Sunday, August 30, 2015

PERUTUSAN KEMERDEKAAN KALI KE-58 PRESIDEN PAS

15 Zulkaedah 1436H / 30 Ogos 2015M

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT atas  nikmat kemerdekaan negara kita yang kita kecapi sejak 58 tahun yang lalu. Marilah kita semua hayati dan penuhi kemerdekaan ini dengan pengertian kemerdekaan sebenar menurut kaca mata islam yang bukanlah hanya kemenangan membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah semata-mata. 


Erti Sebenar Kemerdekaan Islam

Kemenangan perjuangan Islam yang dipimpin Baginda Nabi dikenali sebagai "Al-Fath" iaitu pembukaan. Pembukaan pembebasan Kota Mekah dari kegelapan jahiliyah menggambarkan satu contoh sebuah kemerdekaan sebenar Islam. Sesuai dengan satu ungkapan yang cukup terkenal oleh seorang Pahlawan Islam iaitu Rubaei Bin Amir apabila ditanya kepada oleh Rustum, Panglima Perang Parsi. Jawab Rubaei :

“Sesungguhnya kami adalah kaum yang diutuskan oleh Allah untuk membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada menyembah yang Maha Pencipta. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan Islam, daripada kekeliruan agama agama kepada keadilan Islam”.


Nilai Kemerdekaan Kita Hari ini

Malaysia merdeka setelah dijajah sejak awal kurun ke-16 selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511. Kemudian bersilih ganti dengan Belanda, British, Jepun dan  British semula sehingga hampir sahaja ummat kita kehilangan identiti sebenar. Bermula di zaman British dan Belanda, Tanah Melayu dan Nusantara disusun untuk memenuhi kepentingan politik, ekonomi dan agama empayar mereka. Dengan penduduk asal di kalangan Melayu, penjajah mula membawa pekerja pekerja luar dari India dan China. Penduduk dari India dibawa untuk bekerja di estet-estet getah manakala orang-orang dari Tanah Besar Cina dibawa untuk sektor perlombongan.

Peninggalan penjajahan  ini telah menjadikan demografi negara kita masyarakat majmuk yang kompleks. Di hujung era penjajahan, berlaku kebangkitan rakyat di seluruh dunia untuk keluar daripada cengkaman penjajah barat. Perjuangan kemerdekaan negara diisi oleh rantaian perjuangan yang panjang dipelopori oleh golongan ulamak seawal zaman penjajahan yang kemudiannya dikongsi bersama oleh semua kaum di Tanah Melayu. PAS sangat menghargai pengorbanan pejuang pejuang kemerdekaan negara, justeru kita sebagai golongan pewaris perlu mengisi kemerdekaan ini sebaik mungkin supaya pengorbanan mereka tidak disiakan. 

PAS meyakini dengan sedalam dalamnya bahawa Islam sahajalah yang akan dapat menyatukan dan memerdekakan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dalam erti kata sebenar kemerdekaan. Pembentukan kemerdekaan Islam seperti ini dibuktikan oleh Nabi Muhammad SAW yang memimpin Negara Islam Madinah. Sejak terdirinya Madinah, cahaya Islam telah menerangi seluruh alam sehingga tempiasnya bersinar menyuluh kegelapan Eropah yang tenggelam dalam kezaliman Feudalisme dan Gereja. Namun, malang sekali cahaya Islam itu semakin ditinggalkan ummat Islam, sehingga barat pula mengambil kesempatan menjajah tanah tanah ummat Islam.


Kemerdekaan Islam, Kemerdekaan Hakiki

PAS meyakini bahawa Islam sahajalah yang dapat memerdekakan seluruh ummat manusia khususnya di Malaysia kepada kemerdekaan hakiki. Islam yang merdeka ini bukan sahaja akan dinikmati oleh Islam, tetapi akan juga melimpahi rahmatnya kepada penganut penganut agama lain. Lihat sahaja ketika pembukaan Kota Mesir dan Palestin Di zaman Saidina Umar, Orang orang bukan Islam menerima keamanan dan kemerdekaan di bawah Islam dengan nilai kebebasan yang tak pernah mereka kecapi ketika berada di bawah Rom Timur atau Rom Barat. Kebaikan yang dapat daripada futuhat Islam akan membawa segala kebaikan dan keadilan kepada semua masyarakat dan kaum.

Akhirnya, di hari kita menyambut kemerdekaan kali ke-58 ini, marilah bersama-sama PAS untuk kita membina negara dengan kemerdekaan sebenar. Kemerdekaan yang menyeluruh yang mendapat bimbingan Pencipta seluruh alam yang menjadikan Islam sebagai penyelesaikan kepada seluruh kehidupan manusia.  

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"


ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Wednesday, August 19, 2015

Guling Kerajaan, Guling Najib, Pecat Najib.....

Istilah yang berbeza namun bagi orang awam yang tidak memahami politik akan melihat ini semua adalah tindakkan menggulingkan kerajaan.

Menggulingkan kerajaan yang dilantik secara sah adalah sesuatu kesalahan dan ianya difahami oleh semua orang.

Memecat Najib adalah satu perbuatan memecat beliau dari jawatan Perdana Menteri atas sebab kepentingan negara, masalah jenayah atau hilangnya sokongan. Ini juga boleh diterima oleh rakyat sekiranya prosesnya betul.

Menggulingkan Najib adalah suatu istilah tidak jelas. Perkataan menggulingkan itu sendiri adalah proses paksa yang dilihat tidak melalui proses keadilan. Akibatnya istilah ini dilihat lebih mirip dengan gulingkan kerajaan. 

Ada sesetengah orang suka membuat provokasi tanpa melihat kesannya kepada masyarakat umum. Kalau nak buat kempen pecat Najib... cakap dengan jelas faktanya dan rasionalnya. Insyallah masyarakat boleh menerima.

Jangan kita membuat istilah provokasi yang akhirnya menguatkan UmNo dan merugikan PAS dan semua parti politik yang menentang UmNo. Kita sudah melalui sejarah yang panjang dalam menentang kebobrokkan UmNo. Janganlah kita termakan provokasi yang mungkin datang dari pihak musuh. Ia juga mungkin ajen UmNo yang hadir dikalangan kita untuk menjadi hero. Lagaknya bagaikan ayam jago kokok berdegar-degar namun ekor bergelumang tahi.

Begitu juga dengan perhimpunan ditempat awam. Kita perlu jelas tujuan dan matlamat. Jangan sampai ianya dijadikan sebab kejatuhan PAS dan Pakatan Rakyat dan menyambung hayat UmNo lima tahun lagi.

Sunday, August 16, 2015

LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG

KENYATAAN MEDIA
16 OGOS 2015
Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.
Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.
Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.
Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut. 
Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain. 
Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan. 
Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat. 
Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.
Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan. 
Permainan politik yang begitu dahsyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancar sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur. 
Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini. 
Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguam saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan, 
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.
Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam. 
Sekian Terima 
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK &
ADUN PELABUHAN KLANG

Tuesday, August 11, 2015

BERSIH 4.0 : Ahli diminta tunggu arahan parti.

PAS konsisten menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih bagi menjamin kelansungan sistem demokrasi dalam negara ini. Pelbagai bantahan terhadap penyelewengan dalam pilihanraya seperti penggunaan jentera kerajaan, daftar pemilih yang dipertikaikan, persempadanan pilihanraya dan penggunaan media perdana oleh parti pemerintah sahaja adalah antara sebahagian isu dari pelbagai isu utama yang ada.

Pelbagai bentuk bantahan digunakan bagi melaksanakan tuntutan seperti menghantar memorendum, dialog bersama SPR, perhimpunan aman, dan mengumpulkan tandatangan adalah sebahagian usaha bagi menjayakan tuntutan tersebut. PAS mengambil bahagian dalam semua bentuk tuntutan secara aktif.

Tunggu Arahan

PAS akan terus bersama kebangkitan rakyat khasnya anak- anak muda bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut ekonomi, politik dan urustadbir negara kini. Walau bagaimanapun oleh kerana kedudukan PAS kali ini bukan lagi penganjur bersama sebagaimana himpunan Bersih sebelum ini, maka parti telah bersetuju menghantar YB Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS dan Sdr Kamaruzaman Mohamad Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat bagi mendapatkan maklumat lanjut himpunan tersebut. Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang rally yang akan diadakan nanti.

Dalam suasana politik negara yang tidak stabil kini, PAS tidak akan bersetuju dengan apa jua usaha yang bertentangan dengan peraturan dan undang - undang yang ada, kerana ia akan diambil kesempatan oleh parti pemerintah bagi mengalih isu utama kepada tindakan provokasi bagi mencetuskan kegawatan dalam negara. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden, bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli. Kita akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format Himpunan tersebut.

Kongres Rakyat

Insyaallah, bagi melunaskan maksud mendokong cita-cita perjuangan rakyat yang mahukan perubahan positif dalam negara ini, PAS akan menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan Ngo, tokoh-tokoh masyarakat, parti politik, gerakan mahasiswa dan lainnya yang bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat bagi meneruskan agenda dan tuntutan rakyat.

Kongres ini adalah kesinambungan pelbagai himpunan parti bersama rakan- rakan NGO yang diadakan sebelum ini. Kongres ini akan dikendalikan oleh Lujnah Penerangan PAS Pusat bersama pelbagai pihak yang akan turut serta samada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta.

Sekian.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

Friday, August 7, 2015

MH370 Dijumpai?

Jangan nak tunjuk pandai hingga mengelirukan rakyat. Cuba nilai laporan dari akhbar lain. Bukaklah The Gurdian ke apa ke....

Setakat ini tiada siapa yang boleh sahkan bahagian yang dijumpai itu adalah milik MH370. Kebanyakkan akan kata disahkan milik Boeing 777. 

Perlu diingat Boeing 777 bukan hanya dibuat untuk Malaysia Airlines. Banyak lagi penerbangan yang mengunakannya. 

Cuba teliti istilah yang digunakan oleh The Gurgian dibawah ni....
 
Technical experts in France have begun examining a plane part that almost certainly belonged to missing flight MH370, raising hopes that some light may finally be shed on one of aviation’s darkest mysteries.

The piece – which has been confirmed as part of a Boeing 777 – has been taken to the south-western French city of Toulouse, where it is undergoing the high-profile examination.

Sunday, August 2, 2015

Sambutan Hari Terbuka Dun Dusun Tua, Parlimen Hulu Langat dan Pas Kawasan







Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Dari yang bertugas, penyumbang dan juga yang hadir. Penghargaan kepada YAB MB Selangor yang sudi hadir juga Exco serta merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor yang sudi meluangkan masa bersama rakyat jelata.

Umur panjang dikesempatan lain insyallah kita berjumpa lagi.