Monday, June 30, 2008

Konsert Malam Kesenian Islam

Sedikit corat-coret di hari Konsert Malam Kesenian Islam. Majlis yang cukup mendebarkan. Hujan yang sangat lebat melanda sekitar Hulu Langat, Kajang dan Bangi. Syukur kepada Allah SWT kerana jadual hujan turun di Kompleks Sukan MPKj turun lebih awal untuk kering sebelum konsert bermula dan turun semula kurang satu jam selepas selesai program.

Kehadiran yang sangat memberangsangkan menandakan sokongan masyarakat terhadap hiburan alternatif kepada pencinta Islam dan penggemar kesejahteraan dan keamanan.

Tahniah dan pujian kepada persembahan dikir barat yang cukup menarik dan menghiburkan para hadirin di samping sumbangan cukup besar oleh Kumpulan Hijjaz yang banyak membantu mempergiatkan usaha promosi sehingga melorongkan laluan ke Radio IKIM.fm buat menyebar maklumat.

Lebih menarik, sokongan bukan sahaja datang dari para peminat tempatan di sekitar Bangi, Kajang dan kawasan terdekat yang lain. Bahkan dimaklumkan turut serta hadir adalah dari Johor dan sebagainya. Menandakan betapa kuatnya sokongan dan rindunya mereka terhadap hiburan Islam.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada 2 wakil rakyat PAS, YB Dr Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi yang turut hadir serta memeriahkan majlis.











No comments: