Thursday, March 26, 2009

Kemenangan KJ dan Amaran Kepada Pembangkang

Kenyataan KJ dalam sesi ucapan penggulungan selepas diumumkan sebagai ketua pemuda yang baru mengundang pelbagai andaian dan tafsiran. Seruan beliau supaya ahli pemuda merapatkan barisan untuk menghadapi pembangkang adalah satu kenyataan yang tidak mengambarkan UMNO sebuah parti yang dominan. Ia umpama parti yang terdesak dan dalam keadaan ketakutan.

Parti politik sepatutnya wujud untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan rakyat...... bukannya memberi tumpuan kepada parti lawan. Ini menggambarkan era baru UMNO yang akan memberi tekanan yang maksimum kepada parti lawan.

Pemuda UMNO bukan lagi wadah memberi khidmat kepada rakyat tatapi umpama askar upahan yang dahagakan darah musuh politiknya. UMNO bakal pemperhambakan diri untuk pemimpin dan kepada pemimpin sedangkan ahli akan menjadi kuda tungangannya.

Sedarlah dan insaflah.......

Wednesday, March 25, 2009

Hikayat Sang Ketam

Hishammuddin menempelak projek peralihan kerajaan persekutuan "16 September" yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya "petualang yang cuba mengajar anak ketam berjalan betul".

Kita kata : Sah UMNO anak ketam kerana dah tahu jalan tak betul tapi nak ikut jugak. Anwar tidak jadi ketam, tetapi Najib 'anak petualang' bersungguh-sungguh kata dia betul bila mengambil alih Perak. Siapa petualang siapa ketam dan siapa jadi mee ketam.

Tambahnya, "petualang" tersebut seorang yang "gilakan kuasa, sanggup bersekongkol dengan musuh, menghina tanah air sendiri di serata dunia, mempersenda institusi raja, manusia berbagai-bagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi dan lain di depan, lain di belakang."

"Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jual negeri," katanya.

Kita kata : Siapa jual Batu Putih? Limbang macam mana?

"Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan untuk menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh Si Petualang ini."

Kita kata : Si Petualang sebenar adalah UMNO.

Tuesday, March 24, 2009

Nizar gets Nik Aziz's nod to contest in Bukit Gantang



KOTA BAHARU, March 24 - Pas spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has given his blessing for former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to contest in the April 7 Bukit Gantang by-election.

He said Nizar who is the party's deputy commissioner for the state was the right candidate to face Barisan Nasional in the constituency.

"I have contacted Nizar and bless his nomination to contest," he told reporters after receiving a visit from Indian High Commissioner to Malaysia Ashok K. Kantha at his office here today.

Nik Aziz who is Kelantan Menteri Besar said last month that he could not agree to the suggestion that Nizar be fielded in the Bukit Gantang by-election since the Pas and its opposition allies still regarded Nizar as Perak Menteri Besar.

Meanwhile, he said he was disappointed over the Home Ministry's decision to suspend the publishing permits of Harakah and Suara Keadilan, the party organs for Pas and Parti Keadilan Rakyat, for three months.

He said the suspension was undemocratic and aimed at stifling the influence of both parties in three simultenous by-elections -- Bukit Gantang (Perak), Bukit Selambau (Kedah) and Batang Air (Sarawak). - Bernama

Permit Harakah, Suara Keadilan digantung 3 bulan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit dua akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuat kuasa hari ini.

Ketika mengesahkan perkara tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pengurusan kedua-dua organ PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh mengemukakan rayuan.

Inilah satu lagi Projek Barisan Nasional.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai semakin hampir dan kerajaan BN akan berusaha untuk menyekat semaksima mungkin maklumat dari sampai kepada masyarakat umum. Ini menyerlahkan ketakutan BN dan membuktikan mereka tidak yakin lagi mendapat sokongan rakyat.

Rakyat perlu peka maklumat. Gunakan mobile Internet dan WAP sebagai penyebar maklumat rakyat. Inilah masanya kita memaksimakan sebaran maklumat melalui kemudahan telefon bimbit. Dengan mobile anda berkuasa......

Nizar, MB Perak calon PAS di Bukit Gantang


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, malam tadi telah diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Ia diumumkan di padang Taman Kota Jaya di Simpang di sini kira-kira 10.50 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya memegang amanah jawatankuasa yang memutuskan nama beliau (Nizar)," kata beliau.

PAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat di sini petang tadi untuk memilih calon pihaknya.

Empat nama dipertimbangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Kini Nizar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang.

Jawatan Menteri Besar Perak yang kini menjadi pertikaian apabila kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan minoriti ekoran tindakan tiga ADUN keluar dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas tapi menyokong Barisan Nasional awal bulan lalu masih lagi menunggu keputusan mahkamah.

Pengumuman calon Pakatan Rakyat ini dibuat kira-kira 10 hari selepas BN mengumumkan calonnya, Ismail Saffian.

Ketika ditanya sebab beliau dipilih sebagai calon, Nizar berkata, pemilihannya sudah tentu mempunyai sebab dan alasan.

Sama ada pemilihannya di sebalik krisis politik akan membawa kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menang, Nizar berkata, "kemungkinan ada."

Nizar dalam ucapannya berkata beliau akan meneruskan amanah serta tugas baik yang ditinggalkan oleh Roslan Shaharom, yang meninggal dunia awal bulan lepas untuk membela nasib rakyat di negeri Perak serta negara amnya.

"Saya memohon simpati dan sokongan daripada seluruh pengundi dari Kuala Sepetang, Trong hingga ke Changkat Jering menterjemahkan niat yang baik untuk kemenangan pakatan pembangkang dan inilah kehendak rakyat di Perak," katanya.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Abdul Hadi dan kepimpinan pakatan pembangkang yang mencalonkan beliau untuk bertanding di Bukit Gantang.

Penamaan calon akan diadakan pada 29 Mac ini dan pengundian pada 7 April bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandang Roslan daripada PAS pada 8 Februari lalu.

Roslan mengalahkan Bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Zabidi dengan majoriti 1,566 pada pilihan raya umum tahun lalu.

Seorang lagi calon bebas M. Mogan hilang wang pertaruhan dengan hanya 882 undi.

Pengundi Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus, Cina 27.1 peratus, India 9.1 peratus dan lain-lain kaum 0.2 peratus.

Jumlah pengundi mengikut kaum Parlimen Bukit Gantang dan tiga kerusi DUN dalam kawasan itu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong mempunyai pecahan peratusan kaum yang hampir sama di Perak.

Bukit Gantang mempunyai 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.7 peratus (Cina) dan 9.71 (India) dan dan 0.04 peratus kaum lain.

Wednesday, March 18, 2009

Banjir DUN Dusun Tua Mac 2009

Hari Jumaat yang sangat mengejutkan kebanyakan warga penduduk di DUN Dusun Tua. Hujan lebat yang turut seawal sebelum solat Subuh telah menyebabkan banjir yang dikirakan sangat dahsyat. Bermula dari kawasan Sg Congkak dan Kg Padang seterusnya menyerang Kampung Lubuk Kelubi, Kg Jawa dan Batu 18, Kampung Batu 17 dan Batu 16 Dusun Tua, Kampung Rantau Panjang dan Sg Sop serta Taman Indah Jaya di Batu 14 dan juga melibatkan Kg Sungai Serai dan Kg Sungai Raya.

Banjir kali ni yang agak menyeluruh sifatnya lebih dahsyat jika dibandingkan pada banjir sekitar Ramadhan 2007 yang lalu. Salah satu contoh dahsyat ini boleh dibandingkan apabila banjir 2007 hanya mengubah struktur jambatan gantung Batu 17 Dusun Tua dan banjir kali ini sama sekali meranapkan jambatan bersejarah ini.







Sekitar pemandangan banjir di Kampung Dusun Tua Batu 16. Banjir kali ini mencecah daratan Taman Desa Sentosa menyebabkan sebilangan penduduk terpaksa memindahkan kenderaan di padang permainan yang berada di kedudukan yang agak tinggi dan selamat.







Terima kasih diucapkan kepada jentera-jentera MTD Dusun Tua yang bertungkus-lumus membantu khasnya mangsa-mangsa banjir, kerja-kerja menyediakan makanan untuk mangsa banjir diuruskan oleh Lajnah Kebajikan MTD DUN Dusun Tua dan dibantu oleh AJK MTD untuk diedarkan.





Bantuan dan kerjasama dari Ketua-ketua kampung juga sangat dihargai. Salah satu Ketua Kampung di Batu 17 Dusun Tua yang turut bersama dalam kerja-kerja membantu mangsa banjir, mendapatkan nama mangsa banjir dan mengedarkan makanan.







Kerja-kerja membantu membersih rumah mangsa banjir serta-merta digerakkan pada malam Hari Jumaat selepas banjir mula surut terutama di Kampung Batu 16, Batu 17 dan Sungai Serai sehingga Sabtu dan Ahad. Bantuan dari pasukan Unit Amal Hulu Langat dan beberapa teman Unit Amal dari luar kawasan seperti Sepang, Shah Alam dan Unit Kerja Kebajikan Surau Bandar Tun Hussein Onn. Terima kasih tentera-tentera merah yang beramal hanya kerana Allah.















Kursus Jenazah DUN Dusun Tua 1430H

Sekitar program Kursus Jenazah peringkat DUN Dusun Tua yang diadakan pada 9hb Mac 2009 yang lalu di Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua. Penyertaan yang melibatkan lebih 90 orang peserta ini telah selamat disempurnakan dengan jayanya bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Program anjuran bersama pihak Masjid Al-Muttaqin, JKKK Batu 16 dan Batu 17 Dusun Tua serta Jawatankuasa Pembangunan DUN Dusun Tua JPD ini telah dirasmikan oleh YBhg. Sdr. Mohd Jan Sulong yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN MTD Dusun Tua merangkap Pegawai Khas kepada YB Dr. Che Rosli Che Mat. Beliau menggantikan YB Dr yang sepatutnya merasmikan program ini.











Walaubagaimanapun Alhamdulillah program dari awal sehingga akhir berjalan lancar dan tiada masalah. Sesi pagi dimulakan dengan ceramah dan teori dari Ustaz Mansur dan pada sesi kedua praktikal diselia oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Aziz Haji Tahir untuk peserta muslimin dan Puan Nordjazaimah untuk peserta Muslimah.

















Pak Hashim, salah satu Graduan kursus jenazah. Semoga ilmu yang ditimba dapat dipraktikkan untuk kebaikan bersama.

Abdullah to meet Ali about No 2 race

KUALA LUMPUR, March 18 - Outgoing Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has promised to meet Datuk Seri Mohamed Ali Rustam today over the party's disciplinary board's decision to bar the vice-president from contesting the deputy presidency.

The Prime Minister told this to about 150 supporters of the Melaka Chief Minister who welcomed him home at the Royal Malaysian Air Force in Subang last night after his visit to Indonesia.

Batu Gajah Umno division head Datuk Mohd Yusoff Kassim said they had met Abdullah and had expressed their hopes that the party president would review the decision to prohibit Mohd Ali from contesting the deputy presidency in the Umbno election next week.

"We appealed to the Prime Minister to reconsider the decision to prohibit Mohd Ali from contesting and he had given a positive response," Bernama quoted him as saying

Mohd Yusoff said that at the meeting which lasted almost 20 minutes, Abdullah promised to consider the matter and meet with Mohd Ali today.

Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil

Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris. Hatta persidangan agong UMNO pun....

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

"Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar pejuang bahasa itu lagi.

"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris," kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, "Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur".

Friday, March 13, 2009

Norza mengaku tidak bersalah dua tuduhan rasuah

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohamad Norza Zakaria hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua individu pada 20 Jan lepas.

Beliau yang meminta untuk dibicarakan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mohamad Norza, 43, yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, didakwa melakukan perbuatan itu pada 6.30 petang di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, di sini.

Beliau didakwa secara rasuah telah memberikan kepada Khadri Musa melalui Halimi Kamaruzzan suatu suapan iaitu wang tunai RM1,500 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Di tempat yang sama dan pada tarikh dan waktu yang sama, Mohamad Norza didakwa secara rasuah memberikan kepada Mohammad Anuar Yunus, juga melalui Halimi Kamaruzzaman, suatu suapan iaitu wang tunai RM1,900 sebagai dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan MT Umno pada pemilihan Umno itu nanti. BERNAMA