Sunday, February 5, 2012

Lawatan YB Dr Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat

Program ziarah Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rosli Che Mat diteruskan lagi. Kali ini di sekitar Batu 16 Kg Dusun Tua. PAS bukan sahaja menziarahi pengundi dan penyokong PAS sahaja, tetapi mereka yang dikenal pasti penyokong tegar UmNo. Ini untuk memberi kesedaran kepada rakyat bahawa politik PAS adalah untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan bukannya menimbulkan ketegangan dan perpecahan dalam masyarakat.

Dalam lawatan kali ini YB Dr Che Rosli juga meluangkan masa melihat rumah bantuan kerajaan negeri yang sedang dalam pembinaan disamping menyampaikan zakat dan lain-lain sumbangan. Beliau juga sempat meluangkan masa bertemu penduduk yang sedang mengadakan 'rewang' untuk sebuah majlis perkahwinan.









No comments: