Monday, May 25, 2015

1MDB : Dr M Tuduh Najib Tipu

Bermula dengan jawapan bertulis di Parlimen yang menjelaskan simpanan tunai di bank Singapura berjumlah RM3.6 billion, kemudiannya ditukar kepada kenyataan bahawa simpanan sebenarnya adalah asset. namun tiada penjelasan bentuk dan nilai sebenar asset. Kini telah tongang langang tiada jawapan jelas mengenainya.

Adalah tidak munasabah aset bernlai RM3,600,000,000.00 boleh di salah rekod dan tidak diketahui dengan pasti oleh Kementerian Kewangan!... Tak kan lah Kementerian tak boleh tanya 1MDB sebelum jawapan dibuat. Melainkan ada cubaan untuk mengelirukan ahli parlimen dan rakyat.

Ini adalah satu kesalahan serius yang perlu diberikan perhatian segera. kecuaian, kesilapan atau kelemahan ini mengundangan pelbagai pertanyaan lagi. Apakah maklumat lain yang cuba disembunyikan dari rakyat?

Suruhanjaya Siasatan Perlu perlu bentuk segera untuk operasi 1MDB dan dana yang telah digunakan. Mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung perlu dipertanggungjawabkan diatas kelemahan urustadbir dana negara ini.

Berapakah sebenarnya jumlah aset negara yang telah di ghaibkan? Melalui 1MDB dan lain lain agensi pelaburan dan resmi dan tidak resmi.....

Kami menuntut siasatan menyeluruh segera dibuat dan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan kepada muka keadilan dan rakyat segera. Sebelum masa depan generasi akan datang menjadi kelam atas perbuatan mereka yang curang ini.
___________________
PETALING JAYA: Former premier Tun Dr Mahathir Mohamad has accused Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak of not telling the complete truth when he told Parliament that money held by government investment arm 1Malaysia Development Berhad (1MDB) is being kept in Singapore.

“No money was banked into BSI Bank in Singapore. It is clear from the amendment to his first answer that it was not US$1.103bil (RM3.6bil) in cash that was being kept with BSI but in the form of documents. It is unclear what is in the documents, but it is clear it is not cash,” said Dr Mahathir in a blogpost on Sunday.

In January, the Finance Ministry said 1MDB had deposited the funds it had redeemed from its offshore account in the Cayman Islands into BSI Bank, with the amount held in US dollars.

On Mar 10, it confirmed in a written reply to PJ Utara MP Tony Pua that the funds were held in the Singapore bank in the form of cash.

The Government said last week that the funds were not in the form of cash, but assets.

Finance Minister II Datuk Seri Husni Hanadzlah then clarified last Thursday that 1MDB might have misinterpreted the investment of US$1.103bil in BSI Bank (Singapore) Ltd.

“There’s a mistake. They (1MDB) had the impression that there was cash when they redeemed the funds. Actually, that is a saving,” said Husni.

He did not elaborate on the assets when asked but stressed that the saving was in the form of “units”.

Husni said the units were backed by sovereign wealth funds and the Government hoped it could repatriate the funds as soon as possible.

However, in his blog post, Dr Mahathir pointed out several issues with the documents in BSI Bank.

“BSI Bank has stated that the documents that state savings have been made by ‘Brazen Sky’, a subsidiary company of 1MDB, are false and not from them. Therefore, the second written reply from Najib to Parliament saying what is kept by them are documents is untrue. BSI Bank has filed a report with the Monetary Authority of Singapore that no 1MDB money is kept with them,” said Dr Mahathir.

The former premier added that normally, the Monetary Authority of Singapore would report such information to Bank Negara.

“It is clear from the admission that the report is governed by principles of international secrecy and the wish for secrecy under the Anti Money-Laundering Act. From this it is clear that Bank Negara has received the Monetary Authority of Singapore report. The intent of keeping it a secret is because there is something that is not right, or deception when Najib said the money was with BSI Singapore,” he said. TheStar.

Sunday, May 24, 2015

Kenangan AGM PKHL 2015


Terimakasih di atas segala sumbangan dan kerja baik seluruh saf AJK Kawasan Hulu Langat sesi 2013-2015. Klik untuk lain-lain gambar.

Monday, May 18, 2015

Rohingya : Delima Orang Hanyut.


Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).

Akibat masalah pertelingkahan antara kaum dan agama di kawasan ini, ramai yang mengambil keputusan nekad lari ke negara lain. Antara yang menjadi sasaran adalah Thailand, Malaysia and Indonesia. Ada yang lari melalui jalan darat dan ada yang lari mengikut jalan laut.

