Thursday, March 4, 2010

Ganti Tanah Rezab Melayu!

Mungkin banyak perkara yang menjadi hak kita tetapi kita tidak tahu. Mereka yang mencanang kononnya pejuang hak bangsa Melayu inilah juga yang merompak dan merombak hak orang Melayu.

Sedar atau tidak ini adalah kenyataan yang perlu kita hadapi. Kalau pernah mendengar lagu 'Anak Kecil Main Api" lagu favorite BTN ....... inilah sebenarnya yang telah berlaku lebih 50 tahun yang lalu. Tetapi masih ramai yang tidak sedar ataupun telah ditipu sejak sekian lamanya oleh perompak tanah rizab Melayu.
_______________
KEMAMAN – Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, YB Haji Mohd. Zainuddin Mohd Yusof berkata, walaupun usia kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak lama, namun berjaya mengembalikan 500 ekar tanah rezab Melayu yang telah dilupuskan oleh Umno/BN.

Menurutnya, dalam perlembagaan Malaysia artikel 67 telah menetapkan, sebanyak mana Tanah Rezab Melayu yang telah dilupuskan untuk apa-apa tujuan, hendaklah diganti oleh mana-mana kerajaan yang melupuskan tanah tersebut

Sehubungan itu, katanya, ketika kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa, seluas 500 ekar tanah rezab Melayu yang telah dilupuskan untuk membina kilang simen Hanjoong Perak, telah ganti semula.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ceramah Isu-isu semasa yang diadakan di Kampung Geliga, disini semalam.

Namun demikian, beliau berkata, Umno/BN telah melupuskan beribu ekar tanah rezab Melayu tanpa menggantikan dengan tanah lain.

No comments: