Selepas 2 tahun PRU 12 berlalu negara masih lagi di dalam keadaan yang kelam kabut dan tidak tentu arah. Rakyat telah membuat keputusan, namun wakil yang dilantik masih lagi bertarung untuk mempertahankan kuasa.
Apa tujuan kita berpolitik? Mencari kuasa dan pengaruh ataupun berkhidmat untuk rakyat yang diwakilinya..... Ataupun mereka ini hanya mewakili orang yang menyokong mereka sahaja?
Apakah ahli politik masih dalam tahap bebal pada tahap tertinggi ataupun mereka ini memang berpolitik untuk kepentingan perut dan bawah perut?
Sedarlah kini masyarakat sudah berubah. Generasi Kapal Layar sudah beransur pergi. Generasi baru yang punyai pemikiran yang berbeza telah mula mengubah sinario politik negara. Antara yang kini memberi keasan kepada kepimpinan negara ialah masyarakat Cina dan golongan terpelajar. Lebih-lebih lagi mereka yang berada di bandar dan pinggir bandar.
BN dalam keadaan tertekan untuk mempertahankan kuasanya dan PR pula diserang dalam segenap segi. Percaturan ini amat tidak sihat dan tidak menguntungkan rakyat dan negara. Politik bobrok ini telah menjejaskan kedudukan negara dan merugikan rakyat dan negara. Apabila ahli politik sibuk mempertahankan kuasa; maka masa untuk berfikir untuk membantu rakyat dan membangun negara sudah hilang tumpuan. Akibatnya negara akan terbiar, rakyat tersisih dan masyarakat porak peranda.
Sampai bila kita akan berhadapan dengan masalah ini. Mungkin rakyat perlu membuat perubahan secara total barulah keadaan menjadi setabil. Buang mereka ini semua yang sudah kematu dengan kuasa dan bergelumang dengan masalah dan ganti dengan yang baru.
Kini mula muncul kelompok-kelompok yang mengelarkan diri NGO yang cuba mendakwa mempertahankan hak Melayu. Cuma yang hairannya kenapa sekarang baru muncul? Dikala UMNo dalam keadaan tertekan dan tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Adakah mereka yang mendakwa NGO ini sebenarnya adalah proksi UMNo? Mereka muncul dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang tebal dan lupa tanggungjawab terhadap agama dan negara. Tidak ubah seperti pemimpin UMNo.
Masyarakat Melayu ditindas bukan baru 2 tahun. Mereka telah ditindas, diperbodohkan, dipermainkan, ditipu, dizalimi, ditarik hidung sejak lebih 50 tahun. Takkan baru sedar? Orang Melayu telah 'dihalau' dari Pulau Pinang sejak sekian lamanya.... Baru kini nak sedar ke? Peneroka bandar yang membuka perkampungan Melayu dihalau dari penempatan mereka. Mereka ini juga digelar setinggan.... dipandang seumpama anjing kurap. Dihalau dan dibakar kediamannya umpama warga pendatang.
Tanah-tanah rezab Melayu dirampas tanpa diganti. Tanah-tanah orang kampung dijual kepada korporat-korporat tanpa nilai yang berpatutan. Tanah kerajaan dibahagi-bahagi umpama harta emak bapak mereka. Kini yang tinggal hanyalah tanah 20x70 kaki yang terpaksa dibeli dengan harga yang amat tinggi. Mana hak aku sebagai rakyat tanah orang Melayu ini?
Kampung Baru pun hendak digadainya..... Kenapa hendak dirampas hak mereka yang tinggal sekangkang kera ini? Kenapa tidak dimajukan tanah ini tanpa mengadaikan hak miliknya? Hari ini mungkin generasi sekarang ini kaya raya dan menjadi jutawan segera.... Tetapi bagaimana tahun depan, masa depan dan generasi akan datang. Apa yang tinggal untuk mereka?
Kini.... apa yang pasti rakyat masih lagi terpinggir. Ahli politik tetap dengan agenda mereka...... Mencari peluang dan ruang bagi menjayakan agenda peribadi mereka.... Mahu berkhidmat atau tidak?
Tidak kurang juga mereka yang berebut jawatan untuk memunggah kekayaan. Menjaja fitnah bagi menjatuhkan 'kawan' dan lawan. Apa yang diharapkan dengan jawatan itu? Nak memenuhi perut dan bawah perut ke? Mereka ini bermati-matian merebut jawatan hingga lupa jawatan itu bukanlah kerjaya. Kalau nak memunggah kekayaan pergilah berniaga bukannya mencari jalan mudah dengan melingkupkan dana negara dan wang rakyat.
Tidak kurang juga yang menjadikan ruangan ini sebagai tempat maki hamun dan mencerca sesama sendiri. Hingga aku sendiri pun dimaki hamun. Apa yang mereka ini mahukan. Aku bukan makan gaji dengan PAS jauh sekali dengan mereka.... Tidak juga dibayar untuk bersama dengan jemaah ini. Cuma apa yang mendorong aku adalah janji Allah. Apabila tiba masa dibangkitkan nanti mampukan aku menjawab apakah aku telah melaksanakan tanggungjawab aku sebagai khalifah di muka bumi ini. Mampukah aku melaksanakan amanah yang dibebankan diatas bahu aku...... Sesungguhnya manusia itu zalim terhadap diri mereka sendiri bahkan amat jahil sekali.
Apa yang mereka ini cari?
Sekali lagi rakyat akan menjadi pengadil..... Tunggulah mereka menjatuhkan hukum sekali lagi dalam PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment