Hari Jumaat yang sangat mengejutkan kebanyakan warga penduduk di DUN Dusun Tua. Hujan lebat yang turut seawal sebelum solat Subuh telah menyebabkan banjir yang dikirakan sangat dahsyat. Bermula dari kawasan Sg Congkak dan Kg Padang seterusnya menyerang Kampung Lubuk Kelubi, Kg Jawa dan Batu 18, Kampung Batu 17 dan Batu 16 Dusun Tua, Kampung Rantau Panjang dan Sg Sop serta Taman Indah Jaya di Batu 14 dan juga melibatkan Kg Sungai Serai dan Kg Sungai Raya.
Banjir kali ni yang agak menyeluruh sifatnya lebih dahsyat jika dibandingkan pada banjir sekitar Ramadhan 2007 yang lalu. Salah satu contoh dahsyat ini boleh dibandingkan apabila banjir 2007 hanya mengubah struktur jambatan gantung Batu 17 Dusun Tua dan banjir kali ini sama sekali meranapkan jambatan bersejarah ini.
Sekitar pemandangan banjir di Kampung Dusun Tua Batu 16. Banjir kali ini mencecah daratan Taman Desa Sentosa menyebabkan sebilangan penduduk terpaksa memindahkan kenderaan di padang permainan yang berada di kedudukan yang agak tinggi dan selamat.
Terima kasih diucapkan kepada jentera-jentera MTD Dusun Tua yang bertungkus-lumus membantu khasnya mangsa-mangsa banjir, kerja-kerja menyediakan makanan untuk mangsa banjir diuruskan oleh Lajnah Kebajikan MTD DUN Dusun Tua dan dibantu oleh AJK MTD untuk diedarkan.
Bantuan dan kerjasama dari Ketua-ketua kampung juga sangat dihargai. Salah satu Ketua Kampung di Batu 17 Dusun Tua yang turut bersama dalam kerja-kerja membantu mangsa banjir, mendapatkan nama mangsa banjir dan mengedarkan makanan.
Kerja-kerja membantu membersih rumah mangsa banjir serta-merta digerakkan pada malam Hari Jumaat selepas banjir mula surut terutama di Kampung Batu 16, Batu 17 dan Sungai Serai sehingga Sabtu dan Ahad. Bantuan dari pasukan Unit Amal Hulu Langat dan beberapa teman Unit Amal dari luar kawasan seperti Sepang, Shah Alam dan Unit Kerja Kebajikan Surau Bandar Tun Hussein Onn. Terima kasih tentera-tentera merah yang beramal hanya kerana Allah.
No comments:
Post a Comment