Wednesday, March 31, 2010

Kenyataan Rasmi Presiden PAS - Model Ekonomi Baru

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dibentangkan oleh kerajaan masih lagi tidak mempunyai roh dan tidak menekankan kepentingan akhlak yang merupakan satu asas terpenting dalam memastikan transparensi dan ketelusan pelaksanaan sesuatu dasar ekonomi.

Sesebuah negara boleh sahaja mempunyai dasar yang melangit halatujunya, tetapi tanpa akhlak yang dihayati oleh pembuat dan pelaksana dasar – maka negara masih akan dibelenggu dengan sistem liberal kapitalis – akhirnya ianya hanya bersifat membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik yang merangkumi perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh.

MEB juga menyebut bahawa objektif yang ingin dicapai ialah supaya rakyat dalam negara kita mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi, hidup lebih aman, pengurusan yang baik dan pemuliharaan sumber alam. Objektif ini sangat murni – tetapi penekanan terhadap peranan syarikat swasta dalam memacu ekonomi liberal kapitalis ini secara drastik akan meninggalkan kesan ekonomi terhadap penduduk luar bandar dan memungkinkan jurang antara bandar dan luar bandar terus melebar.

MEB itu juga merupakan imbasan kembali kepada konsep pensyarikatan dan penswastaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri , di mana pihak kerajaan akan melepaskan kepentingannya sedikit demi sedikit dalam sektor perkhidmatan rakyat kepada pihak swasta. Walaupun pihak kerajaan memberikan jaminannya, akan tetapi rekod menunjukkan bahawa berlakunya pelepasan tangggungjawab kerajaan itu telah melahirkan satu monopoli baru sektor perkhidmatan yang akhirnya menekan ekonomi rakyat.

Apa yang diinginkan oleh rakyat bukannya peningkatan angka atau nilai peratusan pendapatan semata-mata, contohnya sasaran bagi meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun; tetapi yang diinginkan ialah kesan sebenar dari perubahan suasana masyarakat yang lebih kondusif dan selamat dari jenayah, sifar rasuah, akauntabiliti yang nyata serta struktur ekonomi yang lebih adil dan jauh dari tekanan politik sempit.

Selain dari itu juga, penerusan sikap kerajaan persekutuan yang tidak menghormati konsep federalisma dan demokrasi juga akan menjadi bom jangka yang akan menggagalkan kesejahteraan ekonomi rakyat. Apa yang berlaku ialah kerajaan negeri yang mungkin diperintah oleh parti yang berbeza dari parti di peringkat persekutuan akan menerima penindasan ekonomi dan dikekang pelaburan luar dengan semahunya oleh kerajaan persekutuan. Akibatnya objektif kesejahteraan yang ingin dicapai akan hanya menjadi retorik yang sedap didengar sahaja.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Gejala Buang Bayi : Apa Yang PAS Telah Usahakan

Nampaknya semua media arus perdana memfokuskan isu pembuangan bayi di negara ini. Seperti biasa pemimpin negara mengecam perbuatan tersebut dengan ucapan yang menggambarkan kekesalan terhadap gejala tersebut, ada yang sebak menangis mengenangkan peristiwa tersebut.

Saya mendapat respon banyak dalam Facebook saya, apa pula yang PAS buat untuk mengatasi masalah ini. Apakah PAS hanya pandai menyalahkan pihak kerajaan sahaja dalam isu ini. Inilah nasib malang PAS kerana apa yang PAS buat tidak diketahui oleh masyarakat.

Media perdana tidak menyebelahi PAS, sehingga masyarakat tidak mengetahui apa yang PAS buat. Mereka menganggap bahawa PAS hanya sebuah parti politik untuk mendapat kuasa sahaja. Seolah-olah PAS tidak memperdulikan persoalan, moral dan akhlak remaja.

Saya ingin tegaskan sebagai sebuah parti Islam dasarnya ialah Islam dalam perkara 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Maka jelaslah bahawa Islam yang hendak ditegakkan berbeza dengan apa yang hendak dipejuangkan oleh Umno/BN di negara ini.

PAS bukan sahaja sebagai parti politik tetapi ia adalah Gerakan pelitik dan gerakan Dakwah. Walaupun aktiviti Pas nampak lebih menonjol dalam politik, sebenarnya PAS juga sebagai gerakan dakwah.

Justeru itu walaupun tarikh pilihanraya masih jauh, sebagai gerakan dakwah terus berjalan sebaik sahaja pintu pagar tempat mengundi ditutup. Dalam erti kata yang lain PAS akan bergerak sebagai sebuah parti Islam bagi menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini.

PAS menggunakan pendekatan dalam membendung gejala buang bayi ini dengan kaedah mencegah dan menguatkuasakan undang-undang. Ada tohmahan PAS hanya hendak pakai undang-undang tanpa mendidik. Maka di bawah ini adalah jawapannya.

Antara program yang dilakukan untuk membendung gejala yang tidak bermoral supaya tidak berlaku pembuangan bayi ialah;

-Kuliah-kuliah yang mengisi kefahaman Islam dan penghayatan melalui ustaz dan tenaga pengajar PAS di masjid dan di surau. Pendidikan supaya mereka berakhlak dengan akhlak Islam. Kerana penghayatan agama adalah benteng yang paling kukuh dalam memerangi gejala ini.

-Pemuda Pas melalui program “Duta Penyelamat” yang turun berjumpa secara langsung dengan golongan muda mudi. Berjumpa dengan mereka yang duduk berduan yang boleh menjurus kepada perzinaan dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang menghampiri zina.

-Pemuda dan Nisa’ turun ke padang bertemu dengan remaja yang datang ke tempat bandar besar pada hari keramaian seperti awal tahun baru dan sambutan kemerdekaan. Remaja dibekalkan dengan risalah kesedaran untuk mereka menjadi manusia yang jauh daripada perbuatan zina. Kerana malam itu ialah malam pesta anak muda yang menggerunkan kita sebagai orang yang beriman dan bimbnag tentang masa depan mereka.

-Di Kedah ada satu NGO yang dikendalikan oleh ahli PAS membuat kerja lapangan yang begitu menakjubkan iaitu LANDAS yang berpusat di Sungai Petani. Kumpulan ini telah bertindak membimbing mereka yang terjebak dengan kehancuran hidup seperti dadah, arak, pelacur. Mereka turun dengan bersemuka dan cuba membimbing mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

-Di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamanahkan kepada Exco Pas Dr Halimah untuk mengendalikan Program Pembangunan Modal Insan dengan kewujudan SPIES (Spirtual, Physical,Intellectual, Emotional, Social). Semua acuan yang dibuat melalui program belia remaja adalah menjuruskan kepada pembinaan jati diri remaja di negara ini.

-Di Kelantan adanya Unit Belia, untuk mengendalikan program belia seperti bina insan, sukan rekreasi, kursus motivasi

-Program hidup sihat diperkanalkan supaya hidup remaja terisi dengan memperkenalkan program sukan melaui Lajnah Sukan Dan Rekreasi Pemuda. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dalam Islam juga ada sukan dan PAS bukan anti sukan.

-Kempen jauhi arak telah dibuat, kerana arak adalah ibhu segala maksiat yang boleh menjuruskan kepada perzinaan.

-Untuk mengelak supaya faktor rangsangan seks dapat diatasi, maka pihak Dewan Pemuda PAS pernah berjumpa dengan Kementerian Dalam Negeri dengan membawa contoh majalah lucah yang bercambah di pasaran untuk dijadikan bukti supaya pihak KDN bertindak, malangnya dijawab kalau rakyat kita kuat iman maka tidak menjadi masalah. Pas bimbang majalah seperti ini yang merangsang nafsu seks kepada pembaca. Kalau yang boleh pihak kerajaan kawal pun mereka tidak buat apa-apa, apa tah lagi hendak diharap untuk kawal alam siber.

- Kempen supaya mengalakkan budaya hedonism di lancarkan supaya rakyat terutama remaja dapat mengelak untuk mendekati dengan budaya yang tidak sihat.

-PAS telah melatih anak-anak kecil lagi melalui pendidikan pra sekolah, sejak umur 4 tahun melalui Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Anak-anak kecil diajar supaya memakai pakaian menutup aurat, cintakan akhlak Nabi, doa dan hafalan ayat-ayat lazim. PAS menganggap mereka ialah generasi yang akan mewarnai zaman akan datang.

-Kelantan memperkenalkan kaunter berasingan di pasaraya. Semua ini sebagai langkah menutup pintu perzianaan.

-Kelantan mengadakan setiap tahun sepanjang bulan Rejab kempen bulan solat. Kerana solat adalah kunci untuk tidak mekakukan kemungkaran. Walaupun usaha ini dipandang remeh tetapi mempunyai impak yang besar.

-Beberapa program smart Muslim dan Smart Solat diadakan untuk melahir generasi yang bertaqwa kepada Allah dan mempunyai jati diri yang kental.

-Setiap kali cuti persekolahan panjang, PAS telah mengadakan Kem Pembinaan Iman selama 2 hari semalam. Program yang terbuka kepada semua remaja yang berumur 12 tahun sampai 20 tahun.Pengisian ceramah, bengkel, motivasi pelajar cemeralang, qiamullai, tilawah al-Quran.

-Program Unit Amal dan Nisa’ sebagai satu program alternatif kepada remaja untuk program luaran yang bersifat rekreasi dan bersantai. Sudah tentu ia satu kelainan dengan Rakan Muda dan PLKN.

-Setiap PAS negeri ada program yang tersendiri untuk memastikan remaja belia terbimbing. Contohnya di Kedah ada Kem Bina Shakhsiah. Program yang boleh dijadikan satu alternatif yang menjuruskan kepada pembinaan iman dan taqwa serta kekuatan fizikal.

-Usrah remaja diwujudkan disetiap cawangan PAS, untuk memberi kefahaman Islam kepada remaja. Pengisian ibadat, akhlak dan adab pergaulan ditekan kepada mereka.

Mungkin orang mempertikaikan kenapa gejala tidak bermoral juga berlaku di Kelantan dan negeri yang PAS kuasai. Jawapannya kerana kuasa negeri amat terbatas, banyak peraturan dikuasai oleh kerajaan pusat. Banyak kuasa seperti polis, kastam, imigresen, Badan Pencegah Rasuah di bawah kuasa pusat.

Rangkaian TV dibawah kerajaan Umno/BN, sistem pendidikan kebangsaan di bawah Umno, akta cetak yang membenarkan majalah hiburan di bawah Umno. Secara keseluruhannya ini adalah kegagalan Umno dalam menangani isu ini. Malahan Umno menjadikan ini sebagai senjata untuk terus melekakan rakyat supaya rakyat tidak mempedulikan penyelewingan dan kegagalan mereka menguruskan negara. Mereka tahu apabila belia dilekakan, maka mudahlah mereka mendapat sokongan dan undi dalam pilihanraya.

Sekurang-kurangnya PAS dengan berbagai kekangan telah berusaha membendung supaya menutup pintu perzinaan yang berakhir dengan pembuangan bayi. Mungkin banyak lagi kekurangan dalam program yang perlu diperbaiki. Walau bagaimanapun usaha PAS adalah lebih baik daripada apa yang kerajaan umno/bn lakukan sehingga keadaan semakin parah.

Ustaz Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, March 25, 2010

Peresmian Pejabat PAS Kawasan Hulu Langat

Alhamdulillah PAS Kawasan Hulu Langat dengan rasminya telah mempunyai bangunan sendiri. Segala kerja-keras jemaah yang mengumpul dana dan mereka yang menderma diucapkan ribuan terima kasih.

Mudah-mudahan Allah memberkati apa yang disedekahkan dan baki yang disimpan untuk diri dan keluarga mereka.






















Mesyuarat Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat terus komited dalam melaksanakan agenda perubahan dan menjadi agen bagi mengerakkan generasi muda. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan namun sebagai anak muda yang punya jiwa pejuang tidak akan menyerah kalah. Semangat ini akan terus membara demi ingin melihat keadilan dan kesempurnaan Islam terserlah di alam ini.









Friday, March 19, 2010

Mengundi Suatu HAK atau Pilihan?

KOTA BHARU, 18 Mac: Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) memberitahu sejumlah 4.39 juta pengundi belum berdaftar, sebaliknya menteri pula kata kerajaan tidak akan memaksa rakyat untuk mengundi.

“Ini bermakna hanya SPR sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendaftar pemilih belum berdaftar, sedangkan kerajaan tidak berminat berbuat demikian.

“Mungkinkah ada sesuatu yang kerajaan cuba sembunyikan apabila tuntutan rakyat dan parti-parti pembangkang supaya mengguna daftar secara automatik tidak dihiraukan,” kata Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan memberitahu persidangan parlimen, kerajaan tidak bercadang mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat yang mencapai umur 21 tahun.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka.

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan kebebasan berpersatuan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Sedangkan sebelum ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan memberitahu SPR bercadang mendaftarkan pemilih secara automatik bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan birokrasi.

SPR juga dalam kenyataan menyebut sejumlah 4.39 juta pengundi atau 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi belum mendaftar.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, sebanyak 72 peratus atau 7,878,875 pemilih keluar mengundi daripada 10,922,139 jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara.

Mohd Khir yang juga Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali memberi analogi mudah, mana lebih baik menangkap ayam dan dikurung dalam reban sebelum disembelih atau menangkap ayam di luar kandang sebelum dikorbankan.

“Kerajaan sudah ada jalan yang begitu mudah dan menjimatkan masa bagi mendaftar pengundi, namun kerajaan masih enggan melakukan.

“Ini menimbulkan satu persoalan. Kalau tidak ada agenda sulit yang tidak diketahui umum, sudah tentu pendaftaran pengundi secara automatik yang lebih telus dan menjimatkan wang kerajaan diterima pakai,” katanya.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof berkata, setiap kali pengerusi baru SPR dilantik tentunya ada cadangan pembaharuan yang cuba dibawa bagi mengelakkan badan itu daripada terus dikritik pembangkang.

Katanya, begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap Tan Sri Aziz, beliau cuba untuk melakukan reformasi, namun kerajaan enggan menerimanya.

“Ini bermakna kita terpaksa menunggu pengerusi baru SPR lain pula untuk melihat ada ketelusan dalam sistem pengendalian pilihan raya di negara ini.

“Mungkin juga kenyataan pengerusi SPR baru sekarang hanya sekadar untuk meredakan kemarahan dan mengelakkan menjadi sasaran kritikan pembangkang,” katanya.

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan Barisan Nasional ternyata takut dengan kehadiran pengundi muda sehingga cadangan daftar automatik tidak dihiraukan kerajaan.

“BN takut tidak lagi dapat memanipulasi daftar pemilih kalau dilakukan pendaftaran secara automatik. Itulah sebabnya kerajaan tolak untuk leksanakan daftar itu,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat negeri.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustapha berkata, kerajaan nampak berminat membelanjakan lebih banyak wang untuk mengadakan kempen daftar pemilih, sedangkan kaedah yang menjimatkan diketepikan.

“Penantian begitu lama rakyat untuk melihat pengendalian pilihan raya berlaku secara benar-benar telus belum mampu menjadi kenyataan,” Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Thursday, March 18, 2010

Perutusan TG Nik Abdul Aziz Sempena Dua Tahun Pakatan Rakyat

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:
  1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.
  2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.
  3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.
  4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.
  5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.
Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk ”Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya,
Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)."

[al-Hujuraat, 49: 13]

Semuga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.

GST = BN

Pastikan BN dikuburkan pada PRU 13 akan datang bagi memastikan GST ini dimansuhkan. Dahulu semasa zaman penjajahan British, mereka mengenakan pelbagai cukai dan menindas rakyat..... Kini selepas 50 tahun merdeka rakyat masih lagi ditindas. Inikah erti kemerdekaan.

Kegagalan kerajaan mengurus dan menjana pendapatan negara kini dibebankan kepada bahu rakyat. Sekiranya kerajaan bergantung kepada sumbangan rakyat kini sudah sampai masanya rakyat menunjukkan jalan keluar kepada BN daripada Putrajaya.
_________________________________________
BN delays GST until after next election

KUALA LUMPUR, March 18 — The Najib Administration will only revive the introduction of an unpopular consumption tax after the next general elections where it hopes to regain Barisan Nasional’s (BN) customary two-thirds parliamentary majority.

The government last week announced it was putting the Goods and Services Tax (GST) Bill on hold despite indicating it will go ahead to debate the law in the current Parliament sitting.

The decision comes after feedback from BN MPs suggested that opposition to the GST was also palpable among component party members apart from the Pakatan Rakyat (PR) bench.

“BN will delay the GST Bill until after the next general elections to ensure we win big,” a BN MP told The Malaysian Insider on condition of anonymity.

He said it would take time to gather public feedback and also to educate people about the GST which the government said will initially be four per cent, substantially lower than the present Sales and Services Tax of between five and 10 per cent.

“The reality is that people don’t like the new tax and the PM is aware of it,” the MP said, referring to Datuk Seri Najib Razak who had stressed that “the days of government knows best is over” when he took office last April.

The opposition has flayed BN over the tax and claimed it was scuttled due to their campaign. However, they want the tax proposal to be completely dropped and have promised to make it a campaign issue.

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah had said last Saturday the government delayed the Bill for more time to gather public feedback.

“It (the GST) will not be tabled for second reading in the March/April session (of Parliament) because we need more time to engage with the public. We want the public’s opinion on GST,” Husni told reporters after opening the Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC)’s annual general meeting.

However, the move was interpreted as retreat of sorts by an administration that has not put forth the most convincing argument for introducing the GST.

It is understood that BN lawmakers, and even senior Umno officials, have asked the government to reconsider the unpopular move.

“If it’s true that the debate will be delayed then the government can use the time to explain the issue to the public... each sector in turn so that the public truly understands what the implementation of the GST means,” said Sri Gading MP Datuk Mohamad Aziz, when contacted by The Malaysian Insider.

The GST, which would have generated revenues totalling around RM8.8 billion, was due to be introduced in 2011, to replace an existing sales tax as part of measures to reduce Malaysia’s dependence on oil revenues, which currently account for almost half of government income.

Malaysia’s budget deficit hit a more than 20 year high of 7.4 per cent of gross domestic product in 2009, according to government data.

Wednesday, March 17, 2010

Siapa Ketuai Ahli Parlimen Bebas

Apabila semakin bertambah ahli parlimen (AP) yang mengistiharkan sebagai bebas mungkin ada yang akan tertanya-tanya siapakan bakal menjadi ketua mereka? Kalau BN ada Najib, PR ada Anwar maka Bebas.....? Apakah mereka terus bebas sampai ketua pun bebas. Siapa pun bebas menjadi ketua. Bebas hingga dilihat tiada pendirian. Sedangkan lumrahnya sekiranya tidak bersama PR maka secara automatik mereka akan bersama BN.

Adakah mereka akan berketuakan Brahim? Sedangkan ada kelompok bukan Melayu dalam kelompok AP bebas ini. Brahim ini boleh dikatakan ultra Melayu. Apa pun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Mungkin perlu melihat sedikit masa lagi dan gelagat mereka di Parlimen.

Apa pun perlu diingat mereka di Parlimen untuk mewakili rakyat bukannya mewakili Bebas.

Monday, March 15, 2010

DAP, PAS sepakat Anwar Ketua Pembangkang, PM

Hari ini barulah terserlah dan dapat melihat punca sebenar Ahli Parlimen PKR keluar parti. Sama ada kita sedar atau tidak mereka secara jelas telah menzahirkan matlamat pergerakkan mereka. Kita melihat apa jua perancangannya adalah menjurus kepada mengeluarkan Anwar dari jawatan Ketua Pembangkang..... Ketua Pembangkang yang juga bakal Perdana Menteri.

Mereka kini beria-ia sangat memintak agar ketua pembangkang ditukar. Kenapa?

Saya yakin perancangan ini sengaja dibuat dan ianya tidak akan terhenti setakat ini. Ia bermula dengan tuduhan-tuduhan yang dibuat secara tidak bermoral dimahkamah, hinggalah aktiviti lompat parti. Apabila mereka mula sangsi dengan hasilnya perancangan mereka maka Plan B, C dan D pula dirancang.

Apabila jumlah kerusi PKR di parlimen kurang daripada DAP maka mereka telah memulakan serangan baru. Namun hingga kini DAP amat konsistan. Akibatnya mereka yang mengharap DAP mengambil alih tampok ketua pembangkang kini hilang arah.

Matlamat mereka untuk menyerang PKR, DAP dan PAS secara besar-besaran apabila DAP menjadi ketua pembangkang nampaknya tidak berhasil. Syabas dan tahniah kepada pimpinan yang menyedari helah ini..... Terutama sekali kepada DAP kerana tidak mendedahkan PR kepada serangan musuh politik.

Mereka ini ingin membuktikan bahawa orang Melayu bakal diperintah oleh Cina. Apabila PKR hilang majoriti dan DAP mempunyai peluang menjadi ketua pembangkang. Apabila ini berlaku mereka mengharapkan supaya orang Melayu berasa cemas. Lalu mereka berkata inilah yang akan berlaku nanti bila PR menang di Parlimen. Cina akan memerintah dan Melayu akan ditindas.

Namun kematangan politik PR tidak dapat dinafikan. Ini juga yang berlaku di Perak ketika PR memerintah di Perak. Insyallah hak orang Melayu akan terpelihara.....

Masih lagi ragu-ragu?

Apa lagi selepas ini?
__________________________________
KUALA LUMPUR, 15 Mac: DAP dan PAS mengulangi pendirian tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen biarpun kerusi PKR kini hanya 26 iaitu kurang dua kerusi berbanding DAP (28).

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, pihaknya langsung tiada keraguan untuk Anwar kekal menerajui pembangkang di Parlimen.

"Tidak ada apa-apa keraguan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang walaupun kerusi PKR sekarang 26, DAP (28) dan PAS (23).

"Kami DAP memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Anwar bukan sahaja diterima Pakatan rakyat sebagai Ketua Pembangkang, malah sebagai calon perdana menteri Malaysia.

"Kita Pakatan Rakyat bukan sahaja menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang malah Perdana Menteri Malaysia.

"Bukan baru sekarang, tapi sejak zaman (allahyarham) Datuk Fadzil Noor (mantan Presiden PAS) lagi sewaktu dalam Barisan Alternatif," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

PKR sebelum ini mempunyai 31 ahli parlimen namun empat daripada mereka bertindak keluar parti manakala seorang telah dipecat manakala PAS pula masih kekal dengan 23 kerusi.

Hari ini merupakan istiadat perasmian pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat akan bermula esok sehingga 15 April ini.

Datuk Ramli Yusuff - Bebas

Setelah perbicaraan lebih dua tahun setengah, bekas pemimpin ketiga tertinggi dalam pasukan polis diraja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tanpa dipanggil membela diri berhubung dakwaan tiga kes kegagalan mengisytiharkan asetnya.

Hakim M Gunalan membuat keputuusan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah gagal membuktikan kes prima facie ke atas Ramli.

Ramli, 57, dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua lot pejabat itu bernilai RM1,032,840.

Apa yang menarik perhatian umum terhadap kes ini bukanlah sumber kewangan yang diperolehi oleh tertuduh, tetapi apakah kesan kes ini sekiranya beliau didapati bersalah. Kesan yang paling ketara adalah imej dan tahap kebolehpercayaan tertuduh dan kesan terhadap kes-kes yang pernah dikendalikan olehnya.

Sekiranya beliau didapati bersalah, maka secara tidak langsung keridibilitinya akan terjejas. Ini secara langsung akan memberi kesan terhadap kes-kes yang beliau pernah kendalikan. Beranikah kita terima resiko itu?

Sunday, March 14, 2010

Tangguh bacaan kedua GST adalah kemenangan rakyat

PETALING JAYA, 13 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan kerajaan menangguhkan serta-merta bacaan rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kali yang kedua di Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini adalah suatu kejayaan bersama rakyat, PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ini suatu kejayaan bersama PAS serta Pakatan Rakyat kerana berpadu menjelaskan kepada rakyat tentang akibat perlaksanaan GST ini kepada rakyat,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika menghubungi Harakahdaily petang tadi.

Bagi beliau, perhargaan perlu dirakamkan juga kepada Lajnah Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat kerana lajnah tersebut menganjurkan suatu sidang bulat di peringkat dalaman parti sehingga PAS membuat ketetapan yang begitu jelas berhubung sistem cukai tersebut.

“Disebabkan suatu sidang meja bulat (oleh) Lajnah Pengguna di peringkat parti inilah, kita berpendirian GST ini perlu ditolak kerana urus tadbir kewangan oleh Umno/BN pincang, bukan disebabkan sistem GST itu sendiri,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menganggap pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah itu, membuktikan bahawa usaha-usaha bersama PAS dan Pakatan Rakyat banyak memberi impak kesedarangan dalam kalangan rakyat.

Disebabkan itu, beliau berkata, Ahmad Husni tidak perlu mencipta alasan kononnya kerajaan menangguhkan niat bacaan rang undang-undang GST untuk kali yang kedua itu demi mendapatkan lebih banyak pandangan awam daripada rakyat kebanyakan.

“Kalau nak dapat pandangan awam, tidak perlu menunggu sekarang, sepatutnya sebelum GST dibawa (ke Dewan Rakyat) untuk bacaan pertama lagi, kerajaan khususnya Husni sendiri perlu benar-benar mendapat pandangan awam yang tepat.

“Saya kira, Husni dan kerajaan mencipta alasan ini mungkin untuk menutup kelemahan dalam perancangan GST ini sendiri atau tidak pernah serius berkerja sebagai sebuah Kerajaan atau mungkin tak sanggup berdepan dengan demontrasi anti GST pada Isnin depan,” katanya.

Pun begitu, beliau berkata, penangguhan seperti yang diumumkan oleh Husni itu adalah bersifat sementara demi meredakan kebangkitan rakyat.

Sedangkan, beliau berkata, kerajaan sepatutnya membatalkan terus hasrat melaksanakan GST di Malaysia kerana sistem cukai itu ternyata membebankan rakyat.

Ekoran itu, beliau meminta seluruh kepemimpinan Pakatan Rakyat serta PAS sendiri terus memperkasakan aktiviti penerangan kepada rakyat tentang impak GST tersebut.

Ini kerana, menurut Mahfuz, kerajaan mungkin tidak melaksanakan GST dalam masa terdekat, tetapi kerajaan dijangka tetap akan melaksanakannya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

“Mungkin GST tidak dilaksanakan sekarang kerana kedudukan Umno/BN di parlimen dan negeri agak tidak kukuh, tetapi selepas PRU13 pada 2011 atau 2012 kelak, Umno/BN tetap akan melaksanakannya jika mereka kembali kuat di Parlimen dengan menipu rakyat bermula hari ini,” beliau menambah.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mohd Hatta Ramli (gambar kanan) selaku jurucakap bagi Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barangan (Protes) yang dihubungi kemudian berkata, jawatankuasanya akan membuat ketetapan malam ini sama ada untuk meneruskan atau tidak demontrasi bantah GST pada Isnin jam 9 pagi di perkarangan Parlimen.

Bagaimana pun, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai secara peribadi berkata, pendirian Protes bukannya menuntut kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST, sebaliknya membatalkan serta-merta hasrat untuk melaksanakan GST kerana ternyata membebankan rakyat itu.

Friday, March 12, 2010

Program Mahabbah Jemaah

Menjadi harapan kepada kepimpinan PAS Kawasan agar seluruh jentera parti berada dalam keadaan baik dan harmoni bagi memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan sepenuhnya. Segala perbezaan pandangan dan pendapat perlu diselesaikan dalam semangat ukhwah dan persaudaraan. Ini bagi memastikan kita tidak hilang fokus dan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di DUN Dusun Tua.

Jadikanlah amanah yang diberikan sebagai peluang untuk melabur saham yang insyallah dapat kita tuai hasilnya selepas kita mati nanti. Mungkin kita tidak mewah sekarang, mungkin kita tidak dihargai sekarang dan mungkin kita tidak dikenali orang sekarang...... Tetapi dengan keikhlasan kita dalam menjalankan amanah untuk mempertabatkan Islam di muka bumi ini kita akan Insyallah dikenali di Kerajaan Sekelian Alam.


Sebagai Pengarah JPD yang baru kita komited bagi memastikan jentera pentadbiran yang ada sekarang lebih baik dari yang lalu. Sekiranya pimpinan yang sebelum ini meletakkan standard yang tinggi, JPD yang baru perlu meningkatkan standard yang ada kepada tahap yang lebih tinggi lagi. Ini adalah kerana masyarakat sentiasa mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik. Tahap perkhidmatan inilah yang bakal menjadi kayu ukur dalam membuat keputusan dalam PRU 13 nanti.

Semua pihak perlu bersama bergerak kehadapan. Jadikanlah segala kekurangan yang telah lalu sebagai tauladan yang menjadikan kita lebih matang dan lebih kuat. Kita tidak akan berjaya jika berkerja secara sendirian. Semua perlu menyumbang dalam segala bentuk yang kita mampu bagi memastikan Islam tertegak di muka buni ini. Insyallah.


Sebagai mantan Pengarah JPD, peluang mentadbir JPD telah memberi pengalaman dalam pentadbiran. Segala kelemahan dan kekurangan akan dijadikan panduan dalam menjalankan tugas di masa hadapan. Jutaan terima-kasih kepada mereka yang telah membantu dalam pentadbiran yang telah lepas.

Dengan pertukaran pentadbiran JPD, kini Saudara Sany kini dapat menumpukan kepada urusan parti yang lain. Parti memerlukan tenaganya dalam usaha mendekati masyarakat demi memastikan PAS terus kuat dan perkasa di mata rakyat agar dapat memimpin negara selepas PRU 13 nanti.


Dengan adanya program mahabbah seperti ini, diharapkan kita dapat mengukukuhkan talian silaturahim antara jemaah dan meningkatkan kemesraan. Program-program seperti ini akan terus dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti usrah, solat jemaah, ceramah kelompok dan lain-lain bagi memastikan jemaah terus kuat dan sepakat.

Dengan kesepakatan inilah, seluruh jentera parti berazam dan berikrar agar terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan kesepakatan ini akan membuahkan kejayaan dan memberi manfaat sepada seluruh rakyat terutamanya di DUN Dusun Tua. Insyallah.