Monday, July 28, 2008

Bubar Atau Penjenamaan Semula?

Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru
Jul 26, 08 9:49pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Persoalan yang perlu dijawab : Bubar PAS bubar UMNO dan buat sebuah parti ISLAM baru. Saya pasti parti ISLAM baru tersebut akan serupa kalau tidak sama pun sama dengan PAS. Tok Guru pun dah lama tawarkan, sekiranya UMNO jadi parti ISLAM dan mengambil Al-Quraan dan Sunnah sebagai perlembagaan dah lama PAS bubar dan semua orang Melayu dan ISLAM masuk UMNO. Tapi UMNO tidak mahu. Kita tunggu dan lihat selepas ini. Saya tak jangka UMNO akan terima.

Yang pasti sehingga saat ini tiada tanda-tanda UMNO berhenti menindas wakil rakyat bukan BN termasuklah PAS. Tiada peruntukkan dan kelewatan peruntukan rakyat, penubuhan JKKP, pendaratan hasil minyak dan gas Kelantan, lebuhraya ke Kelantan, penghinaan terbuka di media masa dan lain-lain aktiviti yang masih berterusan. Tiada tanda-tanda UMNO hendak berdamai. Tetapi terus berkerja keras menghancurkan Pakatan Rakyat dan PAS.


Patutkah PAS terus menganggotai Pakatan?
Jul 27, 08 8:33pm
Pakatan Rakyat patut menimbang secara serius sama ada PAS patut dibenarkan terus menganggotai pakatan pembangkang itu, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Beliau mempertikaikan beberapa tindakan pemimpin PAS yang menurutnya telah menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan parti itu.

Seperti biasa Karpal atau Lim Kit Siang adalah orang yang paling menentang apabila PAS membuat apa-apa kenyataan terutama sekali yang melibatkan orang Melayu dan Islam.Dialah antara orang yang selalu diburu media untuk memberi reaksi. Seperti biasa inilah jawapannya. Perlu di ingat sekitanya PAS berpecah dengan Pakatan Rakyat kesannya akan kita melihat serta-merta di Selangor dan Perak. Perubahan kerajaan negeri akan berlaku. Pakatan Rakyat akan kehilangan kerajaan negeri Perak dan Selangor 50-50.

Kita tunggu apakah tindakkan yang akan dibuat oleh UMNO selepas ini. Bola telah di kaki mereka. Sekiranya perjuangan kebangsaan dan ego mereka lebih utama dari agama dan negara maka mereka akan termenung sampai sudah dan tidak ada penyelesaian. Sehinggalah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru dan mengambil alih pemerintahaan mereka pun masih termanggu lagi. Kita tunggu.......

Nota : MINYAK TERUS TURUN LAGI...... USD123


No comments: