Wednesday, March 7, 2012

Banjir kilat sekitar Batu 18 dan Batu 16 di DUN Dusun Tua

Terima kasih kepada petugas-petugas AMAL Dusun Tua yang hadir membantu kerja-kerja membersih rumah para mangsa banjir kilat. Kerja-kerja diketuai oleh Sdr. Rahim Hasan. Sekitar 8 buah rumah di Taman Damai Batu 18, 1 buah rumah di Kampung Batu 17 Dusun Tua dan Surau serta sebuah rumah turut dilimpahi banjir berlumpur.

Gerak kerja petugas bermula sekitar jam 5.30 petang membantu kerja membersih di Taman Damai. Kemudian berhenti rehat Maghrib dan terus menyambung kerja pembersihan di Kg Lambah batu 16 Dusun Tua dan selesai membersih surau dan rumah di sana sekitar jam 12.00mlm. Turut hadir membantu S/U Jabatan P/Raya DUN Dusun Tua, dan Ahli Majlis MPKj Sdr Sany Hamzan ke lokasi terbabit.

Teruskan beramal kerana Allah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

Petugas Amal hadir cukup dengan kelengkapan seperti pam air, water jet.

Sdr. Sany Hamzan ahli majlis MPKj

Tuut membantu, Tok Zulrani ketua kampung Perdik

Kerja-kerja pembersihan di Surau Kg Lembah Batu 16 Dusun Tua

Dilimpahi lumpur dan selut

No comments: