Monday, June 30, 2008

Konsert Malam Kesenian Islam

Sedikit corat-coret di hari Konsert Malam Kesenian Islam. Majlis yang cukup mendebarkan. Hujan yang sangat lebat melanda sekitar Hulu Langat, Kajang dan Bangi. Syukur kepada Allah SWT kerana jadual hujan turun di Kompleks Sukan MPKj turun lebih awal untuk kering sebelum konsert bermula dan turun semula kurang satu jam selepas selesai program.

Kehadiran yang sangat memberangsangkan menandakan sokongan masyarakat terhadap hiburan alternatif kepada pencinta Islam dan penggemar kesejahteraan dan keamanan.

Tahniah dan pujian kepada persembahan dikir barat yang cukup menarik dan menghiburkan para hadirin di samping sumbangan cukup besar oleh Kumpulan Hijjaz yang banyak membantu mempergiatkan usaha promosi sehingga melorongkan laluan ke Radio IKIM.fm buat menyebar maklumat.

Lebih menarik, sokongan bukan sahaja datang dari para peminat tempatan di sekitar Bangi, Kajang dan kawasan terdekat yang lain. Bahkan dimaklumkan turut serta hadir adalah dari Johor dan sebagainya. Menandakan betapa kuatnya sokongan dan rindunya mereka terhadap hiburan Islam.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada 2 wakil rakyat PAS, YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi yang turut hadir serta memeriahkan majlis.











Friday, June 27, 2008

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Listed by burhanuddin othman

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84.

Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.

Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur

Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.

Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.

Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Tuesday, June 24, 2008

Sekitar Majlis agihan bantuan oleh YB Dr Che Rosli Che Mat & Takaful Malaysia

Salam

Sekitar Majlis Merai dan Penyampaian Bantuan Sumbangan dari pihak Takaful Malaysia dengan kerjasama Mini Baitul-Mal Darul Hidayah.

Majlis yang diadakan pada Ahad lepas 22 Jun 2008 jam 2.00 - 4.00 petang bertempat di Kampung Darul Hidayah Dusun Tua.

Bantuan telah disampaikan oleh YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat kepada para OKU, fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas sekitar DUN Dusun Tua.

Majlis juga turut diraikan dengan ucapan daripada YB Dr Che Rosli dan juga dari pihak Takaful Malaysia serta Sdr. Mohd Sany Hamzan yang juga merupakan Penyelia bagi DUN Dusun Tua.

Selain itu juga hadirin yang kebanyakannya adalah para penerima bantuan tersebut juga diraikan dengan sedikit jamuan ringan.

Bagi pihak DUN Dusun Tua, kami mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan pihak Takaful Malaysia yang sudi memberikan sumbangannya kepada golongan yang sangat memerlukan serta kerja kuat yang telah diusahakan oleh pihak Mini Baitul-Mal Darul Hidayah.

















Monday, June 23, 2008

Pegawai MB Selangor digantung 2 bulan

Jimadie Shah Othman | Jun 23, 08 12:00pm
Pegawai kanan menteri besar Selangor, yang disiasat berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya, digantung tugasnya selama dua bulan.

Menurut seorang pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pegawai kanan itu digantung mulai hari ini.

"Surat rasmi (penggantungan) dikeluarkan hari ini.

"Semalam Tan Sri telah mengirim SMS memberitahunya supaya beliau tidak terkejut apabila menerima surat," katanya kepada Malaysiakini.

yahya sahriDihubungi hari ini, pegawai tugas-tugas khas Khalid, Yahya Shaari, mengesahkan penggantungannya.

Pada 10 Jun lalu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil pegawai kanan berkenaan selama empat jam berhubung siasatan kes kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya.

"Kita sudah ambil keterangan pegawai terbabit hari ini dan hasil siasatan akan diketahui dalam jangka masa terdekat ini," kata pengarah BPR Selangor, Ja'afar Mahad tidak lama selepas laporan tersebut dibuat.

Pada 5 Jun, sekumpulan empat orang yang mendakwa ahli PKR dilaporkan telah membuat aduan kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri besar tanpa keizinan.

Mereka mendakwa mempunyai dokumen yang membuktikan pegawai kanan terbabit terlibat dalam meluluskan kontrak dan tender itu kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan Abdul Khalid.

Sehari sebelumnya mereka, yang diketuai oleh Remy Iskandar, telah membuat aduan polis.

Remy dilaporkan berkata mereka meragui kelulusan tersebut kerana ia menggunakan kepala surat tanpa nombor rujukan yang jelas dan pegawai tersebut meminta syarikat-syarikat itu diberikan keutamaan dalam pembahagian kontrak itu.

"Apa yang berlaku seolah-olah menafikan pendirian menteri besar yang sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa setiap pemberian kontrak atau tender akan dilakukan secara terbuka dan menolak usaha pengagihannya menggunakan pendekatan rundingan," beliau dipetik sebagai sebagai berkata.

"Kami tampil untuk untuk membuktikan PKR telus menolak sebarang usaha salah guna kuasa dan cubaan menafikan kepercayaan rakyat terhadap PKR."

Selangor pula berhasrat menjalankan siasatan sendiri kerana bimbang BPR lambat dan boleh mencemarkan imejnya.

Kerajaan negeri menyeru empat pengadu itu agar hadir di depan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggung- jawaban dan Ketelusan yang diketuai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chan Kim bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

Friday, June 20, 2008

Himpunan 1 juta rakyat bertempat di Padang Timur PJ, 6 Julai

Salmiyah Harun
Thu | Jun 19, 08 | 5:59:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.

Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.

Beliau juga meminta satu juta rakyat yang akan mengikuti perhimpunan itu memakai baju berwarna merah sebagai identiti rasmi membantah kenaikan harga minyak.

Oleh itu, katanya Protes kali ini dengan slogannya 'Protes Satu Juta Rakyat Turun' akan terus menyatakan siri bantahan terhadap kerakusan kerajaan di seluruh negara.

Ketika ditanya sebab Padang Timur dipilih sebagai lokasi perhimpunan, Dr Hatta berkata Protes mengambil kira keselesaan peserta himpunan dan ia berdekatan dengan sebuah tasik rekreasi.

"Orang ramai boleh datang dari beberapa arah tanpa kesesakan seperti dari lebuh raya persekutuan dan boleh menggunakan kemudahan awam LRT yang berhenti di Taman jaya," katanya kepada wartawan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Jelasnya, dalam perhimpunan itu pemimpin Pakatan Rakyat turut berucap kemudian diikuti tayangan media tentang senario kenaikan harga minyak yang akan memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat.

"Di samping itu, kita akan menjemput beberapa artis serta mengadakan persembahan teater bergerak untuk menaikan semangat kepada para penyokong bantahan itu," katanya.

Apa yang penting Hatta menegaskan, perhimpunan itu sebagai satu mesej penting kepada Abdullah Badawi untuk menurunkan harga minyak.

Katanya, orang ramai pula tidak perlu risau dengan keselamatan di padang itu, kerana pihak penganjur akan menyediakan seramai 3,500 petugas keselamatan untuk mengawal cubaan provokasi oleh pihak tertentu.

Beliau juga menegaskan tidak berhasrat untuk memohon sebarang permit daripada pihak polis untuk perhimpunan itu.

Merujuk hari perhimpunan yang berubah, Hatta berkata hari Ahad cuti umum dan tidak ramai yang berniaga dan keadaan lalu lintas agak lengang.

"Jika tidak ada di kalangan peniaga merungut mereka kerugian ribu ringgit kerana perhimpunan oleh Protes," katanya.

Menjawab kenapa tidak membuat di tempat yang diputuskan sebelum ini iaitu KLCC, Hatta berkata, sasaran perhimpunan kali ini agak besar dan di kawasan padang berkenaan amat sesuai di samping memudahkan pihak keselamatan mengawal.

Semasa ditanya apa kemucak perhimpunan tersebut, Hatta berkata mereka akan membuat satu 'pengisytiharan' bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apa pengisytiharan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga penyelaras Protes berkata, himpunan itu juga sebagai satu insiatif Pakatan Rakyat bahawa mereka amat serius dalam menangani masalah rakyat.

Bagaimanapun, katanya untuk menggerakkan satu juta rakyat turun sama-sama membantah kenaikan minyak adalah satu cabaran yang besar.

"Kita tunjuk kepada kerajaan kita akan menggunakan hak demokrasi untuk mengubah nasib kita sendiri," katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama menyertai perhimpunan itu sebagai satu platform menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan.

"Mereka mewakili golongan muda untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan memanipulasi isu minyak," katanya.

Seorang lagi penyelaras Protes S. Arultcelvan pula berkata, pada 6 Julai nanti rakyat telah membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka menyahut cabaran Perdana Menteri untuk terus mengadakan perhimpunan bantahan. - mns_

Thursday, June 19, 2008

Tiada MP, Adun dilantik ahli PBT Selangor

Jimadie Shah Othman | Jun 19, 08 1:26pm

Tiada ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dilantik sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor hari ini.

Di samping itu, kontrak pelantikan 288 ahli bagi 12 PBT di Selangor juga adalah untuk tempoh setahun sahaja.

Jika prestasi mereka memuaskan, maka kontrak perkhidmatan mereka akan disambung dua tahun lagi, menjadi tempoh tiga tahun.

Ketika mengumumkan perkara tersebut, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, senarai ahli PBT yang baru dilantik itu akan dihantar kepada semua yang dipertua PBT hari ini.

Katanya, 87.7 peratus ahli PBT yang baru dilantik itu terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi, sekurangkurangnanya memiliki kelulusan di peringkat diploma.

Mankala 24.6 peratus lagi, kata Khalid, terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan golongan profesional, termasuk doktor, peguam, akauntan, jurutera, aktivis alam sekitar, perancangan bandar, usahawan dan golongan akademik.

49 wanita

Turut dilantik sebagai anggota PBT adalah 49 orang wanita, dan dari kalangan orang kurang upaya (OKU).

Menurut Khalid, 288 ahli PBT itu dipilih daripada 1,000 permohonan yang diterima dan telah menghadiri ditemuduga bagi memastikan ketelusan pemilihan yang dibuat.

"Beza sekarang dan yang lepas (ialah) dalam kumpulan ini tiada Adun dan MP," kata Khalid sambil menambah pemilihan kali ini juga tidak berasaskan kuota atau kaum.

Menurutnya lagi, jumlah ahli politik dalam kumpulan tersebut tidak melebihi 75 peratus, kebanyakannya muka baru.

Yang dikekalkan, tambah Khalid ialah datuk bandar, yang dipertua PBT dan orang besar Daerah.

Sementara itu, Ahli Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, ketika mengulas mengenai perubahan dalam tempoh kontrak berkata, ianya untuk memberi peluang kepada ramai calon-calon berbakat di Selangor.

Tempoh perkhidmatan

Katanya, sekiranya ahli PBT yang dipilih itu mempunyai prestasi yang baik, maka kontrak akan disambung dua tahun lagi.

Jika tidak, katanya, tempat mereka akan digantikan oleh orang lain yang berkemampuan memberi perkhidmatan yang terbaik.

Ditanya mengenai ahli politik yang dilantik sebagai ahli PBT, Ronnie berkata jumlah teramai adalah dari PKR.

Menurut beliau lagi, tiada ahli politik dari Umno yang dilantik menjadi ahli PBT kali ini.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, di Selangor, barisan pemgangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri, iaitu 15 PKR, 13 DAP dan 8 PAS. Barisan Nasional memenangi 20 kerusi.

Wednesday, June 18, 2008

Pilihanraya semula di Sanglang?

Apa yang diharapkan sebagai pengisytiharan kemenangan kepada calon PAS Ustaz Hashim Jasin bagi kerusi DUN Sanglang Perlis siang tadi di Mahkamah Tinggi bertukar menjadi haru apabila hakim memngisytiharkan tidak ada pihak yang menang dan sebaliknya mengarahkan agar satu pilihan raya kecil diadakan.

Menurut fakta kes pihak SPR telah membuat kesilapan dalam penjumlahan undi pada 8 Mac lalu dan sebaliknya telah mengisytiharkan calon BN sebagai pemenang. Kes ini hampir sama dengan kes parlimen Pasir Putih yang melibatkan calon PAS dahulu.

Ini bermakna PAS tidak menambah kerusi sebaliknya terpaksa berhadapan BN dalam pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU ke 12.

* kalau kemenangan wakil BeEnd itu tak sah, gaji wakil rakyat sejak 8 Mac lepas tu
halal ke haram?

Usul tidak percaya terhadap PM

Jun 18, 08 2:04pm

Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu - akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

"Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua (kanan), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

  • Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh DAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".
  • Akibat kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi iskin tegar.
  • Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.
  • Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

Tuesday, June 17, 2008

Harga Sebuah Kehidupan - Mak.... adik nak susu!

Tuesday June 17, 2008
Pricey infant formula forces substitute feeding

BUTTERWORTH: Some poor parents are substituting pricey infant formula with diluted condensed milk, rock sugar water, black coffee and plain tea, to feed their infants and toddlers.

Malaysia Hindu Sangam (Penang) Social and Welfare Committee chairman P. Murugiah said parents with low income of under RM1,500 and with an average of three children, have reduced feeding infant formula from five times a day to only twice a day.

“They substitute the remaining feeding periods with other drinks,” he said.

He claimed that poor mothers could not produce breast milk as they were undernourished.

“The price of infant formula has gone up by about 80% in the last two years, with one brand rising from RM9 to RM16.50 per 650gm,” Murugiah said.

He said the sangam and a few other non-governmental organisations have been giving milk powder aid to at least 30 families since last year.

“We believe there are more families who need such aid,” he said.

Murugiah urged the Government to help set up a scheme to make infant milk more affordable to such families.

He said the plight of these families would worsen if the Government removed essential grocery items from its price control list.

“Basic items, such as rice, sugar and flour should be made affordable especially to this group of people.

“The Government should introduce a ration card system, such as is practised in India, to allow the lower income group to buy essential food items at reduced prices,” he said.

The Star

Harga Ayam RM8.00 Sekilo Patut?

Farmers' group: Chicken prices fair despite hike

PETALING JAYA: Current prices charged by chicken sellers are still reasonable despite having soared to RM8 per kilo in some places, said the Federation of Livestock Farmers Associations of Malaysia (FLFAM).

Its broiler unit chairman Kwei Yew Tong said in a statement that while the FLFAM had no control over wholesalers and retailers, it believed that the current prices charged were fair to traders and consumers.

He attributed this to the fact that production costs had increased significantly.

Kwei was speaking in response to a news report that the price of chicken in several states had increased drastically over the past few days.

He however lamented the fact that ex-farm chicken prices had dropped to RM3.80 per kilo as a result of reduced demand following the fuel hike announcement on June 4, and said he hoped for a corresponding drop of retail price in the market to reflect the current situation and encourage consumption.

Ex-farm prices are largely dependent on demand and supply, he added.

Kwei argued that the RM6 per kilo ceiling price set by the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry for standard chicken was no longer sustainable nor reasonable in light of the increasing production costs.

He said the price of standard chicken for farmers should be around RM6.10 per kilo while super chicken (without shank, head, liver and gizzard) should be sold at RM6.90 per kilo.