Monday, October 1, 2012

Pembangunan Selatan Untuk Johor Atau Untuk Rakyat Singapura?

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lebih ramai ekspatriat asing memilih untuk tinggal di Johor kerana rumah yang lebih murah dan besar, menurut laporan akhbar Singapura hari ini, sementara rakyat Malaysia masih tidak mampu membeli rumah.

Tatkala  ekspatriat Singapura mencari rumah yang lebih murah di Malaysia, rakyat Malaysia terutamanya yang baru bekerja mengadu mereka tidak mampu membeli rumah.

Dolar Singapura bernilai 2.5 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia.

“Malaysia menawarkan rumah yang lebih murah,” Geert Hulst, warga Australia, isteri kepada warga Belanda, yang bekerja di republik tersebut, memberitahu akhbar Singapura Sunday Times (ST), dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini.

Legoland Malaysia, antara tarikan untuk ekspatriat. 

Pasangan tersebut membeli rumah banglo lima bilik di Ledang Heights, Johor, yang mereka katakan lima kali ganda lebih luas dari kondominium mereka di Singapura, dan terdapat 100 orang ekspatriat yang terus berkembang.

Dua anak mereka juga belajar di Marlsborough College di Johor selepas dibuka pada Ogos, menurut akhbar edisi hujung minggu Singapura, Straits Times.

Perpindahan mereka dari Singapura ke Johor untuk melihat harga yang lebih murah bermula lima tahun lalu, menurut ajen hartanah kepada ST.

Mereka mula berpindah ke Nusajaya, iaitu sebahagian dari zon ekonomi Iskandar Malaysia di Johor yang bermula sejak tahun 2006.

ST melaporkan projek perumahan seperti Horizon Hills, Leisure Farm Resort dan Ledang Heights di Nusajaya sedang rancak berjalan.

Harga sewa rumah meningkat antara RM8,000 hingga RM20,000 sebulan manakala banglo berharga antara RM2 juta hingga RM7 juta.

Ajen hartanah Jerry Lim berkata, mereka tidak berlengah-lengah lagi sejak pembukaan lebih banyak sekolah di Iskandar Educity.

Separuh dari hartanah UEM Land dijual kepada warga asing termasuk rakyat Singapura, kata pemaju perumahan itu kepada ST.

“Dengan projek seperti Marlborough College, Legoland, Pinewood Studios, serta hospital dan universiti yang bakal siap, tidak ada risiko untuk pelaburan,” kata David Bochsler, pengarahan jualan dan pemasaran Exhale, salah satu firma yang membina rumah di Nusajaya.

Bochsler, yang kini tinggal di Johor tetapi bekerja di Singapura, merujuk kepada pembangunan baru menjadikan Iskandar Malaysia semakin menarik untuk pembeli rumah.

Ekspatriat dari Belanda, Geert Hulst, bergerak 45 minit sehari untuk bekerja di Singapura, dan dua orang anaknya belajar di Marlborough College selepas ia dibuka pada Ogos.

Baru-baru ini, kerajaan persekutuan berjanji tidak akan mengutip tol untuk pengguna di Link Penyuraian Timur (EDL), lebuhraya di Johor selepas cadangan pengambilalihan dari Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Cadangan ini mungkin memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan ekspatriat yang tinggal di Johor untuk menyeberang tambak untuk bekerja di Singapura.

Lebih dari 50,000 kenderaan melalui jambatan EDL setiap hari.

Putrajaya pada Bajet 2013 telah mengadakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah perumahan, dengan perdana menteri mengumumkan inisiatif melalui Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan agensi kerajaan seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan PR1MA akan membina 5,000 rumah mampu milik yang dijangka 20 hingga 30 peratus lebih rendah dari harga pasaran di Seremban, Negeri Sembilan.

Wednesday, September 26, 2012

Darul Hidayah Masih Memerlukan Sumbangan Anda


Gambar terkini komplek Darul Hidayah yang masih dalam pembinaan. Keseluruhan pembangunan yang dianggarkan menelan belanja RM1juta masih memerlukan sumbangan anda. Sekiranya ada 1,000 orang yang sanggup infak sebanyak RM500.00 insyallah cukup untuk menyiapkan bangunan ini. Yakinlah sumbangan anda tidak sia-sia.

Jangan sampai kita menyesal nanti dihadapan Allah. Yang beri RM1 menyesal, yang bagi RM10 pun menyesal, yang bagi RM1,000 pun menyesal..... hatta yang bagi RM1 juta juga menyesal..... sedangkan balasan dari Allah tidak tergambar nilainya.



Maklumat terbaru dari pengurus dana, seorang dermawan telah menyumbang sebanyak RM100,000.00. Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan keredhaanNya kepada dermawan tersebut. Allahuakhbar.

Mudah-mudahan membuka hati lebih ramai dermawan. Ya Allah Bantulah Kami Membangunkan Rumah Mu Ini, Permudahkanlah Urusan Kami Dalam Usaha Kami Menyampaikan Mesej Dakwah Dan Bantulah Kami Menegakkan Islam Di Bumi Mu Ini. Ameen.
 

UmNo Tolak Hudud Cina Terima Hudud

Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama. MK.

Friday, September 21, 2012

Tazkirah Jumaat : Berhikmah Dalam Dakwah

Pernah pada suatu hari, Shaykh Muhammad Mutawalli al-Sha'rawi (1911 - 1998) berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :

“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud di Negara-negara Umat Islam Halal atau Haramkah hukum?”

Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya,sudah pasti ianya Halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga Halal hukumnya!”

Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"

Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah Neraka buat mereka!”

Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah Syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?

Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat Syaitan untuk membawa mereka ke Neraka!”

Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu,kumpulan kamu dan Syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu – iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam Neraka!”

Aku sebutkan padanya Hadith Rasulullah S.A.W : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah S.A.W maka Baginda S.A.W pun menangis. Lalu ditanyakan kepada Baginda S.A.W : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah S.A.W? Baginda S.A.W menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.

Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah S.A.W yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan Hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api Neraka!

Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah S.A.W pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"

Hijaukan Jalan Tun Razak


Tuesday, September 18, 2012

Ziarah dan bantuan susulan mangsa kebakaran Kg Kuala Perdik Hulu Langat oleh Ahli Parlimen Hulu Langat

Pagi Sabtu 15hb September 2012 lepas Jabatan Pilihanraya DUN JPrD Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat mengadakan lagi ziarah kebajikan kepada 2 keluarga mangsa kebakaran Kampung Kuala Perdik di bawah DUN Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat. Ziarah diketuai oleh YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan Setiausaha dan AJK JPrD, Jabatan Amal Hulu Langat dan beberapa Ketua Kampung En. Zul Rani Ketua Kampung Kuala Perdik, En. Zulkifli Lajis Ketua Kampung Lubuk Kelubi, Haji Shaharani Shuaib Ketua Kg Bt.17 Dusun Tua dan Haji Ramli Yunan Ketua Kampung Bt.18.


 Bantuan segera dihantar oleh petugas Amal DUN Hulu Langat diketuai Sdr. Abd Rahim Hasan

 Mesyuarat tergempar oleh Jabatan Amal membincangkan gerak kerja segera untuk mangsa kebakaran
(Turut dihadiri Sdr Mohamad Jan Sulong Penyelaras DUN Dusun Tua dan diselaraskan oleh S/U JPrD)

Ziarah kebajikan ini adalah kali keempat yang diadakan warga pimpinan Pakatan Rakyat samada sejurus berlakunya kebakaran pada petang 30hb Ogos 2012 yang lalu di samping memberikan bantuan segera kepada mangsa seperti makanan, pakaian dan keperluan harian seperti barangan serta perkakas dapur, alatan memasak, toiletries, derma, pakaian, tilam selimut selepas hari kejadian dan lain-lain.

 YB Dr Che Rosli berkesempatan hadir untuk menghulurkan bantuan dari Pejabat Parlimen dan sedikit barangan kegunaan harian untuk 17 mangsa kebakaran dari 2 keluarga tersebut.

 Sumbangan untuk keluarga En. Ahmad fahme Ibrahim

 Rombongan pimpinan yang hadir

 Sumbangan untuk Puan Mariam Rasat



Turut menghulurkan menjayakan ziarah kebajikan di saat awal kebakaran tempoh hari yang diketuai oleh Sdr. Mohamad Jan Sulong Penyelaras DUN Dusun Tua bersama petugas Jabatan Amal pada awal pagi 31hb Ogos 2012 yang lalu. Bantuan berbentuk makanan sarapan pagi diberikan, keperluan dan barangan, perkakas dapur serta perkakas memasak, keperluan bilik air dan mandi dan lain-lain.


 Ketua Pemuda DUN Dusun Tua, Sdr Mohd Azlan

 Sdr. Abu Bakar Samat AJK Keselamatan JPrD dan Tok Abd Rani Abd Rashid ketua Kg Kuala Perdik
sedang berbincang tindakan selanjutnya untuk membaik pulih rumah tumpangan sementara yang agak uzur.

Selain itu juga warga petugas Pakatan Rakyat PAS dan PKR berbesar hati memberikan bantuan tenaga dan kewangan bagi membantu menjayakan kerja baik pulih rumah tumpangan sementara 2 keluarga tersebut yang diusahakan oleh Ketua Kampung Kuala Perdik. Salah sebuah rumah tersebut adalah rumah yang mempunyai beberapa bahagian yang reput dan sempat dibaiki oleh petugas Jabatan Amal khasnya. Liputan kerja baik pulih pernah dilaporkan di blog ini bulan lalu:

http://mtddusuntua.blogspot.com/2012/09/membantu-mangsa-kebakaran-di-perdik.html

Semoga kerja ini diterima sebagai amal kebajikan yang dapat memberikan manfaat kepada mangsa kebakaran iaitu Puan Mariam Rasat dan En. Ahmad Fahme Ibrahim, juga dianugerahkan pahala berguna buat mereka yang terlibat memberikan apa jua bantuan sama ada berbentuk kewangan, tenaga dan masa yang bernilai.

JPrD DUN Dusun Tua mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan dan sahabat-sahabat Amilin dari kalangan warga Jabatan Amal, Pakatan rakyat dan JKKK yang segera turun membantu tanpa mengenal perbezaan politik asalkan rakyat dan ummah didahulukan insya Allah.

Friday, September 14, 2012

Apabila Menteri Menganggap Negara Ini Milik UmNo. Lepas Ni Bolehlah Kita Baling Najib Dengan Telur Tembelang Bila Melawat Selangor. Risiko Dicongak Sendiri.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

'Kena tanya orang Johor sendiri'

Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

Terdahulu pada sidang medianya Hishammuddin menegaskan beliau telah lama menolak sebarang bentuk politik ganas.

"Saya telah membuat kenyataan tegas tentang politik ganas merentasi semua pihak. Kita tolak (keganasan politik)," katanya.

Menurutnya, politik yang menyemai kebencian dan perpecahan perlu ditolak dengan tindakan yang jelas dari semua pihak.

"Politik kebencian, politik perpecahan, politik menghasut, politik pecah-belah, ini bukan sahaja memerlukan kenyataan, tetapi lebih penting lagi ialah tindakan," katanya. MK.

Thursday, September 13, 2012

Sokong PAS untuk kuatkan Melayu

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh seruan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar orang Melayu menguatkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, orang Melayu khususnya beragama Islam harus menyokong PAS untuk memastikan pentadbiran negara mengikut landasan Islam.

Katanya, kedudukan Melayu ketika ini semakin lemah akibat dasar Umno BN sendiri yang menindas orang Melayu.

"Di bawah pemerintahan BN, walaupun BN memerintah lama tetapi kita tengok di mana kedudukan Melayu selepas 55 tahun kita merdeka.

"Dasar ekonomi baru target 30 peratus pencapaian Orang Melayu tapi setakat ini pencapai hanya 18 peratus, bermakna ia gagal," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Siti Zailah lagi, janji Umno BN untuk menjaga tanah rezab Melayu juga tidak boleh dipercayai kerana semakin banyak tanha rezab Melayu yang tergadai angkara Umno BN.

"Kalau kata nak jaga tanah rezab Melayu, dah lebih separuh tanah rezab orang melayu telah diceroboh tanpa ganti. Apa lagi yang ada pada orang Melayu?

"Kalau kita nak memartabatkan melayu dan Islam maka orang Melayu mesti memilih PAS," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau panjang.

Beri Tekanan Kepada Amerika....

Semalam, rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak kerajaan Malaysia yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk segera mengambil tindakan agar pihak kerajaan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan isu filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.

"Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Pemuda PAS di peringkat negeri-negeri untuk mengadakan satu himpunan aman di peringkat negeri masing-masing untuk menyatakan secara terang-terang bahawa umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini. Pemuda PAS setiap negeri diminta untuk mengadakan himpunan aman tersebut pada Jumaat ini," katanya.

Menurut Faizi lagi, pemuda PAS juga akan menganjurkan bantahan besar-besaran di hadapan Kedutaan AS pada 21 Sept ini jika tiada sebarang respon positif dari kerajaan AS untuk bertindak terhadap pembuat filem tersebut.

LOS ANGELES, Sept 12 — The California-based Israeli whose film attacking Islam’s prophet Mohammad triggered a deadly attack on US diplomats in Libya has reportedly gone into hiding, the Associated Press reported.

Writer and director Sam Bacile spoke by phone with the AP from a secret location yesterday as his movie “Innocence of Muslims” apparently fuelled the rage that claimed the life of the US ambassador and three others in Libya. The US mission in Cairo also was the target of protesters, burned an American flag.

Reuters was not able to locate Bacile for comment.

Bacile, 56, is a California real estate developer who describes himself as an Israeli Jew, the AP said.

“This is a political movie,” Bacile told the AP. “The US lost a lot of money and a lot of people in wars in Iraq and Afghanistan but we’re fighting with ideas.”

The film portrayed Mohammad as a fool, a philanderer and a religious fake. In one clip posted on YouTube, Mohammad was shown in an apparent sexual act with a woman. For many Muslims it is blasphemous even to show a depiction of the Prophet.

Bacile said the film cost US$5 million (RM15.5 million) , some of which was paid by more than 100 Jewish donors, the AP said. — Reuters