Sunday, January 10, 2016

Ijtimak Pilihanraya Selangor

Disinilah mulanya kaki melangkah. Disinilah mulanya kita membuat keputusan.  Kita memilih untuk beristikomah dan kekal bersama parti dan kepimpinan berteraskan Islam dan kita memilih untuk dipimpn oleh ulamak.

Hari ini seluruh jentera pilihanraya Selangor berhimpun ditempat yang sama bagi mengingatkan janji kita untuk meneruskan perjuangan ini. Jauh lebih ramai dari yang dijangkakan. Dewan penuh sesak himgga ada yang terpaksa bersila diatas lantai. Khemah diluar penuh sesak. Tahniah kepada yang hadir.

Kita boleh berkerjasama dengan siapa sahaja. Kita boleh bersama dengan siapa sahaja. Namun untuk kerjasama politik dengan UmNo, DAP dan PAN adalah sesuatu yang tidak dapat dipertimbangkan.

PAS akan terus dengan agenda Islam kami walaupun dibenci oleh semua orang. Kami yakin dengan perjuangan ini. Janji Allah pasti benar. Sekiranya kita berusaha memenangkan agama Allah, pasti Allah akan membantu kita. insyallah.





















No comments: