Thursday, July 25, 2013

Kuala Besut Keputusan Sudah Keluar..... Namun Adakah Rakyat Yang Menang?

Kemenangan dan peningkatan majoriti Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 2,952 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut disebabkan keyakinan pengundi bahawa parti pemerintah itu mampu untuk melaksanakan janji 15 projek yang diumumkan ketika berkempen di kawasan berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Ketua Pengarah PRK Kuala Besut BN berkata, projek bernilai hampir setengah bilion yang diumumkan kerajaan BN di kawasan berkenaan sekian lama dinantikan pengundi yang majoritinya adalah nelayan dan mereka yang terbabit dalam industri pelancongan.

“Projek itu dinantikan penduduk Kuala Besut Ia bukan timbul pada saat-saat akhir, penyokong kita daripada nelayan, mereka membawa bot, bawa pelancong.

"Ia usaha yang baik, dan memberi kesan positif kepada kita," katanya pada sidang media selepas kemenangan BN diumumkan di Dewan Majlis Daerah Besut malam ini.

BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi, peningkatan daripada 2,434 undi pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

Antara projek terbesar yang diumumkan Muhyiddin ketika membantu kempen calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, di kawasan majoriti nelayan itu adalah pembinaan benteng penahan ombak yang bernilai RM250 juta.

Menjelaskan berhubung pelaksanaan projek berkenaan, Muhyiddin menjangka projek itu akan siap dalam tempoh dua tahun, dengan langkah pertama ialah melantik konsultan, yang menelan kos RM500,000.

"Projek akan dilaksanakan dalam jangka masa sesuai, yang penting rakyat hendak lihat janji atau memang mahu buat. Lihat muka saya, saya akan buat," katanya ketika ditanya pemberita.

"Kita sasar majoriti lebih tinggi, tapi yang pentingnya (majoriti) bukan merosot, Pakatan Rakyat (PR) akan gunakan alasan undi merosot, sokongan merosot, tetapi sebaliknya, saya rasa ini sesuatu yang istimewa," katanya.

Nota : Kalau mahu projek segera, wang segera, pembangunan segera, tindakkan segera dan tipu segera tunggulah satu lagi PRK.

No comments: