Tuesday, September 18, 2012

Ziarah dan bantuan susulan mangsa kebakaran Kg Kuala Perdik Hulu Langat oleh Ahli Parlimen Hulu Langat

Pagi Sabtu 15hb September 2012 lepas Jabatan Pilihanraya DUN JPrD Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat mengadakan lagi ziarah kebajikan kepada 2 keluarga mangsa kebakaran Kampung Kuala Perdik di bawah DUN Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat. Ziarah diketuai oleh YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan Setiausaha dan AJK JPrD, Jabatan Amal Hulu Langat dan beberapa Ketua Kampung En. Zul Rani Ketua Kampung Kuala Perdik, En. Zulkifli Lajis Ketua Kampung Lubuk Kelubi, Haji Shaharani Shuaib Ketua Kg Bt.17 Dusun Tua dan Haji Ramli Yunan Ketua Kampung Bt.18.


 Bantuan segera dihantar oleh petugas Amal DUN Hulu Langat diketuai Sdr. Abd Rahim Hasan

 Mesyuarat tergempar oleh Jabatan Amal membincangkan gerak kerja segera untuk mangsa kebakaran
(Turut dihadiri Sdr Mohamad Jan Sulong Penyelaras DUN Dusun Tua dan diselaraskan oleh S/U JPrD)

Ziarah kebajikan ini adalah kali keempat yang diadakan warga pimpinan Pakatan Rakyat samada sejurus berlakunya kebakaran pada petang 30hb Ogos 2012 yang lalu di samping memberikan bantuan segera kepada mangsa seperti makanan, pakaian dan keperluan harian seperti barangan serta perkakas dapur, alatan memasak, toiletries, derma, pakaian, tilam selimut selepas hari kejadian dan lain-lain.

 YB Dr Che Rosli berkesempatan hadir untuk menghulurkan bantuan dari Pejabat Parlimen dan sedikit barangan kegunaan harian untuk 17 mangsa kebakaran dari 2 keluarga tersebut.

 Sumbangan untuk keluarga En. Ahmad fahme Ibrahim

 Rombongan pimpinan yang hadir

 Sumbangan untuk Puan Mariam Rasat



Turut menghulurkan menjayakan ziarah kebajikan di saat awal kebakaran tempoh hari yang diketuai oleh Sdr. Mohamad Jan Sulong Penyelaras DUN Dusun Tua bersama petugas Jabatan Amal pada awal pagi 31hb Ogos 2012 yang lalu. Bantuan berbentuk makanan sarapan pagi diberikan, keperluan dan barangan, perkakas dapur serta perkakas memasak, keperluan bilik air dan mandi dan lain-lain.


 Ketua Pemuda DUN Dusun Tua, Sdr Mohd Azlan

 Sdr. Abu Bakar Samat AJK Keselamatan JPrD dan Tok Abd Rani Abd Rashid ketua Kg Kuala Perdik
sedang berbincang tindakan selanjutnya untuk membaik pulih rumah tumpangan sementara yang agak uzur.

Selain itu juga warga petugas Pakatan Rakyat PAS dan PKR berbesar hati memberikan bantuan tenaga dan kewangan bagi membantu menjayakan kerja baik pulih rumah tumpangan sementara 2 keluarga tersebut yang diusahakan oleh Ketua Kampung Kuala Perdik. Salah sebuah rumah tersebut adalah rumah yang mempunyai beberapa bahagian yang reput dan sempat dibaiki oleh petugas Jabatan Amal khasnya. Liputan kerja baik pulih pernah dilaporkan di blog ini bulan lalu:

http://mtddusuntua.blogspot.com/2012/09/membantu-mangsa-kebakaran-di-perdik.html

Semoga kerja ini diterima sebagai amal kebajikan yang dapat memberikan manfaat kepada mangsa kebakaran iaitu Puan Mariam Rasat dan En. Ahmad Fahme Ibrahim, juga dianugerahkan pahala berguna buat mereka yang terlibat memberikan apa jua bantuan sama ada berbentuk kewangan, tenaga dan masa yang bernilai.

JPrD DUN Dusun Tua mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan dan sahabat-sahabat Amilin dari kalangan warga Jabatan Amal, Pakatan rakyat dan JKKK yang segera turun membantu tanpa mengenal perbezaan politik asalkan rakyat dan ummah didahulukan insya Allah.

No comments: