Saturday, February 2, 2013

Kini Kami Mampu Tersenyum... Namun Tanggungjawab Yang Lebih Besar Sedang Menanti....


Tiada ucapan yang lebih layak melainkan Alhamdulillah dan jutaan terima kasih di atas kejayaan membangunkan semula mercu tanda PAS di Dun Dusun Tua ini. Bukan sekadar bangunan tetapi inilah pusat pembangunan ummah yang dulunya telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Disinilah bermulanya pendidikan petugas dan pimpinan dipelbagai peringkat yang hasilnya mereka kini menjadi asset besar parti juga negara. Mereka bangkit memperjuangkan hak dan tanggungjawab agama.

Semoga dengan siapnya bangunan yang baru ini, Darul Hidayah akan bergerak lebih kemas dan tersusun bagi menghasilkan jentera yang mampu merubah lanskap politik tempatan, negeri dan negara amnya.

Bermula dengan segala perasangka yang negatif... namun berkat yakin kepada janji Allah dan pelbagai usaha dirangka.... Akhirnya inilah hasilnya. Walaupun masih dalam proses penyiapan dan masih banyak lagi kelengkapan peru disediakan namun kita mampu menarik nafas lega. Hasrat untuk menyiapkan bangunan ini sebelum  PRU13 telah tercapai

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang sama-sama menjadikan ini semua satu kenyataan. mudah-mudahan Allah menyediakan ganjaran yang besar untuk kita di Akhirat kelak. Ameen

No comments: