Thursday, September 13, 2012

Sokong PAS untuk kuatkan Melayu

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh seruan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar orang Melayu menguatkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, orang Melayu khususnya beragama Islam harus menyokong PAS untuk memastikan pentadbiran negara mengikut landasan Islam.

Katanya, kedudukan Melayu ketika ini semakin lemah akibat dasar Umno BN sendiri yang menindas orang Melayu.

"Di bawah pemerintahan BN, walaupun BN memerintah lama tetapi kita tengok di mana kedudukan Melayu selepas 55 tahun kita merdeka.

"Dasar ekonomi baru target 30 peratus pencapaian Orang Melayu tapi setakat ini pencapai hanya 18 peratus, bermakna ia gagal," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Siti Zailah lagi, janji Umno BN untuk menjaga tanah rezab Melayu juga tidak boleh dipercayai kerana semakin banyak tanha rezab Melayu yang tergadai angkara Umno BN.

"Kalau kata nak jaga tanah rezab Melayu, dah lebih separuh tanah rezab orang melayu telah diceroboh tanpa ganti. Apa lagi yang ada pada orang Melayu?

"Kalau kita nak memartabatkan melayu dan Islam maka orang Melayu mesti memilih PAS," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau panjang.

No comments: