Friday, June 6, 2008

Naik Minyak......!


IniLah PM kita yang tak dengar nasihat, tak mahu berbincang, suka temberang, tak mahu turun, suka menyusahkan rakyat.... Orang bukan orang antu bukan antu
_________________
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20080602234433/Article/
Harga baru petrol Ogos
Oleh Azman Zakaria, Anwar Hussin, Kamarulzaidi Kamis, Sazarina Shahrim dan Norliza Wasilan

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad memberikan reaksi tegas ketika menunjukkan carta perbandingan purata bulanan jualan petrol dan diesel bagi semua stesen minyak di negeri sempadan untuk dirakamkan jurugambar selepas sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, petang semalam. Carta itu antara lain menunjukkan jualan petrol dan diesel yang semakin meningkat di negeri bahagian selatan dan utara tanah air bagi tempoh 2006 hingga 2008 sebelum kerajaan melarang kenderaan berdaftar di luar negara mengisi diesel dan petrol di stesen minyak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer dari sempadan. Sidang akhbar itu berlangsung selama kira-kira setengah jam. Shahrir kemudiannya memasuki Dewan Negara untuk menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

PM umum keputusan penstrukturan baru subsidi bahan api esok

KUALA LUMPUR: Pengguna mungkin terpaksa membayar lebih bagi petrol dan diesel mulai Ogos ini jika Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini memuktamadkan pelbagai cadangan bagi penstrukturan semula skim subsidi bahan api berkenaan.

Ketika membayangkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penstrukturan mekanisme baru skim subsidi bahan api itu sudah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan akan diputuskan Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi.

"Ia akan berlaku dan mungkin pada Ogos ini. Kita akan menggunakan masa dua bulan ini untuk melakukan kajian terperinci bagi penstrukturan semula skim subsidi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

No comments: