Suasana Mesra YB Ismail Sani dan Mohamad Jan Sulong
Perkara yang sering kali diperkatakan namun masih tidak nampak kesudahannya. Dalam masa pimpinan negara cuba menonjolkan imej positif dan good guy pada UmNo dan BN, kita tidak nampak ianya disahut oleh penyokong dan pendokong BN. Apa yang kita sering lihat barisan hadapan BN merupakan orang paling dibenci kalau tidak pun orang yang paling ditakuti.
Ingatlah apabila pemimpin atau wakil pemimpin merupakan mereka yang di dilantik kerana kemudaratan yang ada padanya maka tunggulah saat kehancuran.
Apa lagi yang tidak mereka lakukan..... pukul, carut, maki, hina hatta ada cedera parah malah ada yang terbunuh. Saudara Mohamad Jan Sulong adalah salah seorang mangsa yang cedera parah dipukul oleh penyokong UmNo ketika di pilihanraya kecil Ijok.
Masihkah anda ingat.... pada pukul 6.15 pagi, 28 April 2007 iaitu pada pagi hari pengundian selepas menunaikan solat subuh beliau dan lima orang petugas lain melihat satu banner yang tertulis “Anwar Agen Yahudi” digantungkan ditepi jalan, tidak jauh dari Bilik Gerakan Pilihan Raya BN yang dihuni oleh ahli Umno Klang.
Mereka cuba menurunkan banner berkenaan. Namun sebelum sempat banner diturunkan, seramai lebih 40 orang petugas Umno Klang dari dalam longkang yang berhampiran menyerang mereka.
Rupa-rupanya samseng Umno ini sengaja memasang banner tersebut sebagai perangkap dan bersembunyi di dalam longkang sambil menantikan mangsa mereka.
Mereka sanggup menunggu disana sejak entah bila semata-mata untuk melakukan tindakan keji tersebut. Petugas Umno yang berusia sekitar 20-40 tahun ini menyerang mereka beramai-ramai dengan bersenjatakan kayu dan belantan.
Dalam keadaan panik, tiga orang dari petugas PAS ini sempat melarikan diri dengan sebuah kereta menuju ke balai polis berhampiran.
Nazar bersama dua orang lagi petugas iaitu Abu Bakar dan Mohamad Jan dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan ditengah-tengah jalan.
Beberapa kenderaan yang lalu cuba berhenti untuk membantu, namun mereka terpaksa memecut laju bila mana samseng Umno ini membaling kayu panjang ke arah mereka sebagai amaran untuk tidak masuk campur.
Sebuah kereta kancil terkena kayu berkenaan dan pemandunya telah membuat laporan di balai polis berdekatan yang teletak hanya 50 meter dari tempat kejadian.
Beberapa anggota polis tiba setelah menerima dua laporan. Apa yang mengecewakan adalah sikap pegawai polis tersebut kerana tidak berbuat apa-apa.
Mereka hanya memerhatikan ahli-ahli Umno ini memukul petugas PAS berkenaan sehingga mereka lemah dan tidak berdaya untuk bangun.
Walaupun pernah parah dipukul penyokong UmNo namun perasaan benci tiada dalam dirinya.
Adakah ini politik yang bakal dihadapi oleh PAS di PRI13 nanti? Adakah mereka akan bertindak seperti ini lagi atau kita bakal berhadapan tekanan yang lebih kuat. Lebih-lebih lagi bila mereka berada di dalam keadaan tertekan di ambang kekalahan.
Pastinya keselamatan adalah sesuatu yang akan di ambil perhatian. Terbaru insiden yang berlaku di Pekan Pahang terhadap mahasiswa mengingatkan kita bahawa orang yang tiada terikat dengan undang-undang ini akan bertindak dengan sewenang-wenangnya.
Masyarakat memerhati dan mereka menilai. Kalau inilah perangai pemimpin dan penyokong mereka apakah jaminan mereka ini mentadbir negara mengikut peraturan dan undang-undang.
No comments:
Post a Comment