Tidak dapat digambarkan betapa berat hati bila diberitakan pemergian seorang sahabat yang telah lama bersama-sama berjuang dalam susah dan senang dalam sedih dan gembira. Walaupun beliau terpaksa mengurangkan keterlibatan dalam kerja-kerja parti yang memerlukan tenaga dan masa yang banyak akibat penyakit yang dihidapi. Namun sumbangan beliau dalam dakwah tidak pernah berhenti.
Hari ini Allah lebih sayangkan beliau. Beliau dijemput oleh Allah dalam keadaan beliau masih istikomah dalam perjuangan dan menyumbangkan usaha dakwah terutama di Masjid Batu 14. Kami doakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang dikasihi Allah... sebaris dengan para syuhada dan solihin. Ameen.
No comments:
Post a Comment