Kini masalah dalaman yang dihadapai Myanmar telah merebak menjadi masalah serantau. Kehadiran orang hanyut ini menyebabkan keadaan serba salah kepada negara dimana mereka terdapar. Delima antara untuk membantu atau menerima mereka atau menghantar pulang.

Malaysia adalah antara negara yang juga berdepan dalam menghadapi masalah ini. Sebagai manusia kita simpati terhadap mereka yang hanyut ini. Tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh selamanya menanggung masalah negara lain. Sebagaimana negara kita menanggung sementara orang Cambodia dan Vietnam dahulu kita juga perlu menacari keadah untuk membantu orang hanyut ini. Tetapi kita perlu mencari langkah dan jalan terbaik.

Kita tidak mahu sekiranya kita menerma orang hanyut ini, kemudiannya berduyun-duyun lagi orang lain datang memenuhi negara kita. Akibatnya kita tersepit dalam isu kemanusian dan isu sosial. Dalam masa yang sama juga kita sudah sarat dengan pelbagai masalah pendatang tanpa izin dan pekerja asing.

Ianya perlu diselesaikan di peringkat punca masalah. Asian dan PBB sepatutnya campurtangan dalam isu pertikaian di Rakhine ini. Kerajaan Myanmar perlu menyelesaikan masalah negara mereka dan bukannya mencari jalan mudah menekan orang Rohingya supaya lari kenegara lain. Ataupun menbiarkan orang Rohingya ini terus ditindas dan ditekan dalam negara sendiri.

Banyak sudah kisah sedih kita baca tentang mereka ini. Ada yang dibakar rumah dan ahli keluarga, ada yang dibunuh tanpa belas kasihan, ada yang diseksa dan pelbagai bentuk penindasan lagi. 

Dalam masa kita simpati kepada mereka ini kita juga perlu merintis jalan mencari penyelesaian. Myanmar perlu meredakan konflik dalaman. Myanmar perlu mengiktiraf hak kepada penduduk Rakhine. Myanmar perlu mewujudkan keamanan di wilayah ini. Mereka yang mencetuskan kekacauan dan melakukan jenayah perlu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Wujudkan keamanan dan dentikan penindasan masyarakat Rohingya serta konflik di wilayah Rakhine.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


28 Rejab 1436H / 17 Mei 2015

HENTIKAN KEZALIMAN KE ATAS GERAKAN ISLAM & RAKYAT MESIR

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengutuk dengan sekerasnya kezaliman terbaru yang dilakukan kepada umat Islam di Mesir oleh pihak yang bersekongkol dengan Kudeta Mesir dalam kekejaman yang seakan-akan tiada noktahnya apabila kelmarin Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada lebih 100 orang pejuang Islam, mengetuai senarai ialah Presiden Mesir yang sah Dr Mohammad Morsi.

Dr Mohammad Morsi dan 100 orang pemimpin Ikhwan Muslimin yang lain ialah antaranya Mursyidul Am Dr.Mohammad Badi', pimpinan kanan Khairat Shatir, Presiden FJP Dr Saad Katatni, Naib Presiden FJP Dr Esom Eryan, pemimpin Ikhwan Dr.Mohammed Beltaji dan termasuk ulamak dunia Sheikh Dr Yusuf Qardhawi yang menetap di Qatar. Apakah dosa sebenar mereka ini melainkan dendam kesumat yang ada pada pemimpin kudeta yang gagal meredakan kemarahan rakyat meskipun sudah hampir 2 tahun berlaku rampasan kuasa.

Saya menyeru seluruh penyokong dan ahli PAS untuk mengadakan solat hajat di markaz dan tempat masing-masing bagi memohon pertolongan Allah SWT dikurniakan bantuan kepada saudara-saudara kita yang ditekan oleh kerajaan Firaun moden hari ini.

Kita amat yakin saudara kita di Mesir sama sekali tidak akan tunduk kepada tekanan demi tekanan yang dilakukan sebaliknya istiqamah mereka menjadi senjata ampuh yang lebih tajam dari senjata yang dimiliki oleh musuh yang zalim.

DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Tuesday, May 12, 2015

Apabila Salah Pilih Pemimpin....!

Kalau kita benar pejuang Islam kita tidak boleh bersetuju dengan langkah PAS Kota Bharu mengundang Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah menolak hudud di negeri itu. Ia bukan sahaja mengkhianati PAS tatapi juga mengkhianati perjuangan Islam.

Kekecewaan itu turut disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mereka kata, sejak PAS kehilangan Tuan Guru Nik Aziz rahimahuLlah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama Lim Kit Siang ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah.

“Semoga Allah mengukuhkan istiqamah ahli PAS seluruhnya menyambung perjuangan tuan guru yang telah menemui tuhannya di belakang tuan guru presiden yang masih bersama berjuang melawan badai tipu daya,”katanya.

Penasihat DAP itu berceramah di Padang Perdana Kota Bharu pada malam Ahad atas undangan PAS Kawasan Kota Bharu dipimpin oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Selain Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli juga turut diundang berceramah dalam program tersebut.

Walaupun Kit Siang menyebut DAP tidak bersikap anti Islam apabila menentang hudud dilaksanakan di negeri Kelantan kerana bantahan itu dibuat berdasarkan pertentangannya dengan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi sebagai orang Islam dan terutama sekali ahli PAS, kita tidak boleh setuju dengan pandangan ini.

Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu yang berbentuk semasa dan ianya telah melalui perubahaan dan pindaan yang banyak. Kalau nak bincang tentang perlembagaan bincang di perlimen bukannya 'menghasut' rakyat Kelantan menolak hudud dengan pelbagai alasan.

Dan apa yang PAS lakukan setakat ini adalah untuk memberi hak Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman rotan lebih dari 6 sebatan. Bukannya menberi hak kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum orang bukan Islam.

Friday, May 8, 2015

1MDB - JUAL ASSET NEGARA UNTUK TERUS HIDUP?

INSTITUSI kerajaan mana pula yang akan berurusan dengan 1MDB selepas ini? Dengan lubang RM42 bilion, 1MDB kini cuba mencairkan aset-aset yang diperolehinya untuk mendapatkan keuntungan. Dengan imej 1MDB yang sebegitu teruk sehingga gagalnya rancangan untuk IPO, siapakah lagi yang sanggup berurusan dengan mereka?

Tapi malangnya, penjual aset kepada 1MDB ialah kerajaan dan pembelinya pula ialah rakyat sepertimana yang berlaku di Lembaga Tabung Haji (TH).

Berlindung di sebalik perkataan “pelaburan”, TH telah mengaku berurusan dengan 1MDB dalam pembelian tanah projek Tun Razak Exchange (TRX), iaitu salah satu projek pembangunan utama oleh 1MDB.

Yang menyedihkan ialah gelagat Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Rahim yang menafikan dakwaan awal apabila berita itu terledak.

Apakah wajar TH berurusan dengan 1MDB yang sudah terkenal dengan masalah hutangnya?

Ini masalahnya apabila jawatan Pengerusi TH merupakan lantikan politik, dan lantaran itu, mereka hilang sikap berdikari dan terpaksa akur dengan bos politik mereka.

Secara kebetulan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah penasihat 1MDB. Di dalam kerjaan BN-Umno, Najib pula ialah bos kepada Abdul Azeez. Ini menyebabkan rakyat berpandangan serong terhadap urusan TH dengan 1MDB ini meskipun ia mungkin satu transaksi perniagaan yang bersih.

Cuma perkara yang paling busuk dalam isu ini ialah, yang menjual tanah TRX kepada 1MDB pada harga yang paling rendah ialah kerajaan. Yang membeli semula tanah ini pada harga yang sangat tinggi daripada 1MDB ialah rakyat melalui caruman di Tabung Haji.

Ini model perniagaan mudah untuk 1MDB – bapa jual pada anak pada harga murah, lepas itu memaksa menantu beli pada harga tinggi. Ke mana duit untung ini akan berakhir di 1MDB?

Untuk membayar hutangnya, 1MDB perlu mencairkan lagi lebih banyak aset-asetnya. Ini menyebabkan situasi di masa depan lebih mengerunkan. Siapakah selepas ini yang bakal berurusan dengan 1MDB? Apakah Lembaga Zakat, KWSP, Felda ataupun Khazanah akan digunakan untuk membeli aset yang dijual oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga murah pada harga yang lebih tinggi?

Di sini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengotakan janjinya yang lalu untuk memastikan Putrajaya tidak patut terlibat untuk menyelamatkan 1MDB.

"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat." – begitulah kata-kata Muhyiddin pada 6 Mac yang lalu.

Apakah Muhyiddin sedar apa yang dibimbanginya sekarang sudahpun berlaku di depan mata melalui TH? Apakah beliau akan bertindak memihak kepada rakyat atau terus membisu seperti Najib?

Begitulah nasib wang rakyat jika terus dijaga kerajaan BN-Umno. Diharap rakyat terus sedar bagaimana wang mereka terus dimakan dengan pelbagai cara manakala kerajaan terus dengan sikap borosnya sebagaimana yang ditunjukkan rakyat di Rompin yang telah mula bangkit menolak BN.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden PAS
7 Mei 2015