Nabi Muhammad SAW membina tamadun dan negara dengan ilmu berpandukan Al Quran. Sedangkan negara barat menyebarkan ideologi dan membangunkan tamadun dengan meniru negara Islam dengan meninggalkan syariat. Menyebabkan negara mereka dan teknologi mereka maju tetapi masyarakat dan aqidah mereka rosak.
Di negara Islam kini pula kebanyakkan hanya menumpukan kepada solat, zakat, haji dan lain-lain ibadah khusus sahaja dengan meninggalkan hudud. Ada pula yang tegakkan Islam secara gopoh tanpa merujuk kepada kaedah Nabi SAW dari sudut plaksanaan amalannya.
Islam perlu dilaksanakan melalui kekuatan dan dilaksanakan secara berjamaah. Jamaah ini pula mesti mempunyai ada tiga sifat iaitu amar makruf, nahi mungkar & pemyuburan/penyebaran ilmu.
Kebanyakkan teori baru mengatakan pembangunan sesebuah negara dimulakan dgn kekuatan kewangan dan ekonomi. Sedangkan Allah mengajarkan Nabi Adam as dengan ilmu, nama-nama perkara dan benda yg belum diketahui sebagai awal segala perkara, iaitu mengenal Allah SWT, mengenal baik dan buruk, mengenal perkara taqwa untuk takutkan dosa-dosa maksiat sekaligus membina jati diri manusia.
Selepas diteguhkan dengan ilmu, Allah SWT mengutus Nabi Adam as ke bumi sebagaimana tujuan asal beliau dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
Bani Israel disebut dalam Al-Quran melalui tempoh masa yang lama dihina dan diperhambakan oleh pemimpin zalim. Kemuliaan mereka diperintah untuk berjihad membebaskan Palestin dari golongan Jabbarin dan terlebih dahulu menerima lantikan Talut sbg pemimpin yg diperkuatkan Allah SWT dengan ilmu dan kekuatan fizikal walaupun ramai di kalangan mereka pada masa itu mengkehendakkan orang kaya sebagai pemimpin.
Begitu juga Iskandar Dzulkarnain diperkuatkan Allah dengan ilmu juga dlm menjalani tugas sebagai pemimpin. Iskandar Dzulkarnain mampu memahami bahasa kaum yang susah difahami dan kaum itu sanggup membayar cukai yang tinggi namun bagi beliau cukup memadai dengan dengan ilmu yang telah Allah kurniakan kepada beliau.
Permulaan wahyu pun dimulai dengan ilmu, Baca! dan terus membaca! serta peranan pena (al-Qalam).
Cabaran Allah kepada orang-orang kafir pun dalam bidang ilmu dengan cabaran untuk mengemukakan surah yang dapat menandingi surah dalam Al-Quran.
Mukjizat kepadapd Nabi saw juga berteraskan ilmu iaitu kitab al-Quran.
Pembinaan Kota Madinah juga membawa kesan besar pembinaan masyarakat madani iaitu himpunan manusia di suatu tempat yang teratur dan dibimbing dengan ilmu dan amal sehingga Madinah menjadi contoh negeri yang berjaya membentuk manusia menjadi insan yang mulia, hebat sehingga berjaya menyebarkan Islam dan menjatuhkan Rom dan Parsi.
Penciptaan makhluk seperti binatang yang dilihat tidak berguna dan najis sekalipun semuanya ada hikmah dan kegunaannya apabila ia diolah dengan ilmu.
Kemajuan di Madinah, Nabi SAW mengasaskan kaedah cek dalam muamalat di kalangan sahabat.
Di Mekah Nabi menjadi contoh tokoh Mudharabah dengan menyimpan harta dengan cukup amanah dan meniagakannya dengan baik.
Dalam perang Ahzab Nabi SAW mengasaskan pembinaan hospital apabila membina khemah untuk merawat sahabat yang cedera dalam peperangan itu termasuk Sa'ad bin Mu'az r.a.
Orang Barat juga merujuk terjemahan al-Quran dalam membentuk undang-undang antarabangsa, seperti kaedah menyantuni pelarian perang.
Dibenarkan mereka duduk dalam negara untuk melihat keadilan Islam dan memanfaatkan tenaganya untuk pembinaan negara.
Ilmu-ilmu kaji langit dan angkasa juga wujud dalam al-Quran.
Anak Gabernor Mesir di zaman Saidina Umar menjadi Khalifah, telah mengkasari seorang pemuda selepas kalah berlumba kuda lalu ayahnya pemuda itu membawanya ke madinah untuk dibela.
Keadilan ini menjadikan manusia mudah menerima Islam.
Sehinggalah tiba saat kejatuhan Islam apabila orang Islam mula meninggalkan Islam.
Barat mengambil pedoman dari ketinggian Ilmu Islam. Menjadikan mereka mahir mencipta dan menghasilkan teknologi baru termasuk senjata yang menjadikan manusia lebih ganas dari binatang.
Dua kekuatan Muslim yang akan terus membentengi aqidahnya iaitu al-Quran dan Makkah.
Cahaya Islam tidak boleh dihapuskan. Siapa saja yang berusaha memadamkan Nur Islam akan didatangkan kepada mereka golongan yang akan mempertahankan Islam sama ada dari golongan agama atau sebaliknya.
Dalam konteks jemaah dan gerakan Islam hari ini, apabila masjid sebagai pusat ilmu dan ibadat tidak dapat digunakan memenuhi peranannya, maka perlulah pembinaan Markaz dan Kompleks Tarbiah dibina untuk meneruskan agenda pengembangan ilmu di kalangan ahli gerakan Islam.
(Catatan dari ucapan TGHH sempena perasmian KOMTA DH Ahad 21hb Disember 2014 Komta.)