Runcit Rostam). Atau hubungi Mohd Jan Sulong Penyelia DUN Dusun Tua (0192704432).





























1 comment:

RoyChan said...

Bantahan terhadap Option-option tidak diendahkan langsung kerana penduduk-penduduk kaya-raya di Segar Perdana takut akan harga rumah mereka menjunam.
Sebab-sebab keselamatan kesihatan murid-murid di sekolah-sekolah sepanjang Jajaran baru yang dicadangkan tidak penting langsung. Penduduk-penduduk yang mencadangkan laluan alternatif tidak mempunyai anak-anak yang bersekolah ke?

TNB dan pihak berkuasa juga berpilih kasih kepada penduduk-penduduk yang kaya-raya. Kerana berpuluh-puluh bas boleh membawa mereka untuk membuat bantahan yang diadakan khas untuk mereka.