Friday, March 2, 2012

Lebuhraya Cheras-Kajang : Bukan Setakat Tutup Setengah!


Akhirnya tol Grand Saga ditutup sebelah dan dikekalkan sebelah lagi. Dahulu kita kena bayar RM3.80. Kini kita masih lagi bayar RM1.90. Namun ia dapat mengurangkan beban kepada 120,000 pengguna lebuhraya ini. Kita masih menuntut supaya dihapuskan keseluruhannya ataupun dikurangkan lagi.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
DARIPADA : Y. B. PUAN TEO NIE CHING
KAWASAN : SERDANG

SOALAN :

Puan Teo Nie Ching [DAP Serdang] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:

(a) kos pembinaan Lebuh Raya Cheras-Kaiang, terma-­terma perjanjian konsesi antara Kerajaan Pusat dan Grand Saga dan tempoh masa konsesi; dan

(b) kutipan tol setakat hari ini, kos penyelenggaraan dan hasil kajian Kerajaan Pusat berhasrat untuk memansuhkan tol Lebuh Raya Cheras-Kajang.

Jawapan daripada Menteri Kerja Raya:

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Cheras-­Kaiang telah dibina secara penswastaan oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB). Perjanjian Konsesi telah ditandatangani pada 19 September 1995 dan lebuh raya tersebut dibuka kepada lalu-­lintas pada 15 Januari 1999. Lebuh raya sepanjang 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang. Kos bagi membina lebuh raya berkenaan ialah sebanyak RM282 juta yang ditanggung oleh syarikat konsesi manakala kos pengambilan tanah sebanyak RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan. Tempoh konsesi ini akan tamat pada tahun 2030.

Jumlah kutipan tol Lebuhraya Cheras-Kajang dari tempoh mula beroperasi hingga 31 Disember 2010 ialah sebanyak RM 585.5 juta dan kos operasi dan penyenggaraan untuk tempoh yang sama adalah sebanyak RM 147.31 juta.  Walau bagaimanapun, syarikat konsesi mempunyai obligasi untuk membayar balik pinjaman kepada institusi-institusi kewangan serta membiayai kos operasi dan penyenggaraan lebuh raya tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, berhubung dengan pemansuhan tol di Lebuhraya Cheras Kajang, kerajaan kini sedang mengkaji perkara ini dengan teliti sebelum sebarang keputusan diambil kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada kerajaan.

No comments: