
Walau bagaimanapun segala usaha akan diambil bagi memberi kesedaran kepada rakyat dan meningkatkan khidmat kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan ada sokongan yang lebih baik daripada seluruh lapisan masyarakat kita dapat mengatasi segala halangan.
Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, pihak pengurusan MTD dan seluruh jentera PAS Dusun Tua memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap dalam berbicara, terkurang dalam memberi khidmat dan janggal alam perlakuan. Kami adalah insan biasa yang tidak lepas dari salah dan silap.
Semoga segala amal ibadah dan doa kita disepanjang bulan Ramadhan diterima dan dimakbulkan Allah hendaknya.
Pesanan kepada yang memandu, berhati-hatilah dan bersabar ketika memandu. Berehat bila penat, berhenti bila letih. Ingatlah orang yang dikasihi tengah menunggu kita di kampung. Jangan bahayakan diri sendiri, keluarga dan pengguna jalanraya yang lain.
Selamat bercuti dan berhari raya.
No comments:
Post a Comment