Orang Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar utara Negeri Rakhine (yang dahulunya dikenali sebagai Arakan).
Akibat masalah pertelingkahan antara kaum dan agama di kawasan ini, ramai yang mengambil keputusan nekad lari ke negara lain. Antara yang menjadi sasaran adalah Thailand, Malaysia and Indonesia. Ada yang lari melalui jalan darat dan ada yang lari mengikut jalan laut.
Kini masalah dalaman yang dihadapai Myanmar telah merebak menjadi masalah serantau. Kehadiran orang hanyut ini menyebabkan keadaan serba salah kepada negara dimana mereka terdapar. Delima antara untuk membantu atau menerima mereka atau menghantar pulang.
Malaysia adalah antara negara yang juga berdepan dalam menghadapi masalah ini. Sebagai manusia kita simpati terhadap mereka yang hanyut ini. Tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh selamanya menanggung masalah negara lain. Sebagaimana negara kita menanggung sementara orang Cambodia dan Vietnam dahulu kita juga perlu menacari keadah untuk membantu orang hanyut ini. Tetapi kita perlu mencari langkah dan jalan terbaik.
Kita tidak mahu sekiranya kita menerma orang hanyut ini, kemudiannya berduyun-duyun lagi orang lain datang memenuhi negara kita. Akibatnya kita tersepit dalam isu kemanusian dan isu sosial. Dalam masa yang sama juga kita sudah sarat dengan pelbagai masalah pendatang tanpa izin dan pekerja asing.
Ianya perlu diselesaikan di peringkat punca masalah. Asian dan PBB sepatutnya campurtangan dalam isu pertikaian di Rakhine ini. Kerajaan Myanmar perlu menyelesaikan masalah negara mereka dan bukannya mencari jalan mudah menekan orang Rohingya supaya lari kenegara lain. Ataupun menbiarkan orang Rohingya ini terus ditindas dan ditekan dalam negara sendiri.
Banyak sudah kisah sedih kita baca tentang mereka ini. Ada yang dibakar rumah dan ahli keluarga, ada yang dibunuh tanpa belas kasihan, ada yang diseksa dan pelbagai bentuk penindasan lagi.
Dalam masa kita simpati kepada mereka ini kita juga perlu merintis jalan mencari penyelesaian. Myanmar perlu meredakan konflik dalaman. Myanmar perlu mengiktiraf hak kepada penduduk Rakhine. Myanmar perlu mewujudkan keamanan di wilayah ini. Mereka yang mencetuskan kekacauan dan melakukan jenayah perlu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.
Wujudkan keamanan dan dentikan penindasan masyarakat Rohingya serta konflik di wilayah Rakhine.
No comments:
Post a Comment