Thursday, August 2, 2012

Syabas Tak Puas Menyusahkan Orang

Ini sudah masuk hari ke empat Kawasan Sekitar Jalan Sg Tekali terutama kawasan yang agak tinggi menghadapi masalah bekalan air. Mungkin juga ada kawasan lain yang terlibat.... Apabila aduan diberikan maka jawapan adalah gangguan air luar jangka akibat kekuarangan bekalan air.

Hujan selalu dan empangan penuh tapi kenapa tiada air?

Adakah ini sesuatu yang disengajakan? Kami bayar deposit, kami bayar bill dan kami juga bayar cukai! Kalau Syabas tak mampu bekalkan air tutup sahaja Syabas ni. Jangan mengaku membekal air sedangkan pengguna tertekan disebabkan bekalan air yang tidak sampai dirumah.....

Ini bukan masalah baru. Sebelum ini juga kerap berlaku masalah bekalan air. Lebih-lebih lagi bila ada tetamu datang rumah. Amat memalukan. Tekanan air yang rendah menyebabkan air tidak sampai ke tangki menyebabkan seluruh bilik air di rumah tiada air.

Jangan pandai kata kat Kelantan tak pandai urus air.... Ni kat Selangor pun syarikat air tak mampu bekalkan air yang cukup untuk pengguna apa cerita?


Sampai bila ini akan berakhir? Kalau tak reti uruskan air bagi orang lain. Jangan nak menyuasahkan pengguna. Nanti percuma sahaja ke sumpah denggan pengguna.

No comments: