Tuesday, August 7, 2012

Polis Diajar Tak Sokong BN Dianggap Derhaka...

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, anggota polis mengundi BN kerana bimbang dianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang.

Fauzi yang menyertai PAS Mei lalu berkata perkara itu timbul kerana "keterikatan" anggota polis kepada kerajaan yang membayar gaji dan elaun kepada anggota pasukan terbabit.

"(Ramai anggota polis) berpandangan gaji, elaun dibayar oleh kerajaan. (Mengikut) fahaman kita, kerajaan adalah tak boleh selain daripada BN.

"Lantaran itu, (mengikut) fahaman kita, dalam keadaan mengundi, siapa yang tidak mengundi BN itu... akan dianggap sebagai derhaka, atau tidak berterima kasih atau bersyukur kepada orang (kerajaan) yang beri elaun, gaji beri kita makan," katanya.

Tegasnya, kerajaan dan parti adalah dua perkara yang perlu dibezakan dan anggota polis berhak membuat pilihan masing-masing bagi memilih parti tertentu untuk menerajui kerajaan dalam pilihan raya.

"Kita boleh pilih mana-mana (parti), yang lebih baik, telus, jujur, berpegang amanah, tidak menekan (dan) tidak rasuah.

"Jadi, jangan ada kekhuatiran, kita nak sokong parti lain, (menyebabkan) kita akan dilabel khianat, derhaka. Tidak timbul sama sekali. Sepatutnya semangat sebegini ada," katanya.

Ditanya sekiranya kerajaan memberi tekanan kepada anggota polis supaya menyokong BN dalam pilihan raya, bekas ketua polis Selangor itu berkata perkara itu tidak berlaku.

Namun, selagi anggota polis atau penjawat awam lain bekerja dalam kerajaan, mereka perlu mematuhi peraturan, garispanduan operasi atau perintah yang telah ditetapkan, katanya.

Jika anggota polis menyatakan sokongan politik secara terbuka kepada parti tertentu pula, mereka juga dianggap "mengingkari peraturan umum", katanya.

"Kerajaan mengikat kamu, kamu kena patuh, kena berkhidmat. Tetapi dalam berkhidmat, tidak ada unsur-unsur supaya memihak. Tidak (ada). (Polis berkhidmat) untuk semua rakyat, (dengan) adil. Jadi kita kena adil," katanya.

Sepanjang 32 tahun perkhidmatannya dalam pasukan polis, Fauzi juga pernah menjadi ketua polis Sarawak. MK.

Friday, August 3, 2012

Program Ziarah Batu 18









Berapa banyak lagi yang tidak diselenggara? Pengguna yang akhirnya menjadi mangsa.

SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan,krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.


 
"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya."Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran.

Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan.

"Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka.Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi.Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas.Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku."Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi. -TMI

Thursday, August 2, 2012

Laman NFC kena hack


Syabas Tak Puas Menyusahkan Orang

Ini sudah masuk hari ke empat Kawasan Sekitar Jalan Sg Tekali terutama kawasan yang agak tinggi menghadapi masalah bekalan air. Mungkin juga ada kawasan lain yang terlibat.... Apabila aduan diberikan maka jawapan adalah gangguan air luar jangka akibat kekuarangan bekalan air.

Hujan selalu dan empangan penuh tapi kenapa tiada air?

Adakah ini sesuatu yang disengajakan? Kami bayar deposit, kami bayar bill dan kami juga bayar cukai! Kalau Syabas tak mampu bekalkan air tutup sahaja Syabas ni. Jangan mengaku membekal air sedangkan pengguna tertekan disebabkan bekalan air yang tidak sampai dirumah.....

Ini bukan masalah baru. Sebelum ini juga kerap berlaku masalah bekalan air. Lebih-lebih lagi bila ada tetamu datang rumah. Amat memalukan. Tekanan air yang rendah menyebabkan air tidak sampai ke tangki menyebabkan seluruh bilik air di rumah tiada air.

Jangan pandai kata kat Kelantan tak pandai urus air.... Ni kat Selangor pun syarikat air tak mampu bekalkan air yang cukup untuk pengguna apa cerita?


Sampai bila ini akan berakhir? Kalau tak reti uruskan air bagi orang lain. Jangan nak menyuasahkan pengguna. Nanti percuma sahaja ke sumpah denggan pengguna.

Wednesday, August 1, 2012



PKR's Rafizi arrested under Banking & Financial Institutions Act (BAFIA)

PKR director of strategy Rafizi Ramli was this morning arrested by police for his alleged involvement in exposing banking details relating to the National Feedlot Corporation (NFC) scandal. MK.

Didedah tanpa bukti dikatakan fitnah. Dedah dengan bukti pula kena dakwa dengan pelbagai peraturan dan undang-undang. Adakah undang-undang untuk melindungi jenayah golongan elit atau menyelasaikan jenayah?

Menurut Seksyen 97 BAFIA, “Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkannya kepada mana-mana orang lain”.

Selepas ini bolehlah ditambah dalam para tersebut.... WALAUPUN UNTUK MENDEDAHKAN SATU PERBUATAN JENAYAAH PUN ADALAH TIDAK BOLEH?

Mungkin selepas ini penjenayah boleh mendakwa tuan rumah yang dirompaknya kerana meletakkan perangkap babi yang mengakibatkan dia tercedera semasa mencuri.

Tahniah kepada BN. Cepatlah lingkup. Rakyat dah tak sanggup tanggung segala kerosakkan kerana kegagalan kamu menyelasaikan masalah negara.


Seperti Didakwa Sebelum Ini : George Kent menang bidaan projek LRT Ampang

KUALA LUMPUR, 31 Julai —  Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan George Kent-Lion Pacific JV sebagai pemenang bidaan kontrak untuk projek tambahan LRT Ampang, petang tadi.

Projek yang bernilai RM7 billion itu merangkumi laluan baru dari laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang yang akan bersambung di stesen baru di Putra Heights.

Projek tambahan LRT Ampang ini akan merangkumi sepanjang 17.7 kilometer dari Stesen Sri Petaling dan akan mempunyai 11 stesen baru dengan dua stesen tambahan untuk masa hadapan.

Sebelum ini, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli berulang kali mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan dalam proses bidaan projek ini untuk memberi kepada George Kent yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan beliau.