"Apa yang kerajaan laksanakan ini saya sebut sebagai polisi pak pandir. Sebab apa? Setelah kita buka pintu inflasi kemudian kita mahu tutup semula umpama setelah kita buka kandang lembu dan lembu sudah lari keluar sekarang ini kita nak hambat balik lembu.
"Dengan cara apa? Dengan cara kita berikan rebat, berikan pelbagai insentif, gaji dua kali sebulan, pekerja awam dibenarkan bekerja dua kerja satu masa, tetapi semua ini akan meninggalkan kesa yang parah," tegas beliau.
___________________
Komen:
___________________
Komen:
- Kerajaan naikkan minyak.
- Harga barang peperluan juga ikut naik.
- Barang keperluan juga terhad.
- Gaji tak naik dan kuasa membeli semakin rendah.
- Wang lebih banyak dibelanjakan untuk barang keperluan asas sahaja.
- Perusahaan barang kurang perlu terbantut dan mengurangkan kos operasi.
- Sektor pelancongan dan perkhidmat yang paling teruk terjejas.
- Wang mula banyak disimpan dari berbelanja.
- Ekonomi akan menguncup dan inflasi meningkat.
- Syarikat yang sakit mula memberhentikan pekerja.
- Pengangguran meningkat dan perebutan kerja berlaku.
- Kerajaan mengalakkan kerja kedua menambah parah sektor pekerjaan dan perebutan kerja berlaku.
- Ramai yang mencari jalan singkat/mudah dengan melakukan jenayah penipuan dan kekerasan.
- Ekonomi menjadi gawat dan masalah sosial akan bertambah.
Siapa pula akan dipersalahkan?....... Kerajaan yang lemah atau pengundi yang tak tahu memilih pemimpin..... Atau ahli politik yang tak tahu memilih pemimpin?.....
Semua orang ada sumbangan dalam menjadikan ini berlaku. Telah nyata kerosakkan di darat dan di lautan disebabkan oleh tangan-tangan manusia.
JUMPA DI PADANG TIMUR PADA 6 JULAI 2008, 9 PAGI.
Semua orang ada sumbangan dalam menjadikan ini berlaku. Telah nyata kerosakkan di darat dan di lautan disebabkan oleh tangan-tangan manusia.
JUMPA DI PADANG TIMUR PADA 6 JULAI 2008, 9 PAGI.
No comments:
Post a Comment