Ini adalah yang paling teruk selepas banjir 1970. Hampir separuh daripada penduduk kawasan tanah lot terjejas dengan banjir termasuklah Surau Al Falah. Namun Kuasa Allah tidak mengizinkan air masuk ke dalam dewan solat. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat.... Hanyalah kesan kemusnahan menceritakan segalanya....
Saturday, March 10, 2012
Tsumani Langat Hari Kedua
Bilik operasi Dewan Dato Nazir Bt 14.
Pusat pemindahan banjir SK Sungai Serai.
Hulu Langat Jaya
Apa sudah jadi....Angkara siapa ini? Dalam keadaan ramai yang tidak dapat makan ada juga yang gagal menyampaikan bekalan kepada yang memerlukan... Terbiar basi di tepi jalan Sg Serai.
Masjid Sg Serai yang telah dibersihkan... Paras air didalam masjid setinggi 6 kaki yang mampu menengelamkan orang dewasa.
Tsunami Hulu Langat Hari Pertama
Bukan sekadar banjir... tsunami yang melanda Langat telah nemenggelamkan sebahagian besar kawasan rendah di sekitar Sungai Langat dari Pangson hinggalah ke Batu 9. Sejumlah1,350 dilaporkan terpaksa berpindah ke tempat pemindahan banjir manakala ribuan lagi menumpang di rumah saudara dan jiran.
Laporan media masih gagal memberi gambaran yang jelas suasana sebenar yang menimpa penduduk Langat.
....Lagi Kisah Banjir Batu 18
Lagi kisah banjir yang menjejaskan kehidupan penduduk Batu 18. Walaupun hanya dua jam sudah cukup untuk mendatangkan bencana kepada penduduk. Perparitan danpenyelengaraan perlu kajian semula bagi mengatasi masalah penduduk.
Wednesday, March 7, 2012
Banjir kilat sekitar Batu 18 dan Batu 16 di DUN Dusun Tua
Terima kasih kepada petugas-petugas AMAL Dusun Tua yang hadir membantu kerja-kerja membersih rumah para mangsa banjir kilat. Kerja-kerja diketuai oleh Sdr. Rahim Hasan. Sekitar 8 buah rumah di Taman Damai Batu 18, 1 buah rumah di Kampung Batu 17 Dusun Tua dan Surau serta sebuah rumah turut dilimpahi banjir berlumpur.
Gerak kerja petugas bermula sekitar jam 5.30 petang membantu kerja membersih di Taman Damai. Kemudian berhenti rehat Maghrib dan terus menyambung kerja pembersihan di Kg Lambah batu 16 Dusun Tua dan selesai membersih surau dan rumah di sana sekitar jam 12.00mlm. Turut hadir membantu S/U Jabatan P/Raya DUN Dusun Tua, dan Ahli Majlis MPKj Sdr Sany Hamzan ke lokasi terbabit.
Teruskan beramal kerana Allah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Friday, March 2, 2012
Lebuhraya Cheras-Kajang : Bukan Setakat Tutup Setengah!
Akhirnya tol Grand Saga ditutup sebelah dan dikekalkan sebelah lagi. Dahulu kita kena bayar RM3.80. Kini kita masih lagi bayar RM1.90. Namun ia dapat mengurangkan beban kepada 120,000 pengguna lebuhraya ini. Kita masih menuntut supaya dihapuskan keseluruhannya ataupun dikurangkan lagi.
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
DARIPADA : Y. B. PUAN TEO NIE CHING
KAWASAN : SERDANG
SOALAN :
Puan Teo Nie Ching [DAP Serdang] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:
(a) kos pembinaan Lebuh Raya Cheras-Kaiang, terma-terma perjanjian konsesi antara Kerajaan Pusat dan Grand Saga dan tempoh masa konsesi; dan
(b) kutipan tol setakat hari ini, kos penyelenggaraan dan hasil kajian Kerajaan Pusat berhasrat untuk memansuhkan tol Lebuh Raya Cheras-Kajang.
Jawapan daripada Menteri Kerja Raya:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Cheras-Kaiang telah dibina secara penswastaan oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB). Perjanjian Konsesi telah ditandatangani pada 19 September 1995 dan lebuh raya tersebut dibuka kepada lalu-lintas pada 15 Januari 1999. Lebuh raya sepanjang 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang. Kos bagi membina lebuh raya berkenaan ialah sebanyak RM282 juta yang ditanggung oleh syarikat konsesi manakala kos pengambilan tanah sebanyak RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan. Tempoh konsesi ini akan tamat pada tahun 2030.
Jumlah kutipan tol Lebuhraya Cheras-Kajang dari tempoh mula beroperasi hingga 31 Disember 2010 ialah sebanyak RM 585.5 juta dan kos operasi dan penyenggaraan untuk tempoh yang sama adalah sebanyak RM 147.31 juta. Walau bagaimanapun, syarikat konsesi mempunyai obligasi untuk membayar balik pinjaman kepada institusi-institusi kewangan serta membiayai kos operasi dan penyenggaraan lebuh raya tersebut.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, berhubung dengan pemansuhan tol di Lebuhraya Cheras Kajang, kerajaan kini sedang mengkaji perkara ini dengan teliti sebelum sebarang keputusan diambil kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada kerajaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)