Friday, March 12, 2010

Program Mahabbah Jemaah

Menjadi harapan kepada kepimpinan PAS Kawasan agar seluruh jentera parti berada dalam keadaan baik dan harmoni bagi memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan sepenuhnya. Segala perbezaan pandangan dan pendapat perlu diselesaikan dalam semangat ukhwah dan persaudaraan. Ini bagi memastikan kita tidak hilang fokus dan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di DUN Dusun Tua.

Jadikanlah amanah yang diberikan sebagai peluang untuk melabur saham yang insyallah dapat kita tuai hasilnya selepas kita mati nanti. Mungkin kita tidak mewah sekarang, mungkin kita tidak dihargai sekarang dan mungkin kita tidak dikenali orang sekarang...... Tetapi dengan keikhlasan kita dalam menjalankan amanah untuk mempertabatkan Islam di muka bumi ini kita akan Insyallah dikenali di Kerajaan Sekelian Alam.


Sebagai Pengarah JPD yang baru kita komited bagi memastikan jentera pentadbiran yang ada sekarang lebih baik dari yang lalu. Sekiranya pimpinan yang sebelum ini meletakkan standard yang tinggi, JPD yang baru perlu meningkatkan standard yang ada kepada tahap yang lebih tinggi lagi. Ini adalah kerana masyarakat sentiasa mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik. Tahap perkhidmatan inilah yang bakal menjadi kayu ukur dalam membuat keputusan dalam PRU 13 nanti.

Semua pihak perlu bersama bergerak kehadapan. Jadikanlah segala kekurangan yang telah lalu sebagai tauladan yang menjadikan kita lebih matang dan lebih kuat. Kita tidak akan berjaya jika berkerja secara sendirian. Semua perlu menyumbang dalam segala bentuk yang kita mampu bagi memastikan Islam tertegak di muka buni ini. Insyallah.


Sebagai mantan Pengarah JPD, peluang mentadbir JPD telah memberi pengalaman dalam pentadbiran. Segala kelemahan dan kekurangan akan dijadikan panduan dalam menjalankan tugas di masa hadapan. Jutaan terima-kasih kepada mereka yang telah membantu dalam pentadbiran yang telah lepas.

Dengan pertukaran pentadbiran JPD, kini Saudara Sany kini dapat menumpukan kepada urusan parti yang lain. Parti memerlukan tenaganya dalam usaha mendekati masyarakat demi memastikan PAS terus kuat dan perkasa di mata rakyat agar dapat memimpin negara selepas PRU 13 nanti.


Dengan adanya program mahabbah seperti ini, diharapkan kita dapat mengukukuhkan talian silaturahim antara jemaah dan meningkatkan kemesraan. Program-program seperti ini akan terus dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti usrah, solat jemaah, ceramah kelompok dan lain-lain bagi memastikan jemaah terus kuat dan sepakat.

Dengan kesepakatan inilah, seluruh jentera parti berazam dan berikrar agar terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan kesepakatan ini akan membuahkan kejayaan dan memberi manfaat sepada seluruh rakyat terutamanya di DUN Dusun Tua. Insyallah.



No comments